Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, April 14, 2010

PRK Hulu Selangor (59) mengapa MIC tidak UMNO?

Najib dah umumkan calon BN kali ini adalah daripada MIC.
benarkah begitu?

Tekanan kepada Najib agar calon dipilih daripada UMNO sangat hebat dan kuat sebenarnya..
UMNO Hulu selangor benar-benar dalam keadaan bersedia. Hasil culaan mereka (maklumat dalaman) kebarangkalian kemenangan melebihi 70% sekiranya UMNO yang bertanding!

Teman sendiri selaku penyokong Pakatan Rakyat menyedari akan kekuatan UMNO Hulu Selangor ini. Bagaimanapun MIC Hulu Selangor sangat-sangat tenggelam dalam menjuarai isu rakyat!

Pengalaman teman berziarah dan menyantuni penghuni-penghuni estet-estet di Hulu Selangor ini yang majoritinya adalah India adalah sangat daif dan miskin. Pendek kata, jika mereka layak terima zakat, sekampung akan dapat zakat!

Inilah hasilnya wakil MIC iaitu Dato' G. Palanivel menguasai Parlimen Hulu Selangor selama lebih 15 tahun. Jelas, kemenangan beliau di kerusi Parlimen ini 100% bersandarkan kepada kekuatan UMNO Hulu Selangor yang sememangnya mempunyai asas yang kukuh disini.

Permintaan dan tekanan UMNO Hulu Selangor untuk bertanding sememangnya jelas ada asasnya. Selaku parti yang mengetuai Barisan Nasional, sewajarnya kepentingan UMNO sangat perlu dipertahankan!

Antara maklumat awal yang pada mulanya disangka cuma 'hearsay' tetapi sebenarnya adalah realiti adalah niat ahli-ahli UMNO Hulu Selangor bagi memulaukan PRK ini!
'Daripada mengundi calon India tu, baik aku pangkah Zaid Ibrahim.. janji melayu!"
itulah luahan seorang 'Orang Kuat' Pemuda UMNO Hulu Selangor!

Tindakan PKR mencalonkan Dato' Zaid Ibrahim setakat ini kelihatan sangat bijak dan mempunyai banyak kelebihan. Latarbelakang yang sangat Profesional, masak dengan selok belok pentadbiran negara dan yang paling penting mengakui akan kesilapanlalu beliau sewaktu didalam UMNO!

Semoga rakyat dan pengundi Hulu Selangor memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam menuju era baru yang lebih adil, telus dan berkebajikan.

sunsnake 14042010

0 comments: