Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, April 7, 2010

PRK Hulu Selangor (24) Peringatan - Hulu Selangor silap2 lebih besar dari negeri Melaka!

Yang takde 'Garmin' sila print map diatas! wakakaka!


Sebentar tadi berlangsung Mesyuarat khas Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor di Markaz Tarbiyyah PAS Zon Bukit Beruntung..

Melopong gak sahabat-sahabat apabila di'brief' kan berkenaan keluasan Parlimen Hulu Selangor ni. Pendek kata kalau kita dari Sg.Choh, Serendah hendak ke SKC, Hulu Bernam dah layah Solat Jama' dah! haaaa.. jangan main-main! hahaha

Perancangan logistik dan petugas yang tersusun amat dan sangat penting dalam gerak kerja PRK kali ini. Kawasannya sangat luas dan 1/3 daripada kawasannya adalah hutan! Dengar pun dah tahu kompom kawasan petempatannya jauh-jauh..

Dari Hulu Bernam jika melalui jalan dalam mahu ke Sg Tengi, 1 jam lebih masa akan diambil namun jika menggunakan Lebuhraya PLUS masuk Tol Tg Malim keluar Tol Bukit Tagar, kurang 45 minit.

Selamat Datang ke Kawasan kami!!
sunsnake 07042010

PRK Hulu Selangor (23) Mana pejuang-pejuang Melayu UMNO? Perkasa?


Hah! Calon MIC yang akan bertanding?? pulak?

Takkan Calon MIC dari kaum melayu?
Takkan ahli UMNO jadi calon MIC?
Takkan MIC nak bagi UMNO jadi calon pun!

Majoriti pengundi disini adalah kaum melayu!
Mana boleh kaum minoriti jadi calon?
Bak kata Ismail Ahmad Panglima Melayu dari Pulau Pinang!

Mana pejuang-pejuang melayu Hulu Selangor?
Mana Hang Tuah dari Pasir Mas?
Mana Hang Jebat dari Pulau Pinang si Ahmad Ismail tu?
Mana Hang Lekiu dari Perkasa yang ugut surat khabar cina tu?
Mana Hang Kasturi yang dok jadi Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor nih?

Sekali Sultan Najib Panji Alam bertitah yang calon dari MIC,
terusss.. Lembik semua keris Hang-hang nih!
terus langkah jadi sumbang! Macam Saiful Bukhari menunjuk penumbuk!

Sekarang ni macam mana?
PERKASA pun jap lagi kompom jadi PEKASAM!
PEKIDA pulak jap lagi jadi PENGKID!

wakakakaka!

Inilah nasib pejuang melayu yang mengabaikan agama Islamnya...

sunsnake 07042010


PM: MIC bertanding di Hulu S'gor tapi tak sebut calon
Apr 7, 10 4:31pm
Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

berita penuh

Kuliah Exco-exco Kerajaan Negeri di Hulu Selangor

Mari sama-sama kita menimba ilmu..

Agar tidak buta dalam celik!

 

 

MALAM NI 7 APRIL 2010 SLPS MAGHRIB

YB YAAKOP SAPARI

DI MASJID ARRAHMAH KG SG BUAYA

 

SABTU 10 APRIL 2010 SLPS MAGHRIB

DATO HASAN ALI

MASJID ATTAQWA KALUMPANG

 

HADIR RAMAI2.

 

sunsnake 07042010

PRK Hulu Selangor (22) Gambar Sekitar Pentas Pemuda- Bukit Beruntung






Kisahnya disini

PRK Hulu Selangor (21) Ceramah atas lori, Polis tutup suis Mikrofon!


Alhamdulillah...
Aktiviti Pentas Pemuda-Siapa Pengkhianat Negara berlangsung dengan jayanya sebentar tadi walaupun sepanjang aktiviti berlangsung 'pentas' kami sentiasa dibayangi oleh segerombolan Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bukit Sentosa.

Seawal jam 8.00 malam lagi para petugas dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor dengan dibantu oleh PAS Zon Bukit Beruntung dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Hulu Selangor telah bertungkus-lumus membuat persiapan akhir sambil ditemani oleh beberapa orang SB yang memerhatikan dari jauh.

