Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, October 12, 2011

Bukti Terbaru!! Barisan Nasional Amanah!


Hmmm..
Teman ni sejak hidup langsung tak pernah rasa macam mana naik kapal terbang...
Teringin la jugak tapi belum ada rezeki..
Urusan kerja pun semua jenis melata atas tanah je..
Urusan parti lagi laaa.. Nak ikut ke PRN Sarawak hari tu pun takde modal..
Ada gak sahabat-sahabat ajak tapi teman jawab sibuk aje lee..
Segan nak bagitau takde modal! hehehe

Anak-anak dan bini teman ada gak ajak makan angin ke Langkawi..
Kalau boleh nak pergi la naik kapal terbang kata anak bini teman..
Uishh.. dah 10 tahun kawin.. dah bersusun anak-anak tapi masih belum lagi teman mampu bawak naik kapal terbang..
ke Kelantan..ke pahang semua dengan kereta kebal teman tu lah..

Iskk.. Kalaulah ada kawan-kawan nak sponsor teman satu family naik kapal terbang kan best..
Take off kat KLIA, landing kat Sg Besi pun jadi laaaaa...
wakakakakaka!

Indahnya hidup kamu Najib Rosmah oiiiii!!!

budakbalun 12102011

Najib ke Perth 31 Ogos lalu atas lawatan peribadi


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua. - Mkini

0 comments: