Saturday, November 7, 2009
Kelantah Kalah Final Piala Malaysia!!
Setakat ini perlawanan dah masuk minit 70, Kelantan ketinggalan 0-3 dengan Negeri Sembilan. Walaupun hati teman solid untuk Perak!!tapi disebabkan Kelantan ni ada kena-mengena dengan fikrah politik teman.. agak sedih gak la kalah nih!
Barisan pertahanan yang slow, gagal membaca perlawanan, midfield yang cuba menjadi seperti steven gerrard(satu padang nak pusing) dan langsung tak berfungsi! dan striker yang terkial-kial nak melepasi midfield N9(midfield tau bukan defend!!!)
Kesimpulannya, satu team Kelantan main over-confident malam nih!! mungkin kemenangan besar di separuh akhir ditambah pulak dengan permainan media sebelum hari ini seolah-olah N9 akan kalah tetapi benar-benar telah menjadi barah kepada pasukan Kelantan!!
Buat penyokong dan rakyat Kelantan, tahniah la jugak sebab dapat main dua kali final dalam1 tahun(FA satu lagi).. walaupun kalah kedua-duanya.. Tahniah pulak buat N9 yang menang buat pertama kalinya Piala Malaysia.. Last final N9 kalah dengan Perak!!!wakakakaka!~!!
p/s: diwaktu ini stadium bukit jalil mula kosong dan penyokong Kelantan yang tinggal sibuk main mercun!!!
Kadang-kadang rasa macam team Perak pulak yang main sebab asyik dengor nama Indra,Khalid... hehehehe
sunsnake@budakbalun 7.11.2009
Doa untuk Perubahan PAS!
Prayer For Pas Reform
Menadah kelangit...
Wahai tuhan...
Berilah kami ilham,
Untuk terus mensyukuri nikmatMu,
Yang telah Kau anugerahkan pada kami,
Dan juga kepada kedua ibu bapa kami,
Dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai,
Dan masukkanlah kami dengan rahmatMu,
Ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.
Oh Tuhan...
Sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri,
Kerana itu ampunilah kami,
Dan andainya Engkau tidak ampuni kesalahan kami,
Dan tidak Engkau kasihani kami,
Nescaya kami akan menjadi orang-orang yang rugi.
Oh Tuhanku...
Lapangkanlah dada kami,
Mudahkanlah untuk kami urusan kami,
Arahkanlah kekakuan lidah kami,
Dan mengertikanlah mereka akan perkatan kami.
Ya Tuhan...
Jadikanlah kami dan keturunan kami,
Orang yang tetap menegakkan solat,
Ya Raabbanaa,
Ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami,
Juga dosa-dosa sekalian orang mukmin,
Pada hari terlaksananya hisap nanti.
Wahai Pemilik Sekalian Alam...
Kami berdoa dengan sangat ke arah perubahan PAS,
Kami berdoa dengan sangat ke arah perubahan PAS,
Kami berdoa dengan sangat ke arah perubahan PAS,
Menjadi suatu Jamaah yang sentiasa di dalam RedhaMu.
Tidak ada Tuhan selain Engkau,
Maha suci Engkau Ya Allah,
Berilah manfaat kepada kami,
Dan janganlah jadikannya musibah kepada kami,
Ya Rabb,
Perkenankanlah doa kami,
Perkenankanlah doa kami,
Perkenankanlah doa kami,
Amin...
Bukan Budak Dunia
Tranungkite telah kembali!!!
Salam,
Teman tak tau la dah lama ke atau baru lagi.. tapi kurang 1/2 jam tadi baru teman terperasan yang website fofular ni dah kembali!!!
Dan yang syoknya, username lama buleh pakai lagikkkk!!
Alhamdulillah... jom kita meriahkan lagi usaha menyelamatkan Malaysia dan Islam dari dihancurkan oleh UMNO-Barisan Nasional!!
sunsnake@budakbalun 7.11.2009
Subscribe to:
Posts (Atom)