Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, August 4, 2010

Surat Sokongan? Apa tu?

contoh je ni..

Aduyai!!
Dah lama tak membebel dalam blog kecil ni..
Bukan takde idea.. tapi banyak sangat isu sampai menyampah!!
Adakala.. menyampah dengan tindak-tanduk PR..
Adakala.. setuju gak dengan saranan BN..

PR tak semestinya betull Dan BN tak semestinya salah..
walaupun setakat ini.. BN 99.99% bangang!

Bab surat-surat sokongan ni.. teman rasa..
tak payahlah.. cukup-cukuplah meneruska tradisi bangang UMNO-BN ni..
Berhentilah menggunakan ayat "BN dah guna cara ni sejak dulu"..

Kalau dah tau BN dah guna sejak dulu..
Inilah masa terbaik untuk kita hentikan..
Inilah medan terbaik untuk kita humban jauh-jauh amalan yang banyak keburukan daripada kebaikan ini..
Sementara kita ada kuasa.. sok, kalau dah kalah PRU13 sok..
baru sibuk nak perjuangkan.. boleh gi mamposlah!

Jangan terlalu berlembut dengan golongan-golongan pelobi bisnes yang makin rancak dalam PR ni..
Sebab.. golongan inilah yang telah menghancurkan UMNO-Bn dari dalam sejak dulu!
Dan kini kita dah pun lihat hasilnya!

kalau nak dengarlah bebel teman ni..
siapalah teman ni nak dibandingkan dengan Ahli Majlis DAP tuh!!!
sunsnake 04082010

MB: Selangor terus amal keluar surat sokongan, syor

August 04, 2010

SHAH ALAM, 4 Ogos – Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Selangor boleh meneruskan amalan mengeluarkan surat sokongan dan surat syor meskipun ada pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar pendekatan itu digugurkan.

“Kita tidak boleh berhenti daripada berbuat demikian sebab ia dilakukan dengan niat yang baik,” kata Menteri Besar di sini hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, surat sokongan daripada wakil-wakil rakyat bukan jaminan pembawa surat akan memperoleh kontrak kerajaan.

“Ada kes-kes di maan seorang ada menulis 10 surat sokongan tetapi tidak memperoleh apa-apa pun,” kata Khalid.

Kata Khalid, kontrak kerajaan diberikan berdasarkan merit dan keupayaan dengan menggunakan kriteria yang ketat.

Menteri Besar berkata amalan mengeluarkan surat sokongan politik dimulakan oleh Barisan Nasional (BN).

“Ia tanda kuasa yang dibawa oleh ADUN dan Ahli Parlimen masa itu,” katanya lagi.

Pentadbiran Khalid menjadi sasaran kritikan selepas salah seorang ahli majlis DAP di Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock didakwa mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat yang turut dimiliki anaknya sebagai rakan kongsi.

Berita Penuh

Kalau BN kalah PRU13, puncanya Polis!



Terima Kasih Polis! Kami lebih Bersemangat untuk humbankan UMNO-BN di PRU13 nanti!

sunsnake 04082010