Monday, February 28, 2011
Dah Ugut Lepas Tu Ngaku Dapat Sokongan?
Adehhh!!
Setelah segala macam jentera kerajaan digunakan..
Setelah segala macam media diwar-warkan..
Digunakan ugutan ISA laaa..
Akta Polis laaa..
Akta Berhimpun laaa..
Digegarkan dengan Polis akan ambil tindakan keras laa..
Roadblock bersepah-sepah..
Segala jalan disekat..
belum dengan cara letak FRU bermuka 'keruh' di area KLCC..
amaran daripada ketua Polis KL..
amaran daripada Ketua Polis Negara..
amaran daripada TPM..
amaran daripada PM..
Akhirnya bila ramai yang tak datang joint demo..
Mengaku demo tak dapat sambutan??
adehhh!!!
Macam budak-budak!
Kalau berani..
Bagi kebenaran laa..
bagi Permit berhimpun.. ikut akta Polis..
Ikut perlembagaan takde masalah nak berhimpun..
Polis boleh kawal keadaan je..
di US dan UK selalu jadi macam tu..
Aikk??
Kalau nak naikkan harga minyak boleh pulak ikut US? UK?
Takkan dalam hal kawalan dan hak rakyat bersuara..
Ikut 'acuan' sendiri?? Hotak dia!
sunsnake 28022011
Demo: Kurang sokongan petanda baik, kata TPM
Demonstrasi Hindraf yang tidak mendapat sambutan ramai semalam, merupakan satu petanda baik sokongan masyarakat India kepada kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demonstrasi anjuran kumpulan tidak berdaftar itu tidak sepatutnya diadakan, namun beliau berpuas hati kerana ia tidak mendapat sambutan dan langkah wajar yang telah diambil pihak keselamatan."Majoriti masyarakat India adalah rasional dan tahu apa yang diperjuangkan oleh Hindraf adalah bercanggah dengan kepentingan mereka, jadi sebab itu mereka tidak sokong.
Berita Penuh
Aduhh!! UMNO weii!! Kempen Apa Ini?
Sedari hari penamaan calon lagi UMNO dah menunjukkan perangai sebenar mereka..
Menunjukkan akhlak sebenar mereka dengan tergamak membuat banner sebegini..
Ni timbul pulak kes UMNO berkempen cara ni..
Harap SPR sila ambil perhatian dan buat siasatan secara adil dan telus..
kalau di Permatang Pauh dan 2-3 PRK sebelum ni, SPR ambil tindakan apabila ada laporan penyebaran gambar-gambar Altantuya.. Jangan la diam saja dengan kes-kes ni..
Banner menghina Nik Aziz dan Anwar masa penamaan tu pun dah jelas lagi bersuluh!
ke nak mengaku je yang SPR ni boneka UMNO seperti Fatah Palestin menjadi boneka Israel?
UMNO makin terdesak makin mengarut!
sunsnake 28022011
Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar
Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.
Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.
Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.
Berita Penuh
Antara Komen Terbaik Nik Aziz!
“Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT,”
teman tak tau nak komen apa dah dengan kenyataan terbaru Tok Guru ni! Speechless!
Sebaik terbaca terus meresap ke dalam jiwa!
Kepada pencacai UMNO yang pastinya akan 'spin' kenyataan ni..
tolong faham betul-betul maksud dia..
Cuma kalau hati dah gelap..
memang payah laaaa..
sunsnake 28022011
'Tidak apa jika saya tidak dilahirkan sebagai Melayu'
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu. Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini. "Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.
Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.
Berita Penuh
Subscribe to:
Posts (Atom)