Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, April 14, 2010

PRK Hulu Selangor (61) Bukit Beruntung..Idaman UMNO-BN!


Kurang 24 jam lagi BN akan mengumumkan calonnya untuk PRK Hulu Selangor di BN Command Center, Bukit Beruntung.

Suasana di 'Commande Center Barisan Nasional" Bukit Beruntung ketika ini agak rancak dengan keluar masuk kereta-kereta mewah (dah macam pertunjukkan kereta plak!).

Di simpang tiga selepas keluar dari Tol Bukit Beruntung, perang banner sudahpun lebih awal bermula! Kelihatan sebuah billboard bersaiz giant sedang dalam pembinaan. Berapi-rapi percikan welding! Kompom BN punya!

Buat hari ini, sesiapa yang keluar Tol Bukit Beruntung PASTI akan disambut oleh senyuman manis ala Juhi Chawla oleh Shahrizat Jalil! Banner sikit punya besar terpampang wajahnya! Ntah apa aktiviti yang dibuatnya..

Mengapa Bukit Beruntung? Hakikatnya, terlalu jauh Bukit Beruntung ini dengan Hulu Bernam! Cuma hanya melalui PLUS sahaja ianya boleh dipendekkan! Ikut jalan lama? Rentikanlah!

Sebenarnya dalam PRU 2008 yang lalu, UMNO-BN kalah dengan agak besar di UPU-UPU Bukit Sentosa/Bukit Beruntung! Dan kerana itulah sejak awal tahun lagi, UMNO sangat-sangat mengidamkan kemenangan di peti Undi ini... Malangnya UMNO Bukit Beruntung/Bukit Sentosa seperti hidup segan mati tak mahu! Cawangan-cawangan UMNO yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan ketua-ketua dan ketua-ketua penaja mereka sahaja!

Takpelah.. kita abaikan sahajalah apa niat mereka.. pastinya setiap parti yang bertanding mahukan kemenangan! Balik pada hal peniaga di Bukit Sentosa..

Tokey-tokey kedai makan didalam kawasan Bukit Beruntung dah mula senyum meleret-leret.. Lepas ni mau 2-3 kali sehari ke Pasar Borong Selayang cari bahan mentah!

Yang ada rumah sewa tak berpenyewa.. untunglahhh!! inilah masanya...
RM3000-RM5000 sebuah rumah beb!!! Bukan lama 2-3 minggu je!!!
Tapi pastikan penyewanya UMNO-BN lahhh..
Kalau PAS.. RM500 tu dah mahal benor dah yop!
itupun kena syer la nak bayornye.. uihhh... jenuh!
Itulah keindahan yang ahli UMNO sampai mati pun takkan dapat rasa!
kecuali masuk PAS!
sunsnake 14042010


p/s: Maaf lee.. kamera teman esok baru sampei.. takat ni tak dapat le nak bergambor2 ye?
tunggu le malam esok.. banyak lagi teman nak ngomelkan nih!

Selamat Pengantin Baru YB!

Semoga Kekal ke Anak Cucu... Amin!

sunsnake 14042010

PRK Hulu Selangor(60) Palanivel bukan orang Hulu Selangor!!!


Sapa ada berani mau lawan itu Super Samy vel?
Rajnikand 'The Boss' pun goyang la macchha!

Ini ketua-ketua cawanga sumua suda kena ikat ekor!
Sumua sudah banyak makan budi sama itu Assistant Super Samy Vel!

Mana berani mau lawan maaa!!

Aiseh! Baru saya tau itu Palanivel juga bukan anak tempatan!
Dia worang Penang! ayoyo!! karawale!
Apa pasal ini Kutua Penerangan MIC Hulu Selangor kasi bukak ini rahsiaaa??

Sekarang.. sumua worang suda tahu ini Palanivel bukan orang tempatan jugak!!
Sama la macam itu Zaid Ibrahim.. Calon PKR!!

Ini MIC bukan mahu menang untuk bantu rakyat..
Bulum lawan sudah gaduh-gaduh mau jadi calon!
Bulum lawan la deyy??

