Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 22, 2010

Kerajaan Selangor VS Syabas?


Bukan mudah sebenarnya mahu memperbetulkan balik kebodohan dan kebangangan kerajaan UMNO-BN sebelum ini di Selangor.
Ibarat kanser tahap 4, seolah-olah mustahil untuk menyembuhkan ianya balik ke asal tetapi itulah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini.

MB Khalid sendiri mengakui bahawa perjanjian antara Kerajaan Selangor sebelum ini dengan Syabas sangat pelik..

Dan sepatutnya bekalan air ini diswastakan untuk memberi kemudahan kepada rakyat bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata!

Hmmm.. apalah agaknya kesudahannya...

sunsnake 22112010

Tabung Budi: Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB

November 22, 2010

SHAH ALAM, 22 Nov – Kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

Berita Penuh

3 comments:

Anonymous said...

Saudara, Tabung Budi adalah usaha kebajikan dan amal yang dilakukan oleh staf-staf Syabas kepada rakyat yang kurang berkemampuan.

SYABAS tidak menggunakan duit tersebut untuk mengeyangkan kroni atau CEOnya sendiri. Ini adalah inisiatif staf dan rakyat di Selangor.

Apa yang berlaku pada hari ini ialah apabila kuasa dan politik sempit PR ingin mempropagandakan segala-galanya yang dilakukan oleh non-PR (UMNO).

Prinsipnya begini, sekiranya itu adalah baik untuk rakyat, maka kita perlu menyokongnya walaupun ia dibuat oleh seteru kita.

Jika terdapat penipuan, rasuah dsb, maka kita perlu hadapkan mereka ke muka pengadilan walaupun ia dilakukan oleh rakan kita.

Linda said...

I rasa statement Khalid tu dah misled rakyat di Selangor.

SYABAS tidak pernah mengutip derma daripada rakyat. Bukan mengutip dan ia adalah hasil sumbangan pihak-pihak tertentu untuk melakukan kerja kebajikan.

Perkataan mengutip telah menggambarkan SYABAS perah keringat rakyat dan ia dilihat sebagai satu kewajiban walhal ia adalah derma ikhlas yang dibuat oleh individu yang prihatin.

Saya juga pelik, adakah mana-mana pihak selain daripada Kerajaan Selangor tidak dibenarkan untuk membuat sebarang kebajikan kepada rakyat? Adakah Khalid tidak faham apakah yang disebut sebagai Corporate Social Responsibility?

Anonymous said...

Kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) JIKA syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

rasanya perkataan JIKA itu sudah jelas...

Mengapa gusar?