Wednesday, April 14, 2010
PRK Hulu Selangor (56) Debaran Pertama selesai sudah..
Fuhh! Lega betul teman bila majlis pengumuman calon selesai tadi..
Dengan segeranya teman callo dari lokasi tersebut bagi mengelakkan terperangkap dalam 'jammed'!
Lagipun teman kena bertemu seorang rakan..
nak bayar duit banner 'ceramah atas lori' minggu lepas daaa...
Alhamdulillah dia sudi bagi diskaun.. hehehe
Memang ramai sheikh! Menyesal teman drive..
kalau idak baik bawa moto je..
tapi mengenangkan moto teman tu paling laju 60 km/j dan kestabilannya diragui..
teman hayun jugak la kete kebal..
Ingatkan bolehlah santai layan ceramah..
sempat pulak Wak Albanjari sms minta cover Live It dia..
hehehe.. hentam sajalah wak!
Yang si Dugong Darat pulak jenuh la teman call.. tak diangkat2 nye!
sibuk buat coverage gak la tuh!
Penceramah-penceramah silih berganti dan antara yang mendapat sambutan hangat pastinya DS Nizar yang boleh kata suku ceramahnya cakap cina wehh!!
Bukan main seronok apek-apek dan ah so-ah so bersorak!
Itulah antara kelebihan DS Nizar yang payah UMNO nak challenge!
Ketibaan DS Anwar di sambut dengan riuh rendah sorakan terutama sorakan reformasi!
Memang sejak awal lagi semua dok tunggu Tokoh Reformasi yang 'ajaib' ini..
Bukan main payah Skuad AMK dan Unit Amal minta laluan pada orang ramai yang memenuhi ruang masuk ke Dewan Komuniti Serendah ini.
Sebelum itu ketibaan MB Selangor dan Exco-exconya seperti Dr Hassan Ali, Ronnie Liew dan Xavier Jayakumar.
DS Tuan Guru Haji Hadi Awang pula tiba diiringi laungan Takbir yang bergema!
Standard la Syeikh! Orang PAS memang gitu.. 'trademark' la katakan..
Rata-rata semua orang tahu siapa calon yang akan diumum cuma inginkan kepastian.
Pelik jugak teman sebab sepatutnya tak payah la bocorkan..
bagi la thrill skit..
Contoh masa di Bukit Gantang..
sehingga saat DS Nizar diumumkan sebagai calon baru la umum tahu..
baru syokk!!
DS Anwar pulak buat suspen apabila sebelum umumkan calon,
dia panggil antara nama-nama yang tercalon seperti Cikgu Nash, Sdr Mat Rahat dan
Sdr Shamsul Iskandar untuk berdiri disampingnya..
Ingatkan antara mereka la yang jadi calon..
rupanya Anwar nak bagitahu tenaga-tenaga kerja PKR yang penting untuk PRK kali ini.
Apapun.. Zaid Ibrahim telah disahkan sebagai calon...
Apa pun background beliau.. Inilah calon kita..
Dan secara peribadi, teman yakin dengan kemampuan beliau sebagai Ahli Parlimen sekiranya rakyat/pengundi Hulu Selangor sudi membuang undi kepadanya.
Sekarang..
terpulanglah kepada rakyat Hulu Selangor sama ada mahu kekalkan Kemenangan buat Rakyat ataupun kembali ke zaman Palanivel yang penuh kedukaan!
sunsnake 14042010
Gambo2 teman rembat dari blog AlBanjari..
Jangan marah ye wak! teman punya kamera tak sampai lagiiii!
order guna lelong jeee..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sheikh,
Baik import orang Sabah jadi calun Hulu Selangor nie. Calun yang berkaliber dari Hulu Selangor dah PUPUS ke? Nampak gayanya PR balik awal la waktu pengumuman kemenangan nanti, sebab tau kalah dari awal.
Satu undi aku untuk PR dah terbang dah...kalau balik kampung pun bawak anak mandi Sungai lagi bagus.
-madir-
madir..
ada betulnya hujah kamu kalau pandang dari perspektif Dun..
Ini Parlimen, bukan baru sekali ini parti politik letak calon bukan anak tempatan..
cuma mungkin tahap pemikiran politik negeri lain tak sama macam di Kelantan..
faktor tempatan sangat2 menguasai termasuk di sini..
InsyaAllah.. mungkin berlaku perubahan paradigma di Hulu Selangor ini..
Wallahua'lam
p/s: hati2 mandi sungai tu..
Post a Comment