Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, January 9, 2010

Catatan Pengalaman di Ekspo "UMNO Juara Rakyat! (Bergambar)

Salam,

Teman berkesempatan turun ke ekspo 'UMNO Juara Rakyat'pagi tadi.. jarak yang hanya beberapa ratus meter dari rumah teman juga menjadi faktor teman tergerak hati.. Tambahan time rehat lak..

Kebetulan pulak,ketibaan teman 'disambut' oleh Najib dimana dia baru je nak memulakan ucapan perasmian..Kelihatan pimpinan UMNO dah penuh atas pentas.. aikk?? Zambry 'Ghandi' pun ada???

Teman yang berpakaian uniform keje dengan yakin dok sekali dalam kumpulan UMNO nih! Perrgghh!!! Berdebar gak syeikh!! selalu dok usha dari jauh je masa penamaan calon! Ini duk dalam kumpulan ni sekali!! "Ya Allah! Janganlah Kau timpakan bala diwaktu ini, idak dengan aku-aku sekali mati katak!!!" bisik teman dalam hati.

Teman dan 2 rakan berjaya melawat hampir kesemua gerai dan pameran.. Laluan becak giler! Hujan lebat sejak pagi semalam (jumaat) memang membantu membecakkan lagi kawasan tuh!
Jelas, Allah SWT lebih berkuasa dari mereka.. Perancangan yang begitu hebat tapi Allah SWT lebih hebat!

Bas dan Gadis Melayu UMNO!
Ini la jumlah bas paling banyak teman pernah tengok di Bukit Sentosa setakat ini! Paling-paling tidak 50 biji! kome darab le sendiri.. Dari orang India,Orang Asli dan paling ramai melayu! Baik yang tua... yang muda..yang bergetah! yang kendur semua ada! Tapi paling ramai perempuan muda laa... Itu kelebihan UMNO.. jenis anak-anak gadis melayu yang pakaian tak berapa senonoh ni memang 'makanan' UMNO laaa!! bukan nak tarik jadi baik! jadi balaci kempen je laaa!! Kesian teman tengok puak-puak gadis ni merayau-rayau edar risalah UMNO.. Pahala tak dapat..dosa lagi ada sebab dedah aurat! Wallahua'lam

Makcik UMNO
Sewaktu Najib berucap, teman berada di sebelah kanan pentas.. melaui 'denai-denai' becak. Akhirnya dengan bersusah-payah,sampai la teman ke pameran perhubungan UMNO negeri-negeri.. Sewaktu di pameran UMNO Negeri Perak, teman dapat cenderamata dari makcik UMNO berupa buku nota kecil Yayasan Perak dan Sticker cermin "Daulat Tuanku"!! Makcik tu siap sound "buku ni boleh tulis no telefon awek! sebab buku ni kecik bini tak tau,boleh sorok!!!" hek elehhh!! Dah la tulisan Wanita UMNO sikit punya besor kat baju merah 'meghelit' dia! Bagi idea yang sungguh kurang sopan! kalau laki dia buat macam tu cemane??

Pemuda UMNO
Di bilik pameran UMNO lain pulak suasananya.. agak tenang macam takde orang.. mungkin semua tengah sibuk layan Najib ceramah! Ada susunan gambor-gambor Ketua-ketua Pemuda UMNO sejak yang pertama sampai la KJ.. Setiap satunya akan ada sedikit biodata dan quote kata-kata keramat mereka.. Tapi sampai tang Anwar Ibrahim selaku Ketua Pemuda UMNO kelapan, kosong je.. takde quote kata-kata Pak Sheikh! mungkin sebab kata-kata keramat Pak Sheikh "Suara Rakyat, Suara Keramat!" tu yang allergic UMNO nak tayang tuhh!! hehehe


Yang geng-geng Pemuda UMNO pulak dah macam bouncer kelab malam! Muka serius macam nak makan orang! Konon dah hensem sangat la dengan kacamata hitam! Berkepul-kepul asap rokok..sambil melayan awek-awek Puteri yang kebanyakkannya tak cukup kain!

Cenderamata
Seperti biasa... key chain berlogo UMNO dan BN menjadi cenderamata wajib. Ada jugak belon UMNO dan BN untuk kanak-kanak. Ada keychain berkompas tuh!!! Ada kalendar kecik.. Ada jugak badge 1 Malaysia.. UMNO dan BN.. tak tergamak nak ambik! dia bagi terus teman 'letak' kat atas tanah! Banyak lagi laaa!!! Surah Yaasin pun ada syeikh!

Air 1Malaysia!
Masa nak balik teman dan kawan-kawan nyinggah kejap di tempat redup tepi tapak ekspotuh.. tekak kering siot! Pekena air 1Malaysia beb! Kata brader tu laaa... hahaha.. airnya warna pink macam bandung tapi ala-ala koktel gitu... ada buah-buahan potong.. layan gak!

Kesimpulannya
Kesimpulan yang teman dapat buat.. Apa sebenarnya juara dalam penafsiran mereka?
aktiviti ini semata-mata mahu mencari keuntungan! serampang dua mata! UMNO mahu menunjukkan kononnya mereka prihatin dengan masalah rakyat tetapi sebenarnya penganjuran ekspo ini adalah semata-mata untuk keuntungan! Semuanya berbayar hatta parking!
Peniaga-peniaga didalam tapak ekspo sudah pastilah kroni-kroni yang bertuah! Dan apa yang ada untuk penduduk Bukit Sentosa? teman dapat melihat beberapa orang penjaja Bukit Sentosa hanya mampu berniaga di celah-celah kenderaan yang parking. Jual air minuman, jual burger dan jajan.. Dan selepas UMNO ini balik nanti, begitulah kehidupan mereka..malah mungkin lebih teruk sebab harga gula dah UMNO naikkan!

Apek pomen motor
Teringat kata-kata apek pomen moto yang ditemui petang tadi sewaktu menukar tiub motosikal teman yang pancet "ini makan-makan saja la best! Semua kena bayar! baik pegi pasar malam lagi selesa maa! Lagi banyak pilihan! Lagi sedap! Itu laki-laki baju putih muka garang maa... macam mau pukul orang! saya sampai depan saja talak berani masuk!"

adusss!!!
sunsnake 09.01.2010