Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 28, 2011

Antara Komen Terbaik Nik Aziz!


“Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT,”

teman tak tau nak komen apa dah dengan kenyataan terbaru Tok Guru ni! Speechless!
Sebaik terbaca terus meresap ke dalam jiwa!

Kepada pencacai UMNO yang pastinya akan 'spin' kenyataan ni..
tolong faham betul-betul maksud dia..

Cuma kalau hati dah gelap..
memang payah laaaa..

sunsnake 28022011

'Tidak apa jika saya tidak dilahirkan sebagai Melayu'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu. Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini. "Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.


Berita Penuh

6 comments:

Anonymous said...

...lahir sebagai bangsa Melayu ke, Cina ke, Iban ke, Jakun ke, tidak ada siapa pun persoalkan..kalau dilahirkan melalui perut ibu yg bukan beragama Islam maka belum tentu seseorang itu akan akhirnya jadi Islam...bergantung kpd hidayah dari Allah..

..Tun M tidak menghina atau memperlekehkan sesiapa dan keturunan sesiapa..cuma dia mengingatkan bahawa di Malaysia, sesiapa yg dilahirkan dari perut seorang ibu yg berbangsa Melayu, mereka secara otomatik adalah orang Islam kerana ibubapa mereka adalah orang Islam melainkan ibubapa mereka mohon untuk murtad. Kalau seseorang itu lahir dari perut orang kafir maka kalau ada hidayah dari Allah maka akhirnya dia akan jadi orang Islam. Jadi sewajarnya kita bersyukur kerana dilahirkan terus dari perut seorang ibu beragama Islam dari asal lagi..

..andainya Nik Azizan dilahirkan dari perut orang Asli dalam hutan Lojing, G Musang, dan kerana kelekaan kerajaan atau pendakwah yg tidak ada kesungguhan untuk masuk hutan berdakwah kpd orang Asli maka adakah Islam akan sampai ke kampung Nik Azizan..

..tidak ada paksaan dalam mensyukuri nikmat Allah..kalau Nik Aziz bukan orang Melayu mungkin MB Kelantan sekarang ini ialah YB Mat Iraq atau YB Nik Amar atau YB Hj Omar atau...................

..sekadar mengasah minda yg fakir ini..

Cucu Pak Pandir

Anonymous said...

drp melayuperkasa,

org umno x belajar subset la bro.
matematik pon diorg tak tau ape bende.

Cikgu Di said...

Salam persaudaraan buat tuan....

Dalam mensyukuri nikmat iman dan Islam maka seharusnya kita terbuka hati dan rasa bersyukur kerana kelahiran kita dibumi ini bermula dari keluarga yang dah mempunyai kalimah ia itu orang Melayu yang beragama Islam.

Maka dengan kelahiran dari perut ibu Melayu dan berada di Bumi Melayu yang beragama Islam maka kita telah terdidik dengan agama yang telah menjadikan kita dapat mengenali diri dan pencipta secara lebih dekat.

Jadi apakah perlu kita mempertikaikan kelahiran itu sebagai satu sebab untuk menolak kemelayuan sedangkan ianya satu anugerah percuma sebagai saluran kalimah yang sedia ada dan ditakdirkan begitu ?

Lalu oleh kerana kurang senang bila di panggil Melayu maka kita mula menjaja dan meracau dengan berbagai cara hinggakan kadang-kadang kita kita terasa terhina bila di panggil Melayu ?

Apapun sememangnya antara kita tiada perbezaan diantara orang Melayu,Asli, China, India maupun bangsa lain. Tapi seharusnya kita akui yang memuliakan kita adalah kalimah Iman dan Islam. Maka kenapa kita masih lagi merendah-merendah bangsa sendiri oleh kerana
parti kita dinamakan ISlam maka apa saja nama Melayu maka kita terus terajang dan hinakan....?

Untuk lahir sebagai Islam Allah jadikan berbagai asbab sebagai punca hidayah.Maka akuilah bahawa saya dan orang Melayu lain yang beragama Islam yang ada sekarang adalah kelahiran dari perut ibu dan bapa Melayu maka kita digelar Islam. Apakah salah jika kita bersyukur dilahirkan Melayu dan beragama Islam secara anugerah Allah?

Maka tidak perlu lagi kita mengungkit kelahiran dari perut orang Asli mau pun Cina kerana awal mereka berlainan kecualilah selepas mereka menerima Islam maka zuriatnya dengan sendiri dari berketurunan Islam .Begitu juga dengan Melayu yang sudah tidak Islam lagi maka keislaman sudah tidak lagi berada dalam Melayu.
Ianya bagaikan sebuah bekas. Secara automatiknya bekas pada Melayu telah diisi dengan Islam yang telah dianugerahkan melaui sejarah keislaman kepulauan Melayu Nusantara.Jadi mengapa kita tidak bersyukur dengan takdir Alllah yang begitu pemurah untuk orang Melayu yang sekaligus menjadi Islam ?

Maka kecelaruaan yang ditimbulkan ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan dengan minda yang terbuka. Usah menjadi pengikut yang bertaklik dalam apa-apa sekali pun kerana ilmu adalah penimbang dan penyuluh kebenaran....walahualam

budakbalun said...

W.slam cikgu...
Sebelum tu tanya skit..
Blog senjaliza tu cikgu punya ke?

Cikgu Di said...

Salam kembali buat tuan..

Terima kasih kerana respon tuan dengan ulasan saya. Saya hanya penjenguk blog biasa yang fakir.Saya hanya sahabat kepada blognya sama dengan blog tuan. Apa saja catatan dalam blog tersebut adalah hak ciptanya. Saya memang berminat dan mengikuti semua blog samada pro atau kontra.Cuma di link ke blog saya.Terima kasih...wasalaam.

budakbalun said...

w.salam cikgu Di..
Jazakallah sudi bagi komen dalam blog al-fakir ini..
Teman sangat tertarik dengan hujah dan cara susunan ayat Cikgu yang lebih sopan dan ilmiah..
tidak seperti 2-3 orang penyokong UMNNO yang lain..

Cikgu,
teman tak nafikan betapa bersyukurnya dilahirkan sebagai melayu dan pastinya Islam didalam negara yang sangat bertuah ini yakni Malaysia!

PAS,pimpinan dan ahli2nya tidak pernah menyatakan tidak mahu jadi melayu! Maksud Nik Aziz itu dia tak kisah kalau tak lahir sebagai melayu asalkan dia lahir sebagai Islam!

berbeza maksudnya tu dengan tak nak..
Tak kisah lain.. tak nak lain..
Tak nak memang tak nak langsung!
dalam isu ini,tak nak maknanya tak mahu langsung lahir sebagai orang melayu! Ini tak kisah.. maknanya takde hal lah nak lahir sebagai melayu atau mana2 bangsa sekalipun asalkan Islam..

Apa gunanya jadi melayu Islam kalau diri sendiri tak mahu Islam disyumulkan..

Teman melihat perbezaan antara PAS dan UMNO ini merugikan bangsa melayu khasnya dan Islam umumnya!

UMNO terlalu liat mahu meruntuhkan keegoan dengan menjadikan Islam sebagai perlembagaan parti..

Walhal, konteks malaysia, kalau kita perjuangkan Islam otomatiknya jadi perjuangkan melayu!

mohon sama2 kita berhujah dengan baik dan sopan agar tidak sampai memutuskan silaturrahim sebagai umat Islam...

wallahua'lam..