Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, May 2, 2010

Aduhh!! Tak boleh harap punya Liverpool!!!

Liverpool fans show their support for Chelsea
Liverpool fans show their support for Chelsea

Teman tak dapat nak layan game ni sebab dok on the way ke Felda Sg. Tengi ada jamuan PAS cawangan Sg. Tengi (kalah pun meriah yop!!). Tapi melalui sms teman dapat tau la Liverpool kalah 0-2 dengan Chelsea!

Balik ni ha baru teman usha di soccernet.com, aduhh!!! Man Utd memang harap Liverpool menang untuk Man Utd pulak try titik Sunderland pulak game lepas tuh!

Dengan kemenangan Chelsea ni.. macam dah 65% la dia leh Champion EPL season nih!!

Huh! Liverpool ni memang loser! Sanggup buat-buat kalah dengan Chelsea pasal tak nak bagi Man Utd ada peluang nak potong Chelsea tang corner! Memang busuk betul la hati Liverpool nih! Macam UMNO! hahahaha!

sunsnake 02052010

Chelsea took a huge step towards the Premier League title as they saw off Liverpool with a 2-0 win at Anfield.

Liverpool started the game well but were stunned when Steven Gerrard played a terrible backpass - in similar style to the one he played for his country against France in 2004 - let Didier Drogba through on goal and gave Chelsea the lead. Conspiracy theorists will have their thoughts as many Liverpool fans had wanted Chelsea to win to stop rivals Manchester United claiming the title but, on the pitch, the Blues were much the better side.

sumber - soccernet

Ribut duit kini bermula di Sibu! Untunglahhhh!


Alangkan di Hulu Selangor di'kick-off' kan oleh Muhyiddin dipenuhi dengan ribut duit beratus juta RM, inikan pula di Sibu yang di'kick-off'kan oleh Najib sendiri!!

Standby rakyat Sibu, awan hitam penuh dengan duit sedang berarak laju melintasi Laut China Selatan dari Putrajaya menuju ke Sibu tuh!!

Berpusing laju tu wehhhh!!! Untunglahhhh!!!

sunsnake 02052010

Najib: Obama yang mahu berjumpa saya


Najib menegaskan demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu, lapor Bernama. Beliau mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan penyokong pembangkang yang menurut beliau akan berkampung di situ untuk mereka-reka cerita danmemutarbelitkan fakta menjelang pilihan raya kecil ini.

Perdana Menteri berkata rakyat sepatutnya memberi tumpuan untuk membina masa depan mereka. "Lagipun, kita semua tahu apa yang mampu dilakukan BN, telah lakukan dan akan lakukan untuk semua," katanya.

Di majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM35,000 masing-masing bagi 10 surau dan RM40,000 masing-masing bagi lapan sekolah agama Islam di situ.

berita penuh

Sistem PRK WAJIB dihentikan!


Teman tertarik dengan saranan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man semalam sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, beliau melontarkan idea betapa perlunya sistem Pilihanraya Kecil ini dihapuskan!

Mungkin ada pihak yang akan berkata setelah Pakatan Rakyat tewas di 2 buah PRK baru sibuk nak timbulkan idea sebegini!! Tetapi bagi teman, sejak peristiwa 'lompatan bersejarah' 3 Adun Katak di Perak lagi sistem lompat parti dan seterusnya PRK ini memang patut dihapuskan!

Tuan Ibrahim menyatakan betapa zalimnya seseorang Adun yang melompat itu terhadap rakyat yang mengundi dan partinya! Dan yang paling malang, petugas-petugas parti yang bertungkus-lumus memenangkan calon dalam gerak kerja kempen pilihanraya. Berapa banyak masa dan tenaga malahan airmata dihabiskan bagi memenangkan calon! Berapa banyak doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT.

Cadangan dari Tuan Ibrahim adalah apa sahaja yang berlaku kepada Adun atau Ahli Parlimen tersebut sama ada dia melompat parti mahupun meninggal dunia, parti tersebut tetap kekal dan hanya perlu menamakan Adun baru yang akan mengangkat sumpah di DUN ataupun Parlimen. Ini bukan sahaja akan menjimatkan masa dan tenaga malahan dapat mengelak daripada berlakunya rasuah pilihanraya, pergaduhan, kemalangan dan sebagainya. Semua orang maklum apabila berlakunya pilihanraya kecil, ianya merupakan suatu perkara yang sangat memerlukan modal kewangan yang sangat besar! Apatah lagi parti seperti Barisan Nasional yang untuk PRK Hulu Selangor sahaja, dilaporkan telah membelanjakan lebih RM60 Juta!

Pastinya keturunan katak seperti Jamal Posmen Behrang, Kapten Pencen Osman Jailu Changkat Jering dan Yit Foong Kaki Judi Jelapang akan secara automatiknya pupus kerana jika melompat pun tidak ada sebarang keuntungan kepada parti lawan!

Bagaimanapun pada teman, dengan adanya PRK, jentera dan kemampuan sesebuah parti itu dapat diuji disamping menambah pengetahuan politik semua pihak. Didalam suasana negara ini yang gagal menyempurnakan demokrasi, hanya dengan PRK akan dapat senantiasa memastikan gelombang perubahan rakyat dapat dikonsistenkan. Apabila tiba PRK, media mahu tidak mahu terpaksa juga sedikit sebanyak menyiarkan berita-berita berkenaan parti-parti pembangkang walaupun lebih 99% adalah berupa fitnah dan berniat jahat! Namun setidak-tidaknya 'overcooked' media-media ini akan menimbulkan simpati kepada parti-parti pembangkang Malaysia.

Apa pun terpulang kepada ahli-ahli Parlimen bagi mengusulkannya di Dewan Rakyat, dan akhirnya terpulang kepada Barisan Nasional kerana mereka majoriti di dewan itu. Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sewajarnya melihat secara serius cadangan ini kerana bagi keadilan kepada semua pihak dan menjamin kestabilan politik negara agar kita tidak gila berpolitik sepanjang masa!


sunsnake 02052010

HENTIKAN SISTEM PILIHANRAYA KECIL

JUMAAT, 16 APRIL 2010 | 1 JAMADILAWWAL 1431H
Sistem pilihanraya di Malaysia memerlukan banyak semakan semula terhadap perjalanan yang menerima pelbagai kecaman dan kritikan. Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini. Di samping pelbagai permasalahan tersebut, saya berpendapat sistem pilihanraya kecil juga memerlukan semakan semula.

artikel penuh

Alhamdulillah.. pagi ni betul punya rehat!

Alhamdulillah..
Sejak 2 minggu sebelum PRK Hulu Selangor,
dan selepas PRK tu, hari ni baru teman dapat rehat yang sebenar-benarnya!
Lepas Solat Subuh, sambung tido sampai jam 12 tengah hari!!! Astagfirullah!
Bangun pun sebab pinggang dah sakit benor! Baring lama sangat kot???

InsyaAllah, perjuangan ini akan diteruskan..
Kekalahan itu adalah pahit buat mereka yang berjuang untuk dunia..
Tetapi bagi perjuangan dunia dan akhirat,
kemenangan di akhirat adalah segala-galanya!
Dunia menjadi sebab untuk perjuangan itu!

Allahuakbar!

sunsnake 02052010