Teman tertarik dengan saranan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man semalam sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, beliau melontarkan idea betapa perlunya sistem Pilihanraya Kecil ini dihapuskan!
Mungkin ada pihak yang akan berkata setelah Pakatan Rakyat tewas di 2 buah PRK baru sibuk nak timbulkan idea sebegini!! Tetapi bagi teman, sejak peristiwa 'lompatan bersejarah' 3 Adun Katak di Perak lagi sistem lompat parti dan seterusnya PRK ini memang patut dihapuskan!
Tuan Ibrahim menyatakan betapa zalimnya seseorang Adun yang melompat itu terhadap rakyat yang mengundi dan partinya! Dan yang paling malang, petugas-petugas parti yang bertungkus-lumus memenangkan calon dalam gerak kerja kempen pilihanraya. Berapa banyak masa dan tenaga malahan airmata dihabiskan bagi memenangkan calon! Berapa banyak doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT.
Cadangan dari Tuan Ibrahim adalah apa sahaja yang berlaku kepada Adun atau Ahli Parlimen tersebut sama ada dia melompat parti mahupun meninggal dunia, parti tersebut tetap kekal dan hanya perlu menamakan Adun baru yang akan mengangkat sumpah di DUN ataupun Parlimen. Ini bukan sahaja akan menjimatkan masa dan tenaga malahan dapat mengelak daripada berlakunya rasuah pilihanraya, pergaduhan, kemalangan dan sebagainya. Semua orang maklum apabila berlakunya pilihanraya kecil, ianya merupakan suatu perkara yang sangat memerlukan modal kewangan yang sangat besar! Apatah lagi parti seperti Barisan Nasional yang untuk PRK Hulu Selangor sahaja, dilaporkan telah membelanjakan lebih RM60 Juta!
Pastinya keturunan katak seperti Jamal Posmen Behrang, Kapten Pencen Osman Jailu Changkat Jering dan Yit Foong Kaki Judi Jelapang akan secara automatiknya pupus kerana jika melompat pun tidak ada sebarang keuntungan kepada parti lawan!
Bagaimanapun pada teman, dengan adanya PRK, jentera dan kemampuan sesebuah parti itu dapat diuji disamping menambah pengetahuan politik semua pihak. Didalam suasana negara ini yang gagal menyempurnakan demokrasi, hanya dengan PRK akan dapat senantiasa memastikan gelombang perubahan rakyat dapat dikonsistenkan. Apabila tiba PRK, media mahu tidak mahu terpaksa juga sedikit sebanyak menyiarkan berita-berita berkenaan parti-parti pembangkang walaupun lebih 99% adalah berupa fitnah dan berniat jahat! Namun setidak-tidaknya 'overcooked' media-media ini akan menimbulkan simpati kepada parti-parti pembangkang Malaysia.
Apa pun terpulang kepada ahli-ahli Parlimen bagi mengusulkannya di Dewan Rakyat, dan akhirnya terpulang kepada Barisan Nasional kerana mereka majoriti di dewan itu. Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sewajarnya melihat secara serius cadangan ini kerana bagi keadilan kepada semua pihak dan menjamin kestabilan politik negara agar kita tidak gila berpolitik sepanjang masa!
sunsnake 02052010
HENTIKAN SISTEM PILIHANRAYA KECIL
JUMAAT, 16 APRIL 2010 | 1 JAMADILAWWAL 1431HSistem pilihanraya di
artikel penuh
0 comments:
Post a Comment