Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 26, 2009

Bapak tak borek, Anak tak rintik!



Najib..Najib..
Kalau ado lagi bapak kamu..
Mau kena penampor laju-laju gak bapak kamu bagi..
heheheh
sunsnake 26.11.2009

Royalti:Siapa yang berbohong - ayah atau anak?

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/najibataurazak.jpg

KUALA TERENGGANU - Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang telah mempersoalkan, siapakah antara dua yang berbohong tentang hak mendapat bayaran wang royalti petroleum, adakah ayah atau anak?

Beliau berkata demikian di Parlimen baru-baru ini ketika membahaskan Bajet 2010 pada peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Katanya pada 3 November lalu, ketika sesi menjawab soalan, Dato’ Seri Najib Razak berkata kepada Parlimen bahawa daripada aspek undang-undang, Kelantan dan Terengganu tidak berhak atas royalti minyak kerana pengeluaran minyak dilakukan di luar pantai kedua-dua negeri itu.

"Operasi pengeluaran dalam perairan mereka (Terengganu dan Kelantan) di definasikan sebagai kawasan tidak lebih tiga batu nautika yang diukur mulai dari tanda air rendah atau garis pantai negeri,

"ketika ini, tidak ada pengeluaran minyak di perairan Kelantan ataupun Terengganu. Oleh itu, dari sudut undang-undang, Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti minyak, sama seperti Terengganu ,"kata Najib.

Menurut Lim Kit Siang, jawapan Najib jelas bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya, Tun Razak ketika beliau menjawab soalan beliau (Lim) sebagai Perdana Menteri kedua di Parlimen tentang isu yang sama pada tahun 1975, 24 tahun yang lalu.

Justeru dipaparkan Soal Jawab dari Hansard Parlimen pada 12 November, 1975:

Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.

Perdana Menteri (Tun Razak): Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium, 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petrolium yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun ejensi-ejensi ataupun konraktor-kontraktornya.


Oleh yang demikian, beliau meminta Najib (anak) yang juga Perdana Menteri keenam untuk menjaga komitmen ayahnya, Tun Razak.

Katanya, ayah Najib (Tun Razak) yang juga kedua Perdana Menteri Kedua menyatakan Kelantan dan Terengganu adalah berhak keatas bayaran 5% royalti minyak bagi aktiviti pengeluaran minyak "samada di darat atau di luar pantai", sebagaimana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974,

Lim berkata lagi, salah seorang arkitek Akta tersebut adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah bercakap benar di atas hak-hak perundangan Kelantan dan Terengganu keatas 5% royalti minyak yang dihasilkan di luar pantai dan bukan sebagai "wang Ihsan".

“Jika tidak, slogan 1Malaysia Najib hanya akan menjadi bahan jenaka, jika hak-hak perundangan dan status negeri-negeri keatas bayaran royalty petroleum terus dipolitikkan,

”dan bergantung samada adakah UMNO / Barisan Nasional yang berkuasa, sebagaimana yang terjadi kepada Terengganu dan Kelantan,”katanya dalam satu kenyataan melalui laman blognya.BO

sumber - tinta hijau

Haji Tajaan & Seludup Juta-juta!





"Power of Media" itulah rahsia sebenar Kejayaan UMNO-BN setakat ini dalam menyerang dan terus menyerang pimpinan dan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Hebat giler media menceritakan hal haji tajaan Nik Aziz, Tanah dilulus dek Guan Eng, Kedai jual Babi dimusnahkan Azizan di Kedah, Tanah lulus dek Nizar di Perak! walaupun ada sesetengahnya berstatus fitnah dan tidak pasti!

Bagaimana dengan jutaan RM yang MB Negeri Sembilan 'angkut' keluar ni?
Jika fitnah sepatutnya disiasat agar terbukti ke'fitnah'an nye..

Dapat dilihat pemimpin UMNO-Bn terutama PMnye didlanda sindrom takut nak saman!
Hairan! dalam keadaan pimpinan PR sibuk menyaman media-media UMNO-BN malah ada yang dah menang! (YB Mahfuz), belum ada lagi rasanya UMNO-BN yang berani nak menyaman!

hmmm.. Mahkamah depa punya pun tak konfiden ke?

Maka, digunakanlah oleh mereka SB-SB Polis, Inteligent Askar dan segala mak nenek agensi kerajaan perseketuan untuk menakut dan mengugut mereka-mereka yang berkata benar nih!
(benar kerana nak kata fitnah, pihak yang satu lagi takut nak saman!)

Wallahua'lam..

sunsnake 26.11.2009

MB NS 'hilang kata - kata' isu pengeludupan RM 10 juta ke luar negara

Isnin lepas, YB Antony Loke telah membangkitkan isu mengenai kaitan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd sebuah syarikat yang dibatalkan lesen oleh Bank Negara kerana terlibat dalam pemindahan wang 'melanggar undang undang ke luar negara dalam persidangan DUN NS.

Menurut maklumat yang diperolehi dari sumber dalaman Bank Negara cukup untuk mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan terlibat dalam pemindahan wang dalam jumlah amat besar ke luar negara sekitar Mac 2008. YB Tian Chua telah membangkitkan perkara ini dalam Parlimen dan cheGuBard telah menulis surat terbuka mencabar penjelasan Menteri Besar.sila klik untuk baca surat terbuka kepada MB NS

Semalam semasa ucapan penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, Menteri Besar NS kelihatan hilang kata - kata dengan hanya mengatakan dia tak berminat nak jawab soalan pembangkang mengenai penglibatan beliau dalam 'penyeludupan wang' ke luar negara tetapi sebaliknya mengakui beliau kini sedang di sisasat oleh pihak berkuasa.

Tanpa menyebut pihak berkuasa agensi mana yang menyiasat beliau mengenai penglibatan beliau dalam penyeludupan wang tersebut beliau telah diselamatkan dari asakan soalan dengan tindakan 'kurang ajar' beberapa ADUN Bn yang bangun menjerit - jerit malah speaker juga bertindak menyelamatkan Menteri Besar dari terus diasak.

Anak kecil main api.. chaitt!








"Anak kecil main api.. Terbakar hatinya yang sepi.. airmata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang"

Rangkap awal lagu yang amat teman gemari dan hayati masa sekolah dulu..
Setiap pagi Jumaat kami akan berkumpul di hadapan asrama untuk 'Weekly Assembly' pelajar asrama..

"Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya.. Hasil mengalir ke tangan yang lain, peribumi.. merintih sendiri"

Wah! Teman pernah mengalirkan airmata!!! dek kerana lirik ini!!
Tidak sayangkah teman kepada bangsa melayu ini?
Rasis kah teman?

"Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa,
bersatulah hati bersama berbakti pulih kembali harga diri"

Cheh!!! Lagu UMNO rupanya!!

52 tahun memerintah Malaysia..
Membodohkan melayu dengan lagu-lagu macam nie..
Mengkhianati bangsa sendiri dengan cara memainkan sentimen asabiyah dan perkauman yang sangat tinggi!
Hingga mengatasi rasa kecintaan agama Islam itu sendiri..

Alhamdulillah.. Syukur ku pada-Mu Ya Allah..
Kerana diberikan hidayah..
Dapat menilai antara hak dan batil
Dapat melihat antara asabiyah dan Islam!
Benarlah! Hanya Islam yang akan memelihara bangsa
Tetapi bangsalah yang akan merosakkan Islam!

UMNO..UMNO..
Bagus pun BTN diharamkan di Selangor...

sunsnake 26.11.2009

KERAJAAN SELANGOR HARAMKAN KAKI TANGAN NEGERI DAN PELAJAR HADIR KURSUS BTN

Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Arahan tersebut turut melibatkan kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.

Dr Halimah berkata keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mendapati kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional.

Ini, kata beliau, boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.