Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 22, 2010

PKR Jangan Tersalah Bersih Ya?


Tindakan nak membersihkan PKR daripada pengkhianat dan 'trojan horse' yag diazamkan oleh Timbalan Presiden PKR yang baru ni sangat wajar dan agak terlambat sebenarnya!

Tapi ianya perlulah dilakukan dengan sebaik-baiknya..
seteliti-telitinya..
selembut-lembutnya..
Ibarat menarik rambut didalam tepung bak kata bidalan..
Sebab kalau tersilap 'bersih'.. lain jadinya!
sebab kalau tersilap 'tarik' lagi ramai pulak yang merajuk!

Istilah merajuk ini pun ada masalah gak!
Maklumlah PKR ini parti yang sangat muda!
Dah banyak kali dah rasanya teman gunakan term 'muda' ni kat PKR..
Sebab itulah PKR ini adalah sasaran UMNO-BN yang paling mudah didalam PR.

Dan kerana itulah teman harap PKR ini lebih merendah diri kepada rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP yang lebih dahulu 'makan garam' dalam politik Malaysia nih!

Sedangkan PAS yang 'otai' pun terhoyong-hayang jugak dibuatnya dengan isu Kerajaan Perpaduan.. inikan pulak PKR!

Jadikan kes 'Zaid Ibrahim' ini sebagai suatu pengajaran paling besar buat PKR..

p/s: ada gak suara-suara di Hulu Selangor ni berkata..
"Kalaulah Zaid yang menang hari tu.. perrghhhh!!!"

sunsnake 22112010

Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula


Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini. Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

Berita Penuh

0 comments: