Friday, January 28, 2011
Tok Nik! Benar kata Muhyiddin tuh!
Ni ceramah lain..
Wakakakaka!
heran gak teman..
Cemane Muhyiddin leh terasa lak bila Tok Nik kata cenggitu..
Adehhh!!
Termakan cili ke TPMku wehh!!
wakakakakaka!
sunsnake 28012011
TPM: Kenyataan Nik Aziz singgung umat Islam
Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan DUN Tenang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan perdana menteri berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong PAS. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.
Berita Penuh
Badrul Port Klang - Lambang Ke'lembapan' Katak Melayu!
Teman makin tak faham makhluk Allah SWT bernama Badrul ni..
Mungkin dari beberapa aspek..
Bijak lagi 3 katak Perak Behrang, Changkat Jering dan Jelapang..
Sekatak-katak mereka..
Mereka turun gak sidang Dun..
Idak pulak deme 'tuang'..
Mungkin sebab UMNO dah berjaya rampas DUN kot..
Tu yang berani tuh!
Tapi si katak Port Klang ni..
Langsung tak datang bersidang!
Attendance list pun takde nama dia!
Leh pulak ngaku datang!
Adehhh!!
Satu DUN tak nampak muka dia..
Boleh pulak dia ngaku datang..
Ikut pintu belakang ke?
Nampak gayanya..
memang kompom takde peluang la rakyat Port Klang nak dapat 'harta dari langit' macam rakyat Tenang dan seumpamanya..
Maklumlah.. kalau ada PRK..
kompom ramai 'Santa Claus' dari Putrajaya akan datang menabur hadiah dari langit!
Menyorok hadiah dalam stokin!
Wakakakakaka!
Rakyat Port Klang kena banyak-banyak buat Solat Hajat mohon ada PRK nehh!!
Baru masyukkk!!
Akhirnya.. Harap PKR sedar diri!
sunsnake 28012011
DUN Pelabuhan Klang: Badrul gagal peroleh perintah interim halang SPR
SHAH ALAM, 28 Jan — Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak memberi Badrul Hisham Abdullah, yang mencabar status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, perintah injunksi sementara bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan mesyuarat khas menentukan nasibnya, sebaliknya kes itu akan didengar pada 7 Februari ini.
Sebaliknya mahkamah hanya memberikan nasihat kepada pemimpin itu yang keluar PKR untuk menyertai Umno tahun lalu.
Permohonan untuk mendapatkan perintah interim didengar di kamar hakim.
Hakim Datuk Suraya Othman menasihatkan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian supaya tunggu sehingga kes yang sebenar selesai didengar sebelum sebarang tindakan diambil, kata peguam-peguam Badrul selepas bicara secara tertutup petang ini.
Pagi tadi, Mahkamah Tinggi menetapkan 2.30 petang, 7 Februari ini untuk mendengar permohonan Badrul.
MC Suami Normala - UMNO Makin Kelam Isu?
Apalah nasib kita ni..
Dapat TPM pun.. kecoh dengan perkara kecik..
Kes MC pun nak sampai TPM bagi komen?
Berlambak kes MC penjawat awam 1Malaysia..
Idak pulak TPM nak komen..
Oklah.. kalau pun betul suami Normala ni tipu MC..
berapa kerugian negara?
Besar mana kesan dia terhadap etika perguruan?
Idak pulak Muhyidin nak komen kenapa suami Normala ni ditukarkan ke sekolah yang 200Km dari rumahnya!
Sebaik sahaja dapat tahu Normala jadi calon? dengarnya...
So,
Kalau teman nak relate dengan isu lagi besar..
Berapa banyak pulak Rosmah abiskan duit negara apabila 'mewakili' Kementerian Pelajaran melawat ke Semenanjung Arab baru-baru ni?
Yang hotel 1 malam sampai beratus ribu rate nyer?
Bukan 1 bilik.. bilik-bilik lain untuk 'almalak' dia lagi?
Adehhh...
Yang tak tahan tu..
siap suruh Pengarah Pendidikan Johor siasat!!
Bukan mamat tu yang kantoi kempen cikgu-cikgu kaunseling suruh gi kempen untuk BN di PRK Tenang ke? adehhhhhhh!!
Muhyiddin...Adehhhhh!!!! lagi sekali!
sunsnake 28012011
Suami Normala disiasat atas dakwaan salahguna MC
Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.
"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit. "Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.
Berita PenuhFRU Mesir Patut Nuntut Dengan FRU Malaysia!
Patut FRU Mesir ni mai study dengan FRU Malaysia...
Sebab kat Malaysia belum pernah berlaku lagi pejuang jalanraya tahan air dari muncung watercanon!!
Teman sendiri yang cakap berdegar-degar ni pun..
Time demo teman pastikan jarak teman dengan watercanon dalam 100 meter!!
wakakakakak!!
Maaf le wehh.. 'makam' teman tak sampai tahap geng Unit Amal PAS lagi!!
Apa-apa pun.. Salute pada anak-anak muda yang berani melawan!
Anak-anak mudaTunisia dah berjaya! menghalau First Lady Laila Trablesi
Anak-anak muda Mesir sedang berjuang.. Nak halau 1st lady bini mubarak
Anak-anak muda Malaysia bila pulak? nak halau 1st lady of Malaysia Rosmah suami Najib?
wakakakakaka!