Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 26, 2009

Anak kecil main api.. chaitt!








"Anak kecil main api.. Terbakar hatinya yang sepi.. airmata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang"

Rangkap awal lagu yang amat teman gemari dan hayati masa sekolah dulu..
Setiap pagi Jumaat kami akan berkumpul di hadapan asrama untuk 'Weekly Assembly' pelajar asrama..

"Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya.. Hasil mengalir ke tangan yang lain, peribumi.. merintih sendiri"

Wah! Teman pernah mengalirkan airmata!!! dek kerana lirik ini!!
Tidak sayangkah teman kepada bangsa melayu ini?
Rasis kah teman?

"Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa,
bersatulah hati bersama berbakti pulih kembali harga diri"

Cheh!!! Lagu UMNO rupanya!!

52 tahun memerintah Malaysia..
Membodohkan melayu dengan lagu-lagu macam nie..
Mengkhianati bangsa sendiri dengan cara memainkan sentimen asabiyah dan perkauman yang sangat tinggi!
Hingga mengatasi rasa kecintaan agama Islam itu sendiri..

Alhamdulillah.. Syukur ku pada-Mu Ya Allah..
Kerana diberikan hidayah..
Dapat menilai antara hak dan batil
Dapat melihat antara asabiyah dan Islam!
Benarlah! Hanya Islam yang akan memelihara bangsa
Tetapi bangsalah yang akan merosakkan Islam!

UMNO..UMNO..
Bagus pun BTN diharamkan di Selangor...

sunsnake 26.11.2009

KERAJAAN SELANGOR HARAMKAN KAKI TANGAN NEGERI DAN PELAJAR HADIR KURSUS BTN

Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Arahan tersebut turut melibatkan kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.

Dr Halimah berkata keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mendapati kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional.

Ini, kata beliau, boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

2 comments:

kang kali kung said...

Lagu Anak Kecil Main Api tu sebenarnya ditujukan kpd diri mereka sendiri..Diorang pakat nk nyanyi masa depa lepak kt rumah org2 tua nanti sebagai "Theame song" sebelum anak cucu depa kencing kat kubur depa...

sunsnake@budakbalun said...

betul3x.. lagu untuk mencandukan melayu dengan perjuangan bangsa yang melampau! tapi hakikatnya pemimpin2 UMNO yang khianat! kaya sorang2!
bangsa makin merana!

contoh terbaik Penang laaa!!