Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, September 21, 2010

Hebatnya UMNO Perjuang Hak Melayu!


Hmm..
Kelantan ni setahu teman dekat-dekat nak 95% melayu!
Exco-exco pun rasanya semua melayu..

Kalaupun fahaman politik berbeza..
Patutnya kalau dah kata perjuang melayu..
yang dah sah hak melayu tu.. laksanakanlah..
tak kira melayu parti apa..

Tak pernah dengar pulak hak melayu UMNO dinafikan oleh Kerajaan PAS..
Melainkan hak 'rasuah' melayu UMNO yang dulunya..
kini dihentikan oleh PAS..
contoh macam isu pasir di Selangor la.

hmmm.. UMNO perjuangkan melayu?
idak jugakkk!!
Perjuangkan Islam... laaaagi jauhhh!

sunsnake 21092010

Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan

KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.


Berita Penuh

Apabila Pengarah DBP pun tak faham bahasa?


Punya la ramai yang turun demo anti-PPSMI dulu..
Lagi ramai daripada tu yang bantah tapi tak dapat joint demo!

Malangnya Pengarah ni tak berani kot nak sebut antara punca yang membantutkan perkembangan bahasa melayu adalah PPSMI..
Last-last Twitter dan facebook jugak jadi mangsa!
Wakakakak!

Ye la.. kalau kutuk PPSMI kang..
ada yang kena downgrade jadi security kat DBP Sarawak pulak!

Berapa sangat la yang pakai internet nak bersembang berbanding dengan budak-budak sekolah seluruh Malaysia yang kena guna BI untuk Matematik dan Sains??

Aduyaiii!!..
Inilah sindrom "takut UMNO" namanya...
sunsnake 21092010

'Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu'


Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook dan Twitter telah 'mengancam' penggunaan Bahasa Melayu yang baik di kalangan masyarakat hari ini.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung di kalangan pengguna laman web sosial.

"Sehubungan itu, DBP mempergiatkan usaha untuk menggalakkan dan menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini, termasuk mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada Oktober setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai majlis pelancaran BBK peringkat negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Berita Penuh

Habis PERKASA & UMNO Kena Pecat!

Cuba-cubalah berkasih sayang duhai UMNO & PERKASA!! wakakaka!


Kejap PERKASA suruh pecat orang UMNO..
Kejap kang UMNO suruh pecat orang PERKASA!

Macam hero & heroin Hindustan bergaduh lak!
Merajuk..merajuk.. pujuk..pujuk..
hehehehe..

Padahal 1Malaysia dah menyampah dengan dua-dua sekali!
Baik UMNO mahupun PERKASA.. sama je asobiyahnya!

Yang UMNO segan nak tunjuk takut kena pulau dek MCA dan MIC..
Yang PERKASA leh tunjuk sebab tak berdaftar sebagai parti dan bukan komponen BN..
Kalaulah PERKASA ni parti politik dan komponen BN..
Dah lama Ibrahim Ali ni senyap! atau berlagak atas pagar macam Najib!

Inilah bukti hinanya bangsa bila meninggalkan Islam!

sunsnake 21092010

KJ: Perkasa tiada hak pengaruhi Umno, desak pecat pemimpinya

September 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan bela orang Melayu itu tiada hak untuk menentukan hala tuju perjuangan Umno ataupun mendesak membuang mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.

Khairy, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang secara konsisten mendesak agar parti itu menjauhkan diri daripada Perkasa mengulangi pendirian beliau tentang keperluan untuk beralih daripada ‘kebergantungan’ pada pertubuhan bukan kerajaan itu. “Pendirian saya dalam isu ini sangat jelas dan tidak berubah. Umno tidak harus mempunyai sebarang kaitan dengan Perkasa,” kata Khairy kepada The Malaysian Insider.

Berita Penuh

Zam Maidin- Deyy!! Apa cerittta??

Kompom! Bro ni melayu sejati! wakakaka!


Teman cuba nak faham apa yang Bro ni maksudkan..
"UMNO kena tolak PAS dan bersama BN tolak sentimen perkauman?"

Aduyaii!!
Cakap macam tuut!
Cuba belajar cakap tu biar direct..
usahkan teman.. Azeez dan Zambry Metallic pun silap-silap tak faham..
Apa yang dimaksudkan dek Bro ni..

BN tu sendiri dah mewakili perlbagai kaum..
Syarat nak jadi ahli UMNO.. WAJIB melayu dan bumiputera
Syarat nak jadi ahli MIC.. WAJIB India..
Syarat nak jadi ahli MCA.. WAJIB Cina..

so, tang mana yang takde sentimen perkaumannya?

Kita tengok pulak PR..
Syarat nak jadi ahli PAS.. Tak kisah apa bangsa janji Islam
Syarat nak jadi ahli PKR.. Tak kisah apa bangsa..
Syarat nak jadi ahli DAP.. Tak kisah apa bangsa..

errr.. tang mana perkauman?

Yang mana satu lebih 1Malaysia??

hishhh.. makin melalut pemimpin-pemimpin UMNO sejak UMNO dah makin jauh daripada rakyat Malaysia nih!!!

sunsnake 21092010

Perpaduan Melayu: Zam minta Umno lupakan kerjasama PAS

September 20, 2010

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perpaduan Umno dan PAS tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas Barisan Nasional (BN) iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.

“Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi PAS yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing,” katanya dalam temu bual eksklusif kepada umno-online.com.

Berita Penuh

Kesian kat Kamalanathan oh YB ku!


kesian dengan YB Hulu Bernam teman nih..
Jenuh dia nak menepis tuduhan demi tuduhan yang dia dan 'ustaz' kamal bagi tazkirah dalam masjid di Sg Tengi Selatan tempoh hari..

Wakakakak!
Amikkan! kira untung la jugak kome berdua kena hentam di media internet dan PR..
Kesian sungguh teman dengan Yb Serdang dan Selayang yang kena hentam di media utama UMNO..
YB Serdang siap muka depan Utusan lagi!!

Betul ke tidak belakang kira!

bak kata 'ustaz' kamal..

“Saya tidak akan komen mengenai itu, tapi saya mahu tanya kepada anda (media) mengapa mengeluarkan laporan itu tanpa mendapatkan penjelasan saya terlebih dahulu?

“Bukankah sebagai wartawan, anda perlu mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua beliau pihak. Tetapi anda gagal berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

woit sengal!! ada ke Utusan pi tanya YB Serdang sebelum letak gambor dia kat muka depan??
apsal lak dengan ko wartawan kena tanya dulu..
dengan YB Serdang tak payah??
Siott je!

sunsnake 21092010

ADUN Hulu Bernam nafi beri tazkirah, MP Kamalanathan enggan ulas

September 21, 2010

SHAH ALAM, 21 Sept — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar menafikan dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa beliau memberikan tazkirah, lebih-lebih lagi tanpa tauliah ketika berada di sebuah masjid di Hulu Bernam ketika Ramadan lalu.

“Bila masa pula saya beri tazkirah? Mana beliau (Khalid) tahu saya cakap pasal hal hal agama?

“Saya cuma berucap untuk merasmikan program yang dianjurkan sahaja. Bagi saya tidak ada isu, cuma ia sengaja diperbesarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program Hari Raya Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor di sini malam tadi.

Berita Penuh