Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 11, 2010

Pemilihan PKR - Bagus Jugak Kalau Buat Balik..


Teman pun rasa ada baiknya pemilihan ni dibuat balik..
Kaji balik tang mana problemnya..

Dan kalau susah sangat..
Buat je macam parti lain buat...
Buat masa ni...

PKR ni parti muda..
Memang bersemangat nak buat benda yang pelik-pelik!
Dan itu sangat bagus sebagai parti muda!

Tetapi kena ingat jugak..
Kena minta jugak nasihat parti-parti 'otai'..

Ahli-ahli PKR ni terlalu banyak background..
Hatta UMNO yang hanya ada 1kaum pun pemilihan sampai nak berbunuh-bunuh!
inikan pula PKR yang multi races..
Bekas-bekas UMNO pun ramai!!
Bukan senang nak tinggal perangai UMNO tu wehhh!!

Kalau nak dengar laaa..
Tak dengar nak buat cemane?
Tunggu je la kena humban dengan rakyat!

sunsnake 11112010

PKR wajar adakan pemilihan baru pulih imej, kata pemantau pilihan raya

November 11, 2010
KUALA LUMPUR, 11 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiada pilihan lain kecuali memanggil pemilihan baru bagi mengembalikan kredibilitinya sebagai sebuah parti masa depan, kata pemimpin Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI).

NIEI berpendapat PKR perlu bersikap terbuka dalam mempertimbangkan perkara tersebut, walaupun pedas untuk diterima, memandangkan rakyat khususnya mereka yang pernah mengundi komponen Pakatan Rakyat itu mengharapkan satu pemilihan yang benar-benar sifar masalah dan kepincangan.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi NIEI Amin Iskandar berkata, PKR pernah bercakap akan memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) jika memerintah negara pada satu masa nanti.

Malangnya kata beliau, PKR kelihatan sudah tidak mampu dan telah gagal mengadakan pemilihan parti tanpa kecacatan dan kelemahan ketara yang didakwa wujud.

“Nampak mengarut... sungguh memalukan, saya cakap terus terang, saya tiada kepentingan dan saya tidak memihak sesiapa, ini yang berlaku dalam PKR sekarang.

“PKR kata hendak memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih baik (berbanding amalan BN), tetapi mereka sendiri sudah tidak mampu untuk menunjukkan teladan baik kepada negara dan rakyat,” kata beliau ketika ditemui malam tadi.

Berita Penuh

2 comments:

cicit ngah layor said...

Baju yg komer pakai tu baghu caghik sikit jer....bulih dijahit lagi.Jangan sampai dah koyak ghabak baghu terkiai2 nak caghi jarum ler caghi benang ler...dah lambat tu!! Parti komer baghu lagi!!Aper yg nak dimalukan.Buat jer pemilihan baghu,JPP baghu dan semuernyer baghu.Ini,teman dengor undi talipon pun ader..Pemilihan aper kalau mcm ni.Kalau komer nak mengubah politik Malaysia ni,ubah dulu carer komer berpolitik.YG mengkritik dan yg dikritik,buang yg keghoh,ambik yg jernih...menang2 kater org politik mcm komer tu.

budakbalun said...

ngah layor..
teman sokong benor!!

harap2 deme dengor le luahan orang luor macam kite ni ye?