Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, October 13, 2010

70?? Mengapa Tidak 40??? Aduhh!!


Hairan gak teman?
Mengapa 70 orang?
Kenapa tidak 40 orang?

Ohhh... ingatkan berita dari UMNO!!
Sebab selalunya UMNO akan guna angka 40 nih!!

Wakakakaka!

Macam ada 'ong' pulak angka 40 ni pada UMNO!

Maklumlah.. geng-geng penyamun ni memang suka 40..
Tak caya? kan P.Ramlee pun dah sindir UMNO awal-awal lagi..
40 orang penyamun!!!

wakakakaka!
sunsnake 13102010

Wang judi: 70 Warga emas tolak fitnah Umno

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Berita Penuh

Warga emas Islam pulangkan 'wang haram'
Sep 30, 10 10:33am

Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ehsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.
Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan itu dipercayai datang dari sumber tidak halal. "Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

40 muak perangai pembangkang sertai UMNO
2010/10/07

KANGAR: Seramai 40 golongan muda yang sebahagian besarnya ahli parti pembangkang bertindak menyertai UMNO selepas masing-masing mendakwa muak dengan kemelut yang berlaku dalam parti terbabit, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain muak dengan kerenah dianggap memalukan itu, tindakan semua pemuda berusia lingkungan 30-an itu dibuat atas dasar mahukan perubahan yang dianggap mampu dicapai melalui UMNO dan Barisan Nasional (BN).

40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri

Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

0 comments: