Thursday, June 24, 2010
Slogan "Melayu Cemerlang" Tetap Berbau Ashobiyyah
“Melayu Cemerlang” dicadangkan jadi slogan baru UMNO
BESUT 20 Jun — Slogan Umno ”Hidup Melayu” dicadang diubah kepada ”Melayu Cemerlang” agar relevan dengan suasana dan perkembangan negara masa kini.
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai untuk menggerakkan orang Melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang kini lebih ke hadapan. "Slogan Hidup Melayu lebih menjurus kepada membina asas perjuangan dan kekuatan bangsa Melayu di era sebelum dan selepas kemerdekaan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Dalam Organisasi di Bangunan Umno Bahagian Besut di Jerteh, hari ini.
Slogan baru itu dicadangkan oleh Umno Bahagian Besut. Bagaimanapun menurutnya, suasana kini telah banyak berubah dan usaha berterusan memperkasa dan memartabatkan orang Melayu perlu dibuat menerusi pendekatan yang lebih realistik. — Bernama
Sumber: Utusan Malaysia 20/06/10
Apa Sahaja Slogan Yang Digunakan Ianya Tetap Dicemari Ashobiyyah
Nampaknya UMNO dan ashobiyyah masih terus tidak dapat dipisahkan. Umum mengetahui bahawa asas penubuhan UMNO itu sendiri adalah perkauman/ashobiyyah. Maka dengan itu adalah tidak menghairankan kita apabila slogan yang berbau ashobiyyah akan terus hidup dalam pemikiran ahli-ahlinya sedangkan ikatan tersebut adalah ikatan yang jelas-jelas diharamkan oleh Islam melalui lisan nabi Muhammad SAW. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila para pemimpin yang memimpin UMNO saat ini masih terus bergelumang dengan idea kufur tersebut.
Wahai para pendokong dan pejuang ashobiyyah!
Wahai seluruh ahli UMNO!
Sedarlah bahawa mana mungkin kamu boleh mendakwa bahawa kamu adalah umat nabi Muhammad SAW di akhirat kelak jika semasa di dunia ini kamu masih berbangga dengan seruan-seruan kufur itu.
Wahai seluruh ahli UMNO! Bagaimana kelak kamu akan mengharapkan syafaat Rasulullah SAW di akhirat jika kamu masih terus bergelumang dengan seruan dan perjuangan ashobiyyah.
Wahai para pejuang ashobiyyah! Perhatikanlah hadis Rasulullah mengenai kejelekan ashobiyyah yang diharamkan.
Sabda Rasulullah SAW: ”Bukanlah dari kalangan kami orang yang menyeru kepada Ashobiyyah, dan bukannya dari kami orang yang berperang atas dasar Ashobiyyah dan bukanlah dari kalangan kami orang yang mati kerana Ashbobiyyah” [Riwayat Abu Daud XIII/25].
Untuk itu sudah sampai saatnya UMNO membuang fahaman ashobiyyah dari perjuangan mereka dan memperjuangkan Islam secara kaffah.
Sudah tiba saatnya Islam itu dijadikan asas sebagai ikatan antara kamu dan bukannya ikatan perkauman Melayu.
sumber - jebbat.blogspot
PM Australia - teringat pulak kat Pak Lah...
Hmm.. bila baca kisah ni.. teringat pulak kat Pak Lah...
Jangan pompuan yang ganti PM Autralia ni pun 'takut bini' jugak sudahhh!!
Wakakakaka!
sunsnake 24062010
Rudd Berundur, Australia Dapat PM Wanita Pertama
Parti yang menerajui Australia mengakhiri kepimpinan perdana menteri Kevin Rudd hari ini dengan melantik penggantinya — seorang wanita, Julia Gillard.
Langkah itu juga berjaya mengelakkan pemilihan lewat tahun bagi menyelesaikan krisis kepimpinan.
Dengan keputusan ini Rudd (gambar) dikategorikan sebagai perdana menteri paling singkat memimpin Australia sejak Billy McMahon berhenti pada 1972.
