Wednesday, June 29, 2011
Sah! Pak Polisi 'Kami Dengar Dan Kami Patuh!!!"
Ini satu lagi lawak kalah Maharaja Lawak yang dah habis tu..
Hishamuddin arahkan Polis ambik tindakan pada Pemuda UMNO?
Wakakakaka!!
macam Ketua penyamun suruh Polis tangkap anak buah penyamun!
Wakakaka!
Macam Bapak singa suruh penjaga zoo jangan bagi makan pada anak-anak singa!
Wakakakaka!
Sudah-sudahlah vbodohkan melayu menteri oiii!!
Kompom Turun 9 Julai!
budakbalun 29062011
'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda
Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.
Ditanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."
Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.
"Saya telah arahkan (polis) supaya Pemuda (Umno) diberikan layanan yang sama. Tidak ada sesiapun mengatasi undang-undang,” katanya. - mkini
Hishamuddin 'Warning' Penyokong Liverpool?
Haaa..
Kepada penyokong Liverpool yang masih menyimpan jersi lama..
Sila hapuskan!
idak kalu kena tangkap sebab Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.
Carslberg contohnya adalah haram..
so baju yang berkaitan dengan Carlsberg adalah haram!
wakakakaka!!
Turun tetap turun 9 Julai!!!
budakbalun 29062011
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram. Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul. "Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.
Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.-Mkini
Terbaru, pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasaPOLIS JANGAN “DOUBLE STANDARD”
KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
POLIS JANGAN “DOUBLE STANDARD”
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa kesal dan kecewa di atas tindakan segerombolan pemuda UMNO yang diketuai oleh exco pergerakan pemudanya iaitu Lokman Nor Adam kerana cuba untuk mencetuskan provokasi dan huru-hara apabila berhimpun dan berkumpul di hadapan pejabat parti PKR di Tropicana pada lewat semalam. Perhimpunan tidak sah tersebut telah disulami dengan pelbagai ugutan, ancaman dan kata-kata yang berbaur hasutan. Apa yang menyedihkan pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ialah himpunan tersebut berlaku berhampiran dengan Balai Polis Tropicana dan anggota polis di situ hanya menjadi penonton dengan tiada sebarang tindakan dan tangkapan di buat.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan MEMANTAU dan mengharapkan PENJELASAN daripada pihak polis tentang tindakan mereka terhadap perkara ini kerana terdapat 2 versi yang berbeza berkenaan tindakan polis untuk menangani perhimpunan yang membabitkan orang ramai. Sekiranya pihak UMNO/BN ataupun pihak yang pro kepada mereka, maka pihak polis akan memberikan kerjasama dan kawalan keselamatan yang baik untuk mempastikan perhimpunan berjalan lancar tetapi berbeza pula kaedahnya apabila pihak NGO dan parti pembangkang yang pro BERSIH cuba untuk mengadakan himpunan aman tanpa ada sebarang unsur-unsur provokasi, kecaman, ugutan dan kata-kata berbaur hasutan tidak pula mendapat kerjasama pihak polis malahan ada yang ditangkap di atas sebab-sebab keselamatan. Pihak polis sepatutnya tidak bersikap “double standard” di dalam menangani persoalan ini. Ini akan menjatuhkan maruah dan integriti pihak polis sebagai pasukan yang dihormati pada pandangan masyarakat sekiranya terus dipergunakan sebagai alat untuk meneruskan kesinambungan penguasaan kuasa pihak tertentu.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan pihak polis agar berlaku adil, telus dan berwibawa di dalam menangani isu yang membabitkan hak-hak rakyat Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR
29 Jun 2011