Monday, September 20, 2010
PAS - Parti Ajaran Sesat!
Pengalaman teman sendiri..
seorang petugas pilihanraya UMNO-BN menjerit sekuat-kuat hatinya di telinga teman
"PAS Munafiqunnnn!!!" sewaktu kami petugas PAS melintasi mereka di pagi PRK Bukit Gantang!
Begitulah hinanya PAS apabila berpakat dengan DAP dalam Pakatan Rakyat dimata UMNO!
Seolah-olah apabila PAS berbaik dengan DAP..
Akan hilanglah Islam di hati ahli-ahli PAS..
Akan jadi kafirlah ahli-ahli PAS tidak lama lagi..
Akan jadi kufurlah melayu-melayu PAS jika tidak bertaubat!!
Kata merekalah..
Nah! Akhirnya Allah SWT berikan satu lagi bukti!
Betapa UMNO yang sebenarnya semakin sesat setelah sejak merdeka berkawan dengan cina MCA..Cina Gerakan!
Betapa lemahnya UMNO mempertahankan Islam mereka sehinggakan membenarkan bukan Islam menari didalam majlis menyambut keberkatan Syawal..
Menyambut kemenangan menjalani ibadah Puasa sebulan Ramadhan!
Siapa sebenarnya sesat?
UMNO atau PAS?
Mengapa seorang yang bertaraf menteri didalam UMNO..
Pemimpin yang sangat-sangat diagungkan oleh pencacai UMNO Pahang..
Pemimpin yang sangat berbangga dengan kejayaan anak bujangnya sebagai artis!
Mampukah pemimpin UMNO ini mengatakan Tuan Guru Nik Aziz itu sesat?
Mampukah pemimpin UMNO ini mengatakan dia lebih baik daripada Tuan Guru Hadi Awang?
Mampukah pemimpin UMNO ini mendabik dada mengatakan dia lebih baik daripada Anwar Ibrahim?
benar? itu semua urusan Allah... bukan manusia yang menentukan siapa yang ke syurga atau sebaliknya..
Tapi mungkinkah mereka yang serius perjuangkan Islam membuat maksiat sebegini?
Menghina kemuliaan Syawal sebegini?
Membenarkan majlis yang bertemakan Aidilfitri dihina sebegini?
Penari-penari yang teman rasa berbangsa cina ini tidak bersalah..
mereka tidak pernah memahami Al-Quran..
Jauh sekali pernah mengaku sebagai Islam..
Sebagai pejuang Agama, Bangsa dan Negara!
Sial punya UMNO!
sunsnake 20092010
Bukti Malaysia Negara Berkebajikan! Apa Nak Lagi?
Bukanlah teman nak menyokong kepada peminjam-peminjam PTPTN yang tegar tak nak bayor utang tu..
hutang tetap hutang.. ikut perjanjian...
cumanya yang menjadi kehairanan.. mengapa ianya mesti menjadi bentuk pinjaman..
Kalau pelajar-pelajar ni berjaya dan menjawat jawatan yang baik dan bergaji taraf profesional..
Bukankah hasil cukai mereka balik kepada kerajaan?
Persoalannya.. mengapa ianya pinjaman?
Bukankah setiap pelajar yang berjaya masuk ke Universiti Awam ini adalah pelajar-pelajar yang bijak dan membuktikan bahawa mereklah yang terbaik dikalangan ratusan ribu lepasan SPM dan STPM?
Teman ada 2-3 orang teman sepejabat yang lepasan ijazah dan masih terkial-kial nak bayar PTPTN ni..
Gaji basic RM1800..
tolak kereta RM600..
tolak makan pakai RM400..
tolak duit simpan nak kawin RM400..
tolak duit sewa rumah dan bil-bil RM400..
tolak itu.. tolak ini.. ehhh!! dah abih???
hmmm.. tu yang bujang..
yang dah kawin ni??? ishhh!! seram nak memikiokannya!
kalaulah lahir sebagai anak Nazri Aziz ke..
Anak Dato K ke..
Anak Tengku Adnan ke..
Anak Rafidah Aziz ke..
Anak Samy vellu ke.. erkksss!!
Wakakakaka!
Mungkin PR kena 'bold'kan manifesto nak hapuskan PTPTN kalau jadi Kerajaan Pusat kat PRU akan datang ni...
Ada kawan-kawan yang tak ter'perasan' manifesto tuh!!! aduyaii!!
sunsnake 20092010
TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.
Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.
Awang Selamat dah Tak Selamat? Wakakaka!
Tak sangka pulak YB Nazri ni touching bila Awang Selamat tulis pasal dia..
Hahahaha..
Anwar Ibrahim pun boleh kata hari-hari kena tuduh pengkhianat dek Awang Selamat Utusan ni..
Takde pulak Anwar sampai nak cabar Awang Selamat ni bertanding pilihanraya jadi calon!!
Wakakakak!
Biasalah YB dalam politik..
Kalau telinga nipis.. baik jadi artis!
kalau tak tahan kena maki.. baik jadi wrestler WWE!
Tapi YB Nazri pun dah dikira legend dalam parlimen..
Siapa pernah layan video kehebatan beliau dalam parlimen?
Yang belum gi search kat Youtube ye?
budakbalun 20092010
Surat terbuka Nazri kepada Awang Selamat
BUCHAREST, Sept 20 — Saya ada membaca komen Awang Selamat terhadap saya dalam kolumnya. Saya ingin membuat beberapa penjelasan supaya pembaca tidak menganggap apa yang dia tulis itu adalah betul.
Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri.
Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang. Saya sendiri tidak tahu tentang Awang kerana saya tidak tahu siapa dia Awang. Saya harap dia juga seorang lelaki macam saya dan membuktikan bahawa dia tidak takut untuk berhadapan dengan kritikan dan bersembunyi di sebalik nama samaran yang dia gunakan.
Berita PenuhLagi Bukti Kegagalan Pakatan Rakyat!
Mahathir kata Melayu Mudah Lupa...
Pemimpin UMNO pernah kata Melayu berbudayakan subsidi..
Pemimpin UMNO pernah berkata melayu lemah daya saing!
Pemimpin UMNO pernah berkata Hanya UMNO yang mampu membela melayu!
Cisss!!! Kena tipu nenek moyang aku dengan UMNO!
Cisss!!! Kena kencing atuk nenek aku dengan UMNO!
Cisss!!! Nyaris-nyaris aku dan ayah aku kena kencing dengan UMNO!
Kesian pak sedara aku sampai mati masuk kubur sokong UMNO!
Kesian pak sedara aku kaya-raya makan duit rasuah UMNO!
Kesian sepupu-sepupu aku.. dapat ayah pencacai UMNO..
Mati-mati mak ayah depa sokong UMNO!
Hidup-hidup mak ayah depa dikencing dek UMNO!
cis!!! cis!! cis!!
Kata pelajar melayu lembab..
Kata pelajar melayu lemah bahasa Inggeris..
Kata pelajar melayu lemah sains & matematik..
Ni haaa..
dah ada pelajar melayu yang pandai dan tak lembab..
dah ada pelajar melayu yang power giler bahasa Ingeeris...
dah ada pelajar melayu yang terror sains & matematik..
Apsal tak ditatang?
Apsal tak dijulang?
Apsal tak dibantu?
Patutnya.. duit komisen kapal selam tu yang digunakan untuk bantu pelajar ni..
Patutnya.. duit buat istana baru tu yang dapat diguna untuk support pelajar ni..
Patutnya.. duit yang dirembat kat EPF tu boleh guna kalau terdesak untuk pastikan pelajar ni dapat jadi doktor bumiputera...
Patutnya.. duit yang habis kat PRK Hulu Selangor hari tu sampai RM23juta leh setelkan masalah kewangan ibubapa melayu yang anak melayunya bijak nak jadi doktor melayu nih!!
UMNO perjuang Melayu? khakkk!! Tuuihhh!!
sunsnake 20092010
500 mahasiswa Melayu cemerlang mungkin pulang
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.
Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.
Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.
"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?
"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.