Sokongan kerajaan Buruh merosot sejak April ekoran kegagalan kepimpinan Rudd.
Gillard kelahiran Britain dikatakan menerima sokongan 75 daripada 115 Ahli Parlimen parti Buruh, sekali gus memberi mesej yang jelas kepada Rudd bahawa beliau mesti berundur segera.
Beliau menerima sokongan Menteri Kewangan Wayne Swan, yang akan menjadi timbalannya.
Ancaman terhadap kepimpinan Rudd memuncak malam tadi apabila beberapa pihak dalam Buruh memberitahunya yang beliau sudah hilang sokongan dan Gillard sudah menyatakan kesediaan untuk mencabarnya Oktober ini.
Perdana menteri digesa meletakkan jawatan tetapi berdegil mahu menghadapi pengundian kelak.
Berita PenuhBeza pemimpin PR dan pemimpin BN! -Obvious Giler!
Kalau makcik-pakcik UMNO kat penang tak nampak lagi tak tau laa..
Kadang-kadang teman pelik dengan fanatik UMNO ni..
Biarlah hidup susah... biarlah hidup merempat!
Biarlah hak diri sendiri dirampas dek pemimpin yang korup!
Asalkan UMNO dijulang! UMNO ditatang!
Teman pernah jumpa satu family ni susah sangat!
Hidup susah.. suami tak kerja.. anak 6-7 orang..
Isteri je yang kerja.. itupun 3 shift!
Suami buat kerja-kerja sendiri ni.. selalunya gi mancing!
Memang susah.. ada kereta iswara sedan 1st model..
punya la daif kereta ni.. pintu belakang 2-2 tak boleh bukak! dah jammed!
Dah macam kereta Satria pulak teman tengok bila anak-anak nak masuk kereta..
Kena tarik seat depan.. condongkan.. berbaris sorang-sorang masuk kereta..
Ye lah nak buat macam mana.. takdir Allah SWT semua tu..
Tapi punya la sokong UMNO!!!
sampai sanggup tinggal anak-bini mengikut calon UMNO masa PRU12 dulu!
Ingatkan lepas PRU kaya-raya la.. dok macam tu gak balik!
Allahuakbar... sampai bila la melayu UMNO nak terus jadi macam ni..
sunsnake 24062010
Tol Jambatan PP Naik Walau Catat Keuntungan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertikai tindakan kerajaan membebankan rakyat Pulau Pinang dengan kenaikan tol namun dalam masa yang sama mengurang kadar tol sehingga 30 peratus untuk rakyat Singapura menyeberang ke Johor.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, warga Pulau Pinang selayaknya menerima penurunan kadar tol kerana ia mencatatkan keuntungan bahkan telah memulangkan kos pembinaan kepada kerajaan Pusat.
Sebaliknya jambatan kedua antara Singapura dan Johor terus-menerus mencatatkan kerugian, dan akan mengambil masa yang lama untuk mengembalikan modal pembinaan.
“Saya pelik di Malaysia, bila lebuh raya untung, kita naikkan harga, bila lebuh raya rugi kita turunkan harga,” kata Guan Eng.
“Kenapa penurunan harga tol tidak boleh dilakukan dijambatan Pulau Pinang ? sedangkan ia melibatkan manfaat pada rakyat Malaysia tetapi penurunan harga di tol jambatan kedua Malaysia Singgapura akan member manfaat pada rakyat Johor dan juga Singgapura ?,” katanya lagi.
Guan Eng berkata Pakatan Rakyat tidak membantah penurunan harga tol di jambatan kedua Johor-Singapura, tetapi menggesa kerajaan untuk lebih prihatin kepada beban pengangkutan yang ditanggung rakyat sehari-hari. - TVSelangor
World Cup 2010 - Bintang yang belum score!
Kalau Ronaldinho tu orang Malaysia, kudung kaki sebelah pun kena panggil wakili negara!!
Setakat ni semacam ada 'sumpahan' buat star-star dunia seperti Rooney, Messi & Kaka. Nama-nama ni belum tertulis dalam senarai penjaring lagi setakat ni..
