Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, October 12, 2011

Indahnya Brunei Tanpa UMNO!

apa pandang-pandang??


Perghhh!!
teman dok berangan kalaulah yang bercakap ni Perdana Menteri Malaysia..
Allahuakbar!!

Malangnya.. Malaysia ni ada UMNO!

wakakakaka!
budakbalun 12102011

Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi. - Harakahdaily

Pengkhianatan Terbaru DAP!

Haa.. bagus Rakyat Melaka banyak sokong aku.. macam beruk nehh!!



Hayya apek aa..
Ini Plojek aaa.
misti mau jalan punya maaa..

Kalau talak jalan aaa..
maccam mana itu kloni ali lostam mau dapat luiit maa?

Jadi ka talak jadi ini plojek aaa.. itu belakang kila maaa..
janji ala masyukkk!!

Jangan bising-bising laaa..
Diam-diam duduk suddaa maaa..

Nanti aaa... itu Armand Perkasa mari aaa..
Lagi bising selupa muntut ayam wooooo!!

wakakakkaa!

budakbalun 12102011

Taman burung terbesar - satu pembaziran, kata DAP

Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk membina sebuah taman burung di Taman Botanikal Melaka dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar di kawasan berkenaan, dakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Selain itu, katanya projek berkenaan juga, membawa terlalu banyak pembangunan ke kawasan terbabit.

NONE"Mengapa perlu dibina satu tarikan hanya untuk membolehkan peminat burung datang ke Melaka sedangkan Melaka sudah ada satu tarikan cukup popular untuk peminat burung di Tanjung Tuan?

"Apa yang saya risaukan adalah projek ini akan menjadi satu lagi projek gajah putih sebagaimana dibuktikan oleh projek-projek lain kerajaan negeri," katanya.

Wakil rakyat DAP itu juga berkata, pembangunan pesat di kawasan Taman Botanikal berpotensi memberi kesan kepada faktor semula jadi, sekaligus menafikan akan kemudahan rekreasi semula jadi yang kian berkurangan di negeri ini.

Menurutnya, keghairan kerajaan negeri membangunkan kemudahan itu jelas menunjukkan ia lebih mementingkan pelancong semata-mata dan bukannya memikirkan tentang rakyat negeri ini.-Mkini

Bukti Terbaru!! Barisan Nasional Amanah!


Hmmm..
Teman ni sejak hidup langsung tak pernah rasa macam mana naik kapal terbang...
Teringin la jugak tapi belum ada rezeki..
Urusan kerja pun semua jenis melata atas tanah je..
Urusan parti lagi laaa.. Nak ikut ke PRN Sarawak hari tu pun takde modal..
Ada gak sahabat-sahabat ajak tapi teman jawab sibuk aje lee..
Segan nak bagitau takde modal! hehehe

Anak-anak dan bini teman ada gak ajak makan angin ke Langkawi..
Kalau boleh nak pergi la naik kapal terbang kata anak bini teman..
Uishh.. dah 10 tahun kawin.. dah bersusun anak-anak tapi masih belum lagi teman mampu bawak naik kapal terbang..
ke Kelantan..ke pahang semua dengan kereta kebal teman tu lah..

Iskk.. Kalaulah ada kawan-kawan nak sponsor teman satu family naik kapal terbang kan best..
Take off kat KLIA, landing kat Sg Besi pun jadi laaaaa...
wakakakakaka!

Indahnya hidup kamu Najib Rosmah oiiiii!!!

budakbalun 12102011

Najib ke Perth 31 Ogos lalu atas lawatan peribadi


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua. - Mkini