Bila bukak mulut aje bau UMNO..
Bila bukak mulut aje bunyi UMNO..
Bila bukak mulut aje keluar UMNO!
Itulah dia 2 pegawai tertinggi SPR!
malas nak komen!
Kome baca le sendiri ye?
Ape pun tak boleh!
budakbalun 11082011
SPR dakwa pembangkang ulangi agenda politik kotor menang PRU-13
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pembangkang mengulangi “agenda politik kotor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan, dakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.Wan Ahmad (gambar) berkata sebelum pilihan raya umum ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan itu.
Malah kata beliau, selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.-berita penuh