Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 29, 2011

Sudahlah DS Najib... Bebaskan Mereka!


Teman malas nak ulas isu tuduhan keatas mereka..Link
Tapi cukuplah kalau teman katakan..
Cukup-cukuplah DS Najib..
Arahkanlah Hishamuddin bebaskan mereka..

Janganlah kejam sangat...

Demi perikemanusiaan.. lepaskanlah mereka..
Kenangkanlah anak-anak dan keluarga mereka terseksa menanti di rumah..

Kalau benar mereka ada kes untuk didakwa..
Dakwalah mereka..
Jangan ditahan tanpa bicara begini....

DS Najib.. Hishamudin.. kamu orang Islam..
melayu yang mengaku Islam..
Jangan hina melayu.. jangan hina Islam dengan buat zalim begini...

Nak sebar komunis dengan tshirt?
Sosialis nak sebar komunis?
adehhhhh!!!

budakbalun 29072011

Polis sahkan MP Jeyakumar enggan makan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pada malam semalam bahawa ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar telah memulakan mogok laparnya di lokap bagi menuntut pembebasan enam tahanan PSM, termasuk dirinya mengikut Ordinan Darurat.

"Selepas berjam-jam menunggu, kami akhirnya diberitahu oleh DSP Muhammad Razali bahawa Dr Jeyakumar menolak hidangan makan tengahari dan makan malam. Keadaanya setakat jam 9.35 malam pada 28 Julai 20011 adalah ok dan sedang dipantau,” kata setiausaha PSM S Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Arutchelvan, Jeyakumar (kanan) telah bertekad belia hanya akan menamatkan mogoknya jika kerajaan membebaskan semua enam tahanan.

Berita Penuh