Tarak serupa ini Pakatan Rakyat..
Sumua worang Pakatan Rakyat sutuju ini Zaid Ibrahim jadi calon!
India sutuju.. Cina sutuju.. Melayu pun sutuju!
PAS sutuju.. DAP pun sutuju!!
Banyak baikk la ini Pakatan Rakyat!
Kita mau tolong rakyat laa ane!
Bukan surupa itu UMNO,MIC,MCA..
gaduh-gaduh mau jawatan! Ayyoooh!

Apa lagi?? lagi mau undi itu Palanival ka macchha?? Ane? Acchi?

ayoyo!!!
sunsnake 14042010

Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua


Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak. "Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily. Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (59) mengapa MIC tidak UMNO?

Najib dah umumkan calon BN kali ini adalah daripada MIC.
benarkah begitu?

Tekanan kepada Najib agar calon dipilih daripada UMNO sangat hebat dan kuat sebenarnya..
UMNO Hulu selangor benar-benar dalam keadaan bersedia. Hasil culaan mereka (maklumat dalaman) kebarangkalian kemenangan melebihi 70% sekiranya UMNO yang bertanding!

Teman sendiri selaku penyokong Pakatan Rakyat menyedari akan kekuatan UMNO Hulu Selangor ini. Bagaimanapun MIC Hulu Selangor sangat-sangat tenggelam dalam menjuarai isu rakyat!

Pengalaman teman berziarah dan menyantuni penghuni-penghuni estet-estet di Hulu Selangor ini yang majoritinya adalah India adalah sangat daif dan miskin. Pendek kata, jika mereka layak terima zakat, sekampung akan dapat zakat!

Inilah hasilnya wakil MIC iaitu Dato' G. Palanivel menguasai Parlimen Hulu Selangor selama lebih 15 tahun. Jelas, kemenangan beliau di kerusi Parlimen ini 100% bersandarkan kepada kekuatan UMNO Hulu Selangor yang sememangnya mempunyai asas yang kukuh disini.

Permintaan dan tekanan UMNO Hulu Selangor untuk bertanding sememangnya jelas ada asasnya. Selaku parti yang mengetuai Barisan Nasional, sewajarnya kepentingan UMNO sangat perlu dipertahankan!

Antara maklumat awal yang pada mulanya disangka cuma 'hearsay' tetapi sebenarnya adalah realiti adalah niat ahli-ahli UMNO Hulu Selangor bagi memulaukan PRK ini!
'Daripada mengundi calon India tu, baik aku pangkah Zaid Ibrahim.. janji melayu!"
itulah luahan seorang 'Orang Kuat' Pemuda UMNO Hulu Selangor!

Tindakan PKR mencalonkan Dato' Zaid Ibrahim setakat ini kelihatan sangat bijak dan mempunyai banyak kelebihan. Latarbelakang yang sangat Profesional, masak dengan selok belok pentadbiran negara dan yang paling penting mengakui akan kesilapanlalu beliau sewaktu didalam UMNO!

Semoga rakyat dan pengundi Hulu Selangor memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam menuju era baru yang lebih adil, telus dan berkebajikan.

sunsnake 14042010

PRK Hulu Selangor (58) Nurul Izzah di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa 18 April!

Aktiviti:

Kuliah Ilmu Islam & kaunter Semakan Daftar Pemilih

Tarikh:

18 April 2010

Masa :

10.00 pagi ~ 12.00 pm

Tetamu Khas :

YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)

Ahli Exco juga dijangka hadir

Lokasi:

Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)

No.70 Jalan Semarak 3C, Seksyen BB7, Bukit Beruntung.

P.I.C- Ustaz Hj Zulkifli Dawam

p/s: maaf, tersilap taip tajuk, bukan hari ini, tetapi 18 April. Thanks to pascawanganbukitsentosa2 atad ingatan.

PRK Hulu Selangor (57) MIC.. tak pernah sedar dari mimpi!




Teman betul-betul tak faham la kat puak-puak UMNO nih!
Sudahlah UMNO tak diberi peluang langsung di kubu terkuat mereka!
Bila diberi peluang.. sibuk pulak bergaduh nak jadi calon!

Yang UMNO ni kalau lah berkempen bermati-matian untuk PRK ni..
betul-betul teman tak faham laa..

Hidup Melayu! tapi depan mata dipermain dek rakan kongsi mereka sendiri..
Hidup Melayu! tapi kecut tel&r bila Najib kata MIC bertanding!

