Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 11, 2011

Manifesto - BN Menang Taib Ditendang? Hok Aloh?


Adehh!!
Selalunya..
Kempen pilihanraya...
Parti yang bertanding akan cerita apa yang akan dibuat..
Apa yang tak nak buat..
Apa yang parti belah sana tak kan boleh buat..
Apa yang parti belah sini takkan tak buat..

Dan paling penting...
Apa yang rakyat akan dapat!

Ini pelik?
Kempen DS Najib..
Kalau BN menang, Taib Mahmud akan letak jawatan??

Huihhh!!
Ini 1st time dalam arena politik Malaysia neh!!

Semenyampah-menyampah UMNO kat Pak Lah dulu pun..
Lepas menang PRU12 baru timbul isu nak singkirkan@minta Pak Lah resign..

Ini macam dah jadi manifesto BN pulak!
BN Menang Taib Ditendang!

wakakakaka!

makin pelik dan melalut parti BN ni..
Betul la orang cakap..
Makin tua makin nyanyuk..

melainkan mereka yang hafal Al-Quran..

Wallahua'lam..
budakbalun 11042011

Najib mula kempen enam hari, jamin Taib akan undur ‘segera’

KUCHING, 10 April — Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Berita Penuh

Rakyat Malaysia!!! Saksikanlah!! Bezanya!


Hok aloh...
Berapa punya malu punya berita..

Kalau dulu kita pernah dengar penyokong BN berebut payung percuma berlogo dacing..
kalau dulu kita pernah dengar penyokong BN berebut baja percuma berlogo dacing..

Kali ni dengar macam standard skit..
Penyokong BN berebut tupperware!!
Wakakakakaka!
Kali ni pulak berlogo 1Malaysia!

Hahahahahaha!

Saksikanlah rakyat Malaysia..
Siapa yang memperbodohkan rakyat..

Setakat tupperware tu..
Pemimpin-pemimpin UMNO-BN buat bagi kat anak-anak orang gaji depa ja..
Setakat tupperware tu..
silap-silap.. pemimpin-pemimpin BN Sarawak dok buat tempat anjing-anjing depa makan aja!
(yang bukan Islam laaa)..
Hmmm..
Sangat jelas.. obvious bak kata Ibrahim Ali..

BN semakin mabuk dengan kuasa..
Dan tak nampak apa kehendak sebenar rakyat..

Duhai Rakyat Malaysia!!!
Saksikanlah.. dan jadikan iktibar 2 berita ini!
Bandingkanlah.... Celiklah hati dan minda..
Buat penyokong tegar UMNO..
Sesekali gunakanlah otak kamu untuk berfikir..
Jangan asyik jadikan RTM dan Tv3 sebagai tukang fikir untuk kamu!
Jangan malas berfikir!

budakbalun 11042011

Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM

Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam semalam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware. najib rally kuching 100411

Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu. Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.
Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.
Berita Penuh



'Super Sunday' melanda Sarawak

Suhu politik di Sarawak mula bergelagak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat memperhebatkan kemprn masing-masing. NONEPertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam.

DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya. Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.

Berita Penuh