Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 22, 2010

Lambang PR? Apa Ada Hal?

Cari lambang yang senang buat syeikhh.. contohilah PAS.. senang cetak!
Terbalik belah mana pun tetap sama!

Pada teman, sangat penting Pakatan Rakyat mempunyai lambang..
Dah sampai masanya.. Sebaiknya dalam PRU13 ni dah boleh pakai dah!

Isu takut pengundi tradisi keliru ini hal kecik!
Itu dah jadi tanggungjawab petugas parti untuk memperkenal dan mempromosinya.
Dan selalunya bab-bab promosi ni InsyaAllah..
boleh dilaksanakan secara langsung mahupun tidak..
Secara langsung melalui penyebaran media yang kita ada walaupun terhad..
Secara langsung melalui petugas-petugas parti yang memperkenalkan secara direct dengan rakyat teramai.
Secara tak langsung melalui pakaian mahupun bendera-bendera yang dipasang..
InsyaAllah..

Yang penting kesatuan itu amat penting ditokok dengan lambang yang satu.
Mungkin persoalannya ialah,
parti mana yang berhak mengetuai Pakatan Rakyat?
Sepertimana UMNO mendominasi Barisan Nasional?
sunsnake 22102010

Lambang: Pakatan belum terima respons ROS

November 22, 2010

PETALING JAYA, 22 Nov – Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pakatan Rakyat – gabungan PAS-DAP-PKR masih membincangkan tentang lambang yang akan digunakan sebelum mendaftarkannya di Perdaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Kita masih lagi membincangkan perkara ini, dulu pun ROS ada minta kita supaya kita menambah nama Malaysia di belakang Pakatan Rakyat supaya jadi Pakatan Rakyat Malaysia.

“Supaya ia mencerminkan satu Malaysia tapi berbincangan ini adalah beberapa bulan lalu. Kita pun sehingga kini masih belum dapat respons daripada ROS.

“Malah, ia tidak halang Pakatan Rakyat menjalankan program, kita juga akan mengadakan konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bulan depan,” katanya ketika sidang media hari ini.

Berita Penuh

Kerajaan Selangor VS Syabas?


Bukan mudah sebenarnya mahu memperbetulkan balik kebodohan dan kebangangan kerajaan UMNO-BN sebelum ini di Selangor.
Ibarat kanser tahap 4, seolah-olah mustahil untuk menyembuhkan ianya balik ke asal tetapi itulah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini.

MB Khalid sendiri mengakui bahawa perjanjian antara Kerajaan Selangor sebelum ini dengan Syabas sangat pelik..

Dan sepatutnya bekalan air ini diswastakan untuk memberi kemudahan kepada rakyat bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata!

Hmmm.. apalah agaknya kesudahannya...

sunsnake 22112010

Tabung Budi: Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB

November 22, 2010

SHAH ALAM, 22 Nov – Kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

Berita Penuh

UMNO Akui Gagal Pertahan Hak Melayu!

Siapa kata melayu Penang terpinggir? Ni apa dia?


Teman cuba memahami maksud artikel dalam Utusan Malaysia ni..
Akhirnya jelas.. permasalahan kehilangan tanah milik melayu di Pulau Pinang bukanlah bermula selepas kemenangan DAP melalui Pakatan Rakyat 2008 tetapi sebenarnya jauh lebih dahulu daripada itu!

Dimanakah UMNO di Pulau Pinang selama ini?
Apakah yang UMNO buat selama ini memerintah bersama Gerakan di Pulau Pinang?
Bahkan pernah berlaku UMNO memenangi kerusi DUN lebih banyak daripada Gerakan namun jawatan Ketua Menteri tetap diberikan kepada Gerakan?
Dimanakah suara-suara pejuang melayu ketika itu?
Dimanakah suara-suara pemuda UMNO Pulau Pinang ketika itu?

Dan kini, apabila hanya tinggal sedikit hak orang melayu yang tinggal di Pulau Pinang,
UMNO memekik-mekik, melolong-lolong tentang hak orang melayu Pulau Pinang?

Teman yakin, rakyat Malaysia berbangsa melayu semakin faham dan tindakan UMNO mahu menjuarai hal ini sangat pelik dan memalukan!

Teman nampak kerugian yang sangat besar sekiranya permusuhan PAS dan UMNO ini dipanjangkan dan rasanya sudah tiba masa untuk UMNO dibubarkan dan menyertai PAS bagi menguatkan lagi perjuangan Islam di Tanahair tercinta ini!

sunsnake 22112010

Kenapa tanah Melayu mudah tergadai?

KEMELUT dan nasib penduduk Melayu di Pulau Pinang yang terpinggir telah lama kedengaran. Tetapi ia kini semakin lantang kedengaran disebabkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula mengambil satu demi satu tanah untuk tujuan pembangunan.

Ya...kita tidak boleh menolak pembangunan. Tetapi soalnya, pembangunan yang bagaimana perlu dilakukan agar keadilan sosial dapat dinikmati semua kaum di negeri itu.

Apa yang jelas adalah pembangunan ‘berat sebelah’ iaitu sekadar membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dimiliki majoriti penduduk Melayu.

Berita Penuh

PKR Jangan Tersalah Bersih Ya?


Tindakan nak membersihkan PKR daripada pengkhianat dan 'trojan horse' yag diazamkan oleh Timbalan Presiden PKR yang baru ni sangat wajar dan agak terlambat sebenarnya!

Tapi ianya perlulah dilakukan dengan sebaik-baiknya..
seteliti-telitinya..
selembut-lembutnya..
Ibarat menarik rambut didalam tepung bak kata bidalan..
Sebab kalau tersilap 'bersih'.. lain jadinya!
sebab kalau tersilap 'tarik' lagi ramai pulak yang merajuk!

Istilah merajuk ini pun ada masalah gak!
Maklumlah PKR ini parti yang sangat muda!
Dah banyak kali dah rasanya teman gunakan term 'muda' ni kat PKR..
Sebab itulah PKR ini adalah sasaran UMNO-BN yang paling mudah didalam PR.

Dan kerana itulah teman harap PKR ini lebih merendah diri kepada rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP yang lebih dahulu 'makan garam' dalam politik Malaysia nih!

Sedangkan PAS yang 'otai' pun terhoyong-hayang jugak dibuatnya dengan isu Kerajaan Perpaduan.. inikan pulak PKR!

Jadikan kes 'Zaid Ibrahim' ini sebagai suatu pengajaran paling besar buat PKR..

p/s: ada gak suara-suara di Hulu Selangor ni berkata..
"Kalaulah Zaid yang menang hari tu.. perrghhhh!!!"

sunsnake 22112010

Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula


Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini. Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

Berita Penuh

UMNO Perak di Galas.. Hebat!


Hari ni teman dok kalut giler dengan kesibukan hal 'donia'.. dah petang sikit baru la leh ngadap pc..
Dok tengah merayau-rayau blog ke blog..
Terjumpa artikel menarik di blog YB Khusairi, ADUN UMNO Dun Slim, Perak.
Sangat menarik catatan UMNO Perak bertugas di PRK Galas hari tu..
Pada teman sangat menarik!
Janganlah kira faktor kemampuan kewangan yang dimiliki oleh UMNO..
Tetapi Wajib kita renungi kesungguhan mereka melaksanakan 'tugasan' di kawasan petempatan orang asli..
Tidak sewajarnya kita senantiasa menyalahkan UMNO sedangkan dalam masa yang sama gerakkerja mereka lebih canggih dan bersepadu!

Syabas kepada team YB Khusairi..
dan dimanakah kita?

sunsnake 22112010

JENTERA UMNO PERAK DI GALAS