Yang MIC pulak ingatkan dah sedar diri selepas kena pelempang dek rakyat terutama kaum India di PRU 2008 dahulu...
Rupanya masih macam tu jugak! Malah lebih teruk lagi!
Dalam keadaan tempang masih masih nak berlagak!
Dalam keadaan cedera parah masih nak berebut jadi calon!
Sebab apa?
Sebab sibukkan kroni masing-masing! Itu lah sebenarnya..
Sebab apa lagi kalau bukan sebab itu?

Buat pengundi-pengundi India Hulu Selangor..
Jangan lupa ulangi tempeleng kali kedua anda 25 April ini!
Pastikan BN dijauhi sejauh-jauhnya!

sunsnake 14042010

MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan


Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Kurang senang

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC. Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor. "Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu. Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu. Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu. “Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu. Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (56) Debaran Pertama selesai sudah..







Fuhh! Lega betul teman bila majlis pengumuman calon selesai tadi..
Dengan segeranya teman callo dari lokasi tersebut bagi mengelakkan terperangkap dalam 'jammed'!
Lagipun teman kena bertemu seorang rakan..
nak bayar duit banner 'ceramah atas lori' minggu lepas daaa...
Alhamdulillah dia sudi bagi diskaun.. hehehe

Memang ramai sheikh! Menyesal teman drive..
kalau idak baik bawa moto je..
tapi mengenangkan moto teman tu paling laju 60 km/j dan kestabilannya diragui..
teman hayun jugak la kete kebal..

Ingatkan bolehlah santai layan ceramah..
sempat pulak Wak Albanjari sms minta cover Live It dia..
hehehe.. hentam sajalah wak!
Yang si Dugong Darat pulak jenuh la teman call.. tak diangkat2 nye!
sibuk buat coverage gak la tuh!

Penceramah-penceramah silih berganti dan antara yang mendapat sambutan hangat pastinya DS Nizar yang boleh kata suku ceramahnya cakap cina wehh!!
Bukan main seronok apek-apek dan ah so-ah so bersorak!
Itulah antara kelebihan DS Nizar yang payah UMNO nak challenge!

Ketibaan DS Anwar di sambut dengan riuh rendah sorakan terutama sorakan reformasi!
Memang sejak awal lagi semua dok tunggu Tokoh Reformasi yang 'ajaib' ini..
Bukan main payah Skuad AMK dan Unit Amal minta laluan pada orang ramai yang memenuhi ruang masuk ke Dewan Komuniti Serendah ini.

Sebelum itu ketibaan MB Selangor dan Exco-exconya seperti Dr Hassan Ali, Ronnie Liew dan Xavier Jayakumar.

DS Tuan Guru Haji Hadi Awang pula tiba diiringi laungan Takbir yang bergema!
Standard la Syeikh! Orang PAS memang gitu.. 'trademark' la katakan..

Rata-rata semua orang tahu siapa calon yang akan diumum cuma inginkan kepastian.
Pelik jugak teman sebab sepatutnya tak payah la bocorkan..
bagi la thrill skit..
Contoh masa di Bukit Gantang..
sehingga saat DS Nizar diumumkan sebagai calon baru la umum tahu..
baru syokk!!

DS Anwar pulak buat suspen apabila sebelum umumkan calon,
dia panggil antara nama-nama yang tercalon seperti Cikgu Nash, Sdr Mat Rahat dan
Sdr Shamsul Iskandar untuk berdiri disampingnya..
Ingatkan antara mereka la yang jadi calon..
rupanya Anwar nak bagitahu tenaga-tenaga kerja PKR yang penting untuk PRK kali ini.

Apapun.. Zaid Ibrahim telah disahkan sebagai calon...
Apa pun background beliau.. Inilah calon kita..
Dan secara peribadi, teman yakin dengan kemampuan beliau sebagai Ahli Parlimen sekiranya rakyat/pengundi Hulu Selangor sudi membuang undi kepadanya.

Sekarang..
terpulanglah kepada rakyat Hulu Selangor sama ada mahu kekalkan Kemenangan buat Rakyat ataupun kembali ke zaman Palanivel yang penuh kedukaan!

sunsnake 14042010

Gambo2 teman rembat dari blog AlBanjari..
Jangan marah ye wak! teman punya kamera tak sampai lagiiii!
order guna lelong jeee..