Tetapi merekalah antara arkitek yang merancang jalan-jalan untuk kawan-kawan lain score!
Contoh terbaik ialah messi dan kaka, berdentum-dentam depa punya try kena palang la.. tiang laa.
tak jugak dapat score! Sampaikan Kaka pulak kena kad merah walaupun teman rasa tak patut dia kena..
Ronaldo pun dapat score sebab memang bola tu patut sangat masuk gol!
Mungkin kita dapat tengok 3 star ni score di 2nd round nanti.. Kaka takleh main game last group stages ni sebab kena kad merah hari tu.. 2nd round jugak la nampaknya!
Apa-apa pun.. Go! Go! Holland!
sunsnake 24062010
Dewan Ulama' UMNO? Wakakakaka!
Agak-agak apa ulama' UMNO nak jawab kalau orang soal pasal bawah ni?
Pasal ni...
Pasal ni...
Pasal ni??????
Wakakakakaak!!!
sunsnake 24062010
Gabungan NGO Islam saran Umno wujudkan sayap ulama
“Sebenarnya dalam Umno memang ramai tokoh ulama, cuma ia tidak begitu menyerlah berbanding Dewan Ulama PAS.
“Dengan kehadiran Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas mufti Perlis) mungkin ia boleh membantu Umno bagi memastikan perjalanan parti itu berlunaskan Islam.
“Jadi tidak salah sekiranya Umno mempertimbangkan untuk mewujudkan Dewan Ulama kerana ia boleh membantu dari segi memberikan pandangan dan juga pendapat,” kata Setiausaha Agung Ikram, Zaid Kamaruddin kepada The Malaysian Insider dalam satu pertemuan.
Mahathir.. dulu kini mungkin selamanya mengarut!
Orang melayu ni..
Biarkan pun tak solat.. dia takkan makan babi!
Tak puasa pun dia.. dia takkan makan babi!
Walaupun dia kaki botol, kaki mabuk..
dia takkan makan babi!
Walaupun dia kaki betina..
dia takkan makan babi!
Sebab itulah orang melayu..
dia takkan makan babi walaupun dia solat pun tak tahu!
macam mana mamat yang mengaku melayu ni boleh samakan kaki judi melayu dengan cina makan babi?
Tak percaya? cuba suakan daging babi pada pelacur-pelacur melayu..(kalau jumpa laaa)
nak tak dia makan babi? kompom tak nak punya!!
Mana boleh samakan cina makan babi dengan melayu kaki judi?
hmmm.. Inilah taraf Islam dibawah pemerintahan Mahathir 23 tahun dahulu!
Mudah sungguh pemahaman mamak ni pada Islam.. mudah sungguh!
sunsnake 24062010
Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa | |
|
Berita Penuh
Pembaziran Sibu - Pusing ayat la pulak?
Aduyai...
Ada logik jugak la UMNO-BN seboleh-bolehnya tak mahu ada PRK Parlimen Batu kat Selangor ni..
Satu membayangkan berapa puluh juta pulak duit rakyat 'terpaksa' dihabiskan untuk me'rasuah' pengundi-pengundi..
Satu lagi membayangkan kekalahan yang akan dialami kerana Parlimen Batu ni kawasan bandar yang memungkinkan duit abis undi tak dapat!!!
Inilah dia gaya parti yang merasakan mereka sahaja yang mampu memerintah Malaysia..
orang lain tak layak!
bak kata seorang pemimpin UMNO suatu masa dahulu..
"Hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah Malaysia!" cheh! Ptuih!!
Lagi satu adakah PM nak membodohkan rakyat Malaysia?
“Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya di seluruh negara termasuk di Sibu,” katanya. “Program dan projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil dirancang oleh kerajaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya kecil tersebut diadakan sama seperti di kawasan parlimen dan dewan undangan ngeri (DUN) lain di seluruh negara.”
Apa maksud ayat kat atas ni? sama-sama la kita fikirkan.. wakakakaka!
sunsnake 24062010
Najib: K'jaan belanja RM37.7 juta di Sibu | |
|
Berita Penuh