Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, January 29, 2011

Antara 2 Tajaan - ANwar dan Rosmah!

Sedih Beta... ada orang tuduh beta guna duit rakyat bayar hotel kat Oman/Qatar tu..
Alaaa.. Kalau guna pun satu malam RM140 ribu je... bukan mahal sangat! Apa la korang!


Dalam Islam ada 2 jenis tuduhan..
seingat teman laaa dalam siri ceramah Tuan Guru Nik Aziz..

Kata Tok Guru..
"Kalau mu kata aku membazir.. walhal mu pun membazir..
sama-sama bazir senyap-senyap sudahlah!" itupun ada dalam Islam rupanya..

So, what's prob Jib?
sunsnake 29012011
Lawatan Rosmah ditaja kerajaan Oman

PUTRAJAYA 25 Jan. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan, lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit.

Beliau berkata, semasa di Oman, pihak istana menyediakan semua kemudahan untuk delegasi Malaysia yang terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana.

''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya. Berita Penuh



Najib desak Saudi siasat pemberi dana Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang. Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar. Berita Penuh

Akta Kawal Internet - Teman Sokong Nazri Aziz!





Tu lahhh korang!
Apsal upload gambo-gambo anak-anak menteri cam kat atas nehh!
Tak pasal-pasal akta internet nak kena ubah!!
Teman sokong Nazri Aziz dalam hal nih!

Padan muka teman!

Wakakakakakaka!

sunsnake 29012011

'Garis panduan baru bukan untuk kekang media'

Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini tampil menjelaskan bahawa garis panduan baru bagi kesalahan hasutan untuk kandungan Internet bukanlah satu langkah untuk mengekang kebebasan media.

Garis panduan yang akan dibentangkan ke kabinet itu juga bukanlah satu langkah untuk menyekat komunikasi di ruang maya itu, katanya lagi.

NONEBercakap dalam satu sidang media hari ini, Mohd Nazri (kiri) berkata garis panduan itu hanyalah sekadar menjelaskan Akta Hasutan.

Penjelasan itu adalah dalam bentuk tindakan-tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pengguna media berkenaan, katanya lagi.

Katanya lagi, garis panduan itu juga akan menjelaskan tindakan yang akan dikenakan dan mengapakah pendakwaan mengambil tempoh yang lama.

Berita Penuh