Tak sangka pulak YB Nazri ni touching bila Awang Selamat tulis pasal dia..
Hahahaha..
Anwar Ibrahim pun boleh kata hari-hari kena tuduh pengkhianat dek Awang Selamat Utusan ni..
Takde pulak Anwar sampai nak cabar Awang Selamat ni bertanding pilihanraya jadi calon!!
Wakakakak!
Biasalah YB dalam politik..
Kalau telinga nipis.. baik jadi artis!
kalau tak tahan kena maki.. baik jadi wrestler WWE!
Tapi YB Nazri pun dah dikira legend dalam parlimen..
Siapa pernah layan video kehebatan beliau dalam parlimen?
Yang belum gi search kat Youtube ye?
budakbalun 20092010
Surat terbuka Nazri kepada Awang Selamat
September 20, 2010
BUCHAREST, Sept 20 — Saya ada membaca komen Awang Selamat terhadap saya dalam kolumnya. Saya ingin membuat beberapa penjelasan supaya pembaca tidak menganggap apa yang dia tulis itu adalah betul.
Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri.
Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang. Saya sendiri tidak tahu tentang Awang kerana saya tidak tahu siapa dia Awang. Saya harap dia juga seorang lelaki macam saya dan membuktikan bahawa dia tidak takut untuk berhadapan dengan kritikan dan bersembunyi di sebalik nama samaran yang dia gunakan.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment