Inilah hakikatnya Malaysia..
Mengaku negara Islam oleh Dr Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dahulu..
Namun setiap kali Kerajaan Kelantan mahu menerapkan nilai-nilai Islam maka setiap kali itu jugalah Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO menentang dan memberi ugutan!
Masih ingatkah kita dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan?
UMNO telah menghalang bermati-matian usaha Kerajaan PAS Kelantan dalam hal ini dan PAS Kelantan walaupun tahu tahap kemampuannya dalam konsep Federalisme namun tetap mencuba untuk melaksanakannya.
Sepatutnya, UMNO yang juga mengaku sebagai Parti Islam, sepatutnya turut menyokong dan bekerjasama mencari jalan melaksanakan Hukum Islam berkenaan!
Malangnya bukan sahaja menghalang malah sehingga ke hari ini, pencacai UMNO masih lagi mempermainkan usaha PAS Kelantan berkenaan dan mengejek-ejek kononnya PAS hanya bermain-main sahaja?
Kalau usaha PAS berkenaan hanya main-main, mana usaha serius UMNO?
Yakinlah, dimasa akan datang, UMNO akan memainkan isu ini untuk kembali mengejek-ejek PAS kononnya tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan sistem ekonomi Islam di Kelantan?
Itupun jika UMNO masih lagi mampu menghalang proses pereputannya yang makin jelas!
-Kupasan Hukum Hudud Kelantan-
sunsnake 18082010
Mata wang syariah: Nik Aziz bidas kerajaan pusat ‘hentam’ Kelantan
KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan tindakan pusat dan pemimpin Umno yang “menghentam” kerajaan Kelantan yang melancarkan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu minggu lalu.
Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.
“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.
“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.
“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.
“Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya.
Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.
“Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.
“Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan,” katanya.
Berita Penuh