Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 8, 2011

Masalah Tanah? Doa je mohon ada PRK!

Tanah Adat? Tanah apa tu yangggg?

Kesian teman baca berita orang Kayan di Sarawak ni..
Tanah adat mereka dirampas dek Mat Taib dan regimnye..
Apa nak buat.. dah majoriti rakyat Sarawak suka melihat kekayaan Taib dan kroni..
Suka tengok bini baru Mat Taib yang orang arab tu..

Cadangan teman..
Dah takde apa yang mampu dibuat..
BN Sarawak ada kuasa.. ada media.. ada duit..
Orang Kayan ni apa yang ada?

So, doa je lah agar ada PRK disaat-saat akhir sebelum tarikh tutup bulan 6 ni..
InsyaAllah.. kompom leh dapat balik tanah tuh!!
Kalau ada PRK laaaaaa..

Moga DS Najib sudi mendengar keluhan mereka..
Jangan dengar saje! Bagi la balik tanah depa tuhhhh!! Tanah hutan banat pun nak rembat ka?
opssss balak tuhhhh!!!

wakakakakaka!

sunsnake 08022011

Kayan mohon bantuan PM kembalikan tanah adat

Berang dengan keputusan kerajaan negeri Sawarak merampas tanah adat mereka dan diserahkan kepada sebuah syarikat perladangan, masyarakat Kayan di Long Bemang memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campur tangan bagi mendapatkan tanah mereka semula.

Dalam memorandum yang dikemukakan kepada pegawai Najib, pada Ahad lalu ketika perdana menteri melawat Miri, masyarakat itu berkata mereka telah menetap di kawasan Sungai Apoh yang terletak di daerah Baram sejak tahun 1940an. Dengan galakan daripada kerajaan kolonial ketika itu, mereka menandakan sempadan dengan puak Kayan dan Penan lain di kawasan itu, petik memo berkenaan.

Berita Penuh

Wah! Ini Peluang Bloggers UMNO "spin' cerita!

Aku kalah sikiiiittt ni je kat anak Anwar PRU dulu!
Tapi aku tetap jadi Menteri penuh!! Tak macam menantu Pak Lah tu!
Menang PRU tapi dapat masuk wataniah je!! wakakakaka!


Percayalah!
Selalunya inilah yang berlaku apabila bloggers UMNO mula membuat 'pusingan' dalam posting-posting mereka...

Contoh berita di bawah..

YB Nurul Izzah persoalkan mengapa harga jejantas itu terlalu mahal sehinggakan nilainya lebih 70 ribu semeter?

Bloggers UMNO akan pusing ayat seperti berikut...

"Nurul Izzah tak prihatin golongan OKU"

"Anak Anwar Ibrahim Berlagak Pandai"

"Nurul Izzah Berlagak Macam Menteri"

macam-macam lagi laaa..
Walhal YB ni persoal mengapa harga terlalu tinggi dan ada kemungkinankah ada pilihan untuk harga yang lebih murah..

Hmmm... sabor ajelah YB oiii!
Kapal selam di laut dan jet di langit pun UMNO boleh up harga gila-gila!!
Inikan pulak jejantas yang bertapak di bumi! Sonang bai tu!

Wakakakakaka!

sunsnake 08022011

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

Semalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.
Berita Penuh

Ketua UMNO Tumbang Dalam Mahkamah!



Adehhh!!
Itu baru perbicaraan di Mahkamah dunia..
Belum perbicaraan di Yaumul Mahsyar!

Opsss!!
Takleh cakap pasal akhirat..
Karang pencacai-pencacai UMNO yang masuk blog teman ni marah!

Mula lah kata syurga neraka tu Allah yang tentukan
bukan manusia...
Mulalah kata Lim Guan Eng janjikan syurga!
Mulalah kata Nik Aziz keluar fatwa!

Memanglah Allah SWT yang tentukan penghuni syurga dan neraka!
Cumanya, yang langgar syariat Allah SWT didunia ni sesama manusia boleh nampak wehhh!!

sunsnake 08022011

Pandan Umno chief Abd Ghani faints on hearing graft charges

KUALA LUMPUR: Pandan Umno division chief, Abd Ghani Ismail, 45, fainted suddenly in a Sessions Court here when a court interpreter read to him his amended bribery charges, shocking everyone in the court.

Abd Ghani, 45, fell sideways with a loud bang. His wife, a relative, the intepreter and two lawyers rushed to the dock to help him sit up.

Sessions Court judge Rozilah Salleh immediately adjourned the court proceedings briefly.

His lead counsel M. Athimulan asked him to lean down. His wife wiped the sweat off his face and asked him to remove his coat.

A court policeman asked Abd Ghani if he was diabetic but he responded that he had fainted because "he had walked far".

Berita Penuh

Lain kali Pakai Baju UMNO!



Tu laaa..
Lain kali kalau nak demo..
Kalau nak berarak...
Kalau nak heret kepala lembu pun!

Pakai baju UMNO!
Setidak-tidaknya ajak mana-mana AJK Bahagian UMNO joint..
Kompom!
Polis usahkan nak marah!
Jeling pun idak!

Tembak canister jauh sekali!
Siram water canon memang takde laaaa!

Silap-silap hari demo tu
Geng-geng FRU diberi cuti lagi!

wakakakakak!

Silap taktik penduduk BMC nih!

sunsnake 08022011

Penduduk BMC gagal saman 'keganasan' polis

Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini menolak saman sivil oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras, yang membantah pembinaan lebuhraya Grand Saga pada 2007. Mereka sebelum ini mendakwa kerajaan dan polis bertindak ganas dalam menyuaraikan perhimpunan aman mereka.

Hakim Mohd Mohzani Mokhtar juga memerintahkan kumpulan berkenaan supaya membayar kos perbicaraan.

"Hakim memerintahkan bahawa ia adalah perhimpunan haram, penunjuk perasaan gagal bersurai apabila diarahkan dan polis bertindak dengan munasabah dengan menahan mereka,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang juga adalah seorang daripada peguam yang mewakili pihak plaintif. Hakim Mohd Mohzani membuat penghakiman secara lisannya pagi ini, bagaimanapun belum menetapkan jumlah kos yang perlu dibayar oleh plaintif.

Berita Penuh