Hulu Bernam, 10 April 2011 - Kira-kira hampir seribu orang telah menyerbu Dataran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Hulu Bernam untuk sama-sama menikmati kelazatan durian yang disediakan oleh pihak penganjur iait PKM tersebut.
Didalam ucapan perasmiannya, Pengerusi PKM Dun Hulu Bernam Tn Haji Sukor Bin Ali mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Dun Hulu Bernam yang telah memberi sokongan yang sangat baik kepada Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Beliau juga berkata ini adalah Rahmat buat sekalian rakyat Selangor dan dapat dikongsi bersama oleh semua golongan dan lapisan masyarakat.
Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 12 tengahari.
Sedikit hasil lensa di majlis berkenaan:-
Syabas kepada Penganjur!!!
budakbalun 11042011