Wednesday, October 13, 2010
Akhirnya.. Tok Guru Akan Tunai Haji..Bersama Sultan Kelantan!
Kompom punya!!
Mau tak panas hati!
Dah la Sultan Kelantan Ke V ni lucut gelaran 'Datok' dia..
Lepas tu InsyaAllah, akan bertolak awal bulan depan menunaikan Haji..
dengan Tok Guru Nik Aziz pulak tuh!!
Manusia yang Enchek Ibrahim ni paling menyampah!!
Wakakakaka!
Enchek Ibrahim ni ingat perancangan dia tipu Tok Guru Nik Aziz tu dah terbaekk!!
Dia lupa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan!!
wakakakak!!
Kepada UMNO.. fikirlah kot-kot ada idea lain nak halang Tok Guru Nik Aziz menunaikan Haji kali ini.. Maklumlah.. tahun lepas korang berjaya halang kan?
Apa? takde idea? aiseh!! pi la tanya APCO.. kompom depa dah ada plan A, B, C dan D!
Nama pun yahudi!
sunsnake 13102010
Tok Guru Akan Tunai Haji Bersama Sultan Mohamad Ke V
HASRAT Tok Guruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan fardu haji tahun lepas yang terhalang atas kehendak Allah juga inysaAllah akan tertunai pada musim haji kali ini. Tok Guru dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan. Tarikh pemergian beliau masih belum ditetapkan.
Maklumat yang diterima dari sumber tertentu sama dengan maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur. Jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Seorang kakitangan Tabung Haji memberi tahu tarikh pemergian itu sekitar 9 atau 10 November. Ini bermakna selepas pilihan raya kecil Galas sekiranya ia berlaku pada 4 Nov.
Apa lebih mengharukan dan manisnya lagi pemergian beliau bersama dengan Tuanku Sultan Mohamed Ke- V. Samada pemergian itu bersama atau satu rombongan tidak dapat disahkan. Sumber-sumber memberi tahu Sultan Mohamad Ke V juga akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.
Berita Penuh
70?? Mengapa Tidak 40??? Aduhh!!
Hairan gak teman?
Mengapa 70 orang?
Kenapa tidak 40 orang?
Ohhh... ingatkan berita dari UMNO!!
Sebab selalunya UMNO akan guna angka 40 nih!!
Wakakakaka!
Macam ada 'ong' pulak angka 40 ni pada UMNO!
Maklumlah.. geng-geng penyamun ni memang suka 40..
Tak caya? kan P.Ramlee pun dah sindir UMNO awal-awal lagi..
40 orang penyamun!!!
wakakakaka!
sunsnake 13102010
Wang judi: 70 Warga emas tolak fitnah Umno
|
BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan. Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi. |
Warga emas Islam pulangkan 'wang haram' | |
|
Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ehsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.
40 muak perangai pembangkang sertai UMNO
2010/10/07
KANGAR: Seramai 40 golongan muda yang sebahagian besarnya ahli parti pembangkang bertindak menyertai UMNO selepas masing-masing mendakwa muak dengan kemelut yang berlaku dalam parti terbabit, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR).Selain muak dengan kerenah dianggap memalukan itu, tindakan semua pemuda berusia lingkungan 30-an itu dibuat atas dasar mahukan perubahan yang dianggap mampu dicapai melalui UMNO dan Barisan Nasional (BN).
40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri |
Ayuh Armand PERKASA! Jom Demo Depan Istana kelantan!
Wah!
Nampaknya maruah melayu sedang dihina!
Nampaknya maruah melayu sedang dilacurkan!
Nampaknya maruah melayu sedang diinjak-injak!!!
Ayuh Armand PERKASA!
Maralah! Majulah!
Dengan gagah PERKASA!
Ada pihak sedang memalukan wira melayu!
Ada pihak sedang menjatuhkan maruah panglima melayu!
Ada pihak sedang menidakkan kehebatan Laksamana Melayu!!!
Ayuhlah Armand PERKASA!
Sepertimana hebatnya kamu memekik melolong di Tropikana suatu ketika dahulu..
Kini tibalah masanya kamu memekik melolong lagi!
Kerna sudah sampai seruan pertiwi!
Dan kali ini.. Majikanmu yang menjadi mangsanya!
Menjadi mangsa kepada siapa?
Kepada Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara?
Wakakakaka!
sunsnake 13102010
Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali |
Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk'nya itu telah dilucutkan.
Berita Penuh
Najib Suruh Didik Anak? Wakakakaka!
Cuma pengertian 'pemimpin' tu yang Najib kena jelas kan lebih detail..
Pemimpin yang macam mana yang dia maksudkan?
Pemimpin yang macam dia ke?
wakakakaka!
Tepuk dada tanya Iman.. jangan tanya selera... ikut selera yang rasuah kapal selam pun selamba tibai tuh!!!
sunsnake 13102010
Didik anak jadi pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata, apabila kumpulan wanita pertama yang dianggap sebagai ikon, bersuara mengenai kanak-kanak kurang bernasib baik, ia mampu menarik perhatian umum sekali gus mendorong pelbagai pihak menggembleng tindakan bagi menyelesaikan masalah dan menghulurkan bantuan.
Justeru beliau menyokong idea penganjuran Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama yang julung kali diadakan di negara ini kerana percaya ia menjadi landasan membentuk kerjasama dan persepakatan.
Berita Penuh