Kali ini agak kelakar namun penuh klasik apabila pentas yang disediakan adalah berupa sebuah lori 1 tan. Selain 3 buah kerusi, turut dimuatkan diatas lori tersebut adalah sebuah rostrum yang sangat mudah.

Ceramah bermula seawal jam 9.15 malam apabila Sdr Sany Hamzan selaku Pengerusi majlis yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyampaikan ucapan alu-aluan yang penuh sinis dan mendalam. Diikuti ceramah oleh penceramah pertama Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Antara isi kandungan ceramah beliau banyak tertumpu kepada kejayaan-kejayaan negeri-negeri dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Kedah dan Pulau Pinang. Beberapa petikan ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis juga pastinya turut dirakamkan didalam ceramah beliau.

Ketika inilah pihak Polis diketuai oleh Ketua Polis Balai Bukit Sentosa telah mula cuba mengepung pentas ceramah. Dengan memberikan hanya 20 minit lagi, pihak polis memberikan amaran akan menyerbu pentas sekiranya ianya tidak ditamatkan.
Alhamdulillah, hasil perbincangan antara pihak pemuda PAS dan AMK, pihak Polis bersetuju memberikan sedikit lagi masa bagi kami meneruskan ceramah.

Ceramah yang disampaikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr Shamsul Iskandar seperti biasa sangat mencuit hati dan padat berisi sindiran dan peringatan. Ketika ini suasana agak lebih panas apabila pihak polis semakin ramai disekeliling kawasan ceramah termasuk SB-SB yang berpakaian biasa. Seolah-olah serbuan akan dibuat bla-bila masa. Pihak Unit Amal dan Skuad AMK telah mula memenuhi sekeliling 'pentas' ceramah.

YB Anthony Loke memulakan ceramahnya dengan sedikit gurauan yang penuh bermakna apabila beliau berkata walaupun PR memerintah Selangor dan berceramah di Bukit Beruntung, tetapi dia tak menyangka pada malam ini dia akan berceramah dari atas sebiji lori! Itulah antara bukti betapa PR tidak langsung mahu menyalahgunakan harta benda kerajaan dan pandai membezakan yang mana satu hak parti dan mana satu hak rakyat/kerajaan.

Kehadiran YB Yaakob Sapari pula benar-benar diluar jangkaan dan menambah lagi kehangatan dan lebih pelik apabila beliau turut sama duduk diatas lori iaitu 'pentas' utama.

Didalam ceramah YB Anthony, sempat beliau menyindir UMNO apabila UMNO beria-ria menuduh DAP anti Melayu,anti Islam sedangkan dalam masa yang sama UMNO sendiri terbukti Pro-Israel! Malangnya ceramah beliau hanya sempat berlangsung sekitar 45 minit apabila pihak Polis telah bertindak menutup suis bekalan elektrik daripada gerai makan berhampiran.

Diluar jangkaan penganjur, orang ramai yang hampir 500 orang yang sedari duduk telah bertindak berdiri dan memenuhi ruang berhampiran 'pentas lori' tersebut untuk mendengar lebih jelas apabila tanpa mempedulikan mikrofon yang telah tidak berfungsi, YB Anthony meneruskan ucapan dengan lebih bersemangat!

Ceramah malam tadi diakhiri dengan laungan Takbir dan Reformasi daripada semua pimpinan dan rakyat yang hadir. Pimpinan sempat mengambil gambar kenangan diatas lori tersebut.

Semoga gelombang di Bukit Beruntung ini akan terus tali-menali, rangkai-berangkai ke seluruh pelusuk Hulu Selangor sehinggalah dimalam pengumuman kemenangan Calon PR pada malam 25 April ini nanti, InsyaAllah. Allahuakbar!

sunsnake 07042010

p/s: maaf, gambar tak dapat diberikan buat masa ini, InsyaAllah akan diupdate sesegera mungkin. maklumlah teman takde kamera.. (ape da blogger takde kamera? err.. ade sesape sudi nak imfa'? huhuhu)