Kepada semua ahli-ahli PKR baik penyokong mahupun pemimpin..
Sorry Bro.. Teman betul-betul lost!
Betul-betul tak faham!
Canangnya dulu..
Nak jadikan pemilihan PKR yang pertama ini sebagai suatu sejarah..
Nak jadikan pemilihan PKR yang pertama ini sebagai suatu contoh demokratik!
Tapi..
Dari pandangan teman yang naif nie..
Teman tak nampak tang mana kelebihannya pemilihan sebegini diadakan!
Dan sebagai parti yang masih terlalu muda..
Baik dari segi umurnya..
Baik dari segi pengalamannya..
Baik dari segi pimpinannya..
Baik dari segi ahlinya!
Impian dan 'over confident' itu banyak perbezaanya..
Contohnya tanpa menafikan kredibiliti DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ulung..
Tapi didalam 'mode' pembangkang, beliau tidak berpengalaman luas sebagai pembangkang sepertimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz,
sepertimana Tuan Guru Hadi Awang,
sepertimana Mat Sabu,
sepertimana Ustaz Idris Ahmad,
sepertimana Lim Kit Siang,
sepertimana Karpal Singh..
Mereka-mereka ini tidak pernah merasai 'nikmat' sebegai pemerintah Malaysia!
Sebagaimana DS Anwar Ibrahim..
Malahan, DS Anwar Ibrahim sendiri adalah sebahagian daripada mereka yang pernah menghinjak-hinjak nama-nama diatas tadi sebelum ini!
kadang-kadang teman sangat kasihan melihat DS Anwar terkial-kial terpaksa melayan karenah para penyokong dan pendokong PKR dan dalam masa yang sama menahan asakan UMNO-BN yang senantiasa menghunjam batang tubuhnya!
Seperti yang pernah teman suarakan lama dahulu..
Dan kini teman suarakan kembali...
PKR perlu sangat-sangat muhasabah diri..
PKR perlu sangat-sangat menjadikan parti-parti 'abang long' nya didalam PR
sebagai suri teladan sebelum membuat sesuatu gerakan..
PKR perlu sangat merendahkan dirinya agar boleh melompat dengan lebih tinggi selepas ini..
Tidak salah menjadi seperti seekor kucing yang mahu melompat tinggi kan?
Bukankah kucing itu akan merendahkan dirinya sebelum melompat?
Pengamatan teman yang sering berhubung dengan akar umbi PKR..
Akar umbi parti kalian sangat lemah dan lembut..
Malah tidak keterlaluan kalau teman katakan terlalu lemah!
Diperingkat ranting(cawangan) sendiri teman dapat rasakan seolah-olah hanya nama!
Di peringkat cabang(Bahagian) pun teman lihat sangat lembut dan tidak stabil langsung!
Manakan mungkin kekuatan parti mampu dijana sekiranya yang asas iaitu cawangan masih tidak betul?
Manakan mungkin kekuatan parti mampu digerak sekiranya yang asas iaiatu bahagian masih berkecamuk?
Jadikan gerakan cawangan dan kawasan PAS sebagai contoh..
Jadikan gerakan bahagian DAP sebagai panduan...
Diulangi...
Tidak salah merendahkan diri sebelum melompat lebih tinggi.......
Itupun kalau tidak dihenyak oleh rakyat dengan penyapu!
sunsnake 08112010
Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR |
Pemilihan PKR: Mustaffa Kamil juga tarik diri? |
Berita Penuh