Teman rasa 'suspicious' gak mulanya bila tengok gambor Mustaffa Kamil Ayud dengan Zaid 'sama-ama' minta Anwar letak jawatan..
Bior benor?
Kalau Zaid sorang tu teman tak heran sangat...
Bekas ahli biasa UMNO yang masuk PKR pun susah nak buang 'tabiat' UMNO.
Inikan pula bekas ketua Bahagian UMNO!
Bekas Menteri UMNO!
UMNO Kelantan pulak tuh!
Kena bagi masa la kat Zaid dan spesis-spesisnya yang dok ada la ni dalam PKR..
Tapi Mustaffa Kamil Ayub ni bukan sebarangan orang..
Dia dah lama dalam PKR..
rasanya sejak era reformasi lagi..
Dia memang terkenal dengan kesetiaannya pada Anwar..
So, ada logiknya gak statement 'cover' dia ni... wakakaka!
Lagipun.. ada 3 orang yang kalau bagi ceramah..
memang 100% tiru style Abang Non..
Mat Ezam, Azmin dan Mustaffa ni la!
Tak caye? tanya Youtube...
Kesimpulannya...
Sudah-sudahlah PKR oiii...
Yang jadi isu pemilihan aje..
Bukan dasar parti..
PAS sendiri berjaya harungi ujian getir berkenaan dasar parti iaitu Kerajaan Perpaduan..
Alhamdulillah.. berkat keikhlasan mungkin kepada perjuangan Islam..
PAS dan ahli-ahlinya berjaya harung..
Walaupun hingga sekarang kadang-kadang duk berbunyi jugak!
Bukan sikit usaha UMNO nak laga-lagakan sesama PAS hatta hingga ke tahap nak melagakan Presiden dan Mursyidul Am!
sunsnake 11112010
Pemimpin PKR jauhi Zaid | |
|
Berita Penuh