Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, May 18, 2011

Penjelasan Isu 60 Pemuda 'PAS' Sertai UMNO



Kenyataan Media

Merujuk kepada kenyataan yang bertajuk ’60 orang permuda PAS sertai UMNO’ yang disiarkan Sinar Harian pada hari ini (17 Mei 2011), Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor (DPPKHS) melihat ianya hanyalah merupakan propaganda UMNO.

Untuk makluman para pembaca, saudara Azhar yang menyerahkan kepada Dato’ Idris hanyalah bekas ketua pemuda ketika PAS Sungai Tengi masih dalam peringkat penaja. Beliau telah meninggalkan PAS cawangan tersebut sejak slebih setahun lalu. Namun PAS cawangan langsung tidak merasakan kehilangan beliau kerana sebelum itu pun beliau tidak aktif menggerakkan PAS cawangan tersebut.

Selain itu, kenyataan bahawa beliau menyertai UMNO bersama 59 orang yang lain adalah meragukan. Ini kerana semasa beliau meyertai PAS dahulu juga beliau menyatakan terdapat jumlah pemuda yang sama akan turut menyertai PAS. Namun apabila diminta menyenaraikan nama-nama pemuda yang dimaksudkan ternyata beliau gagal.

Di samping itu, sebelum beliau mengumumkan menyertai UMNO, jumlah ahli pemuda PAS cawangan Sungai Tengi hanyalah 45 orang. Bagaimana beliau boleh mengisytiharkan seramai 60 orang pemuda PAS menyertai UMNO?

Hasil siasatan, DPPKHS juga berpendapat Saudara Azhar menyertai UMNO bukanlah dengan alasan sebagaimana yang dinyatakan. Sebaliknyadisebabkan beberapa perkara yang ingin beliau perolehi melalui PAS cawangan Sungai Tengi tetapi tidak dapat dipenuhi kerana ianya adalah untuk kepentingan peribadi beliau.

Ini juga membuktikan kelemahan pimpinan UMNO bahagian Hulu Selangor yang begitu terdesak untuk menunjukkan kekuatan mereka kepada pimpinan tertinggi mereka.Kesimpulannya DPPKHS ingin menyatakan bahawa kami sedikit pun tidak merasa tergugat dengan apa yang disiarkan.

Sekian Terima Kasih,

“MEMPERSADA PERJUANGAN”

Yang Menjalankan Amanah,

Mohd Nizam Mat Rahim

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor

17 hb Mei 2011 / 13 Jamadilakhir 1432H

s.k

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

YDP PAS Kawasan Hulu Selangor

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

budakbalun 17052011


60 Pemuda Pas sertai UMNO

SUNGAI TENGI - Menyedari hanya dengan penyatuan Pas dan UMNO dapat memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam, 60 orang Pemuda Pas cawangan Ranting Sungai Tengi keluar parti menyertai UMNO.

Bekas Ketua Pemudanya, Azhar Shamsuddin berkata, kemasukan mereka ke dalam UMNO dianggap penggerak ke arah merealisasikan usaha menyatukan dua parti yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam.

“Saya telah berfikir panjang dan memikirkan kata-kata serta cadangan Perdana Menteri supaya Pas dan UMNO bersatu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

“Kerana sekiranya kita tidak bersatu, bagaimana usaha memperjuangkan bangsa dan agama ini akan terlaksana," katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar dalam program Komuniti Bestari 1 Malaysia.

Penyerahan borang keahlian UMNO itu disaksikan Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Husin dan Pegawai Jasa, Riduan Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Sungai Tengi, Saad Latip dan wakil Jabatan Penerangan Daerah Hulu Selangor, Khairil Anuar Ahmad.

Azhar berkata, beliau bimbang sekiranya DAP yang memperjuangkan sentimen perkauman terus menghimpit Pas sehingga parti berkenaan gagal dalam memperjuangkan agenda untuk bangsa Melayu.

Menurutnya, kaum Cina dalam DAP terus bertepuk tangan melihat gelagat Pas yang gagal dalam membawa membela bangsa malah sering bercakaran dengan UMNO.

“Bila Pemuda Pas ini masuk UMNO, sedikit sebanyak menggerakkan usaha dalam menyatukan dua kuasa politik Melayu dan Islam, malah kemasukan saya atas rela hati dan sedar dengan apa berlaku kini," katanya.