Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 25, 2010

UMNO Hulu Selangor paling kuat di dunia!



Tanpa berniat tidak menghormati ahli keluarga Allahyarham, izinkan teman menulis mengenai kerusi Parlimen yang ditinggalkan beliau. Al-Fatihah buat Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh-roh golongan mukmin dan muttaqin. InsyaAllah.

Sekiranya berlaku PRK Parlimen Hulu Selangor kali ini, teman dapat menjangkakan ianya akan menjadi suatu yang sangat-sangat kritikal dan 'tricky'. Didalam suasana politik yang agak seimbang sebenarnya, dengan Pakatan Rakyat yang masih lagi mengalami kejutan isu 'lompatan' ahli-ahli Parlimen dan ADUN dan dengan Barisan Nasional yang masih lagi bermasalah besar dengan parti-parti komponennya terutama MCA dan MIC.

Bukan suatu yang rahsia di Hulu Selangor, bahawa PAS sangat ingin bertanding kerusi Parlimen dan begitu juga UMNO yang telah bertindak membuat 'undi protes' pada Pilihanraya Umum yang lalu menyebabkan ianya menjadi antara faktor kemenangan Allahyarham dikerusi Parlimen ini. Namun PAS pernah bertanding di kerusi ini dalam Pilihanraya Umum 2004 dengan meletakkan calonnya iaitu Dato' Ismail Kamus namun jelas kekuatan BN apabila Dato' G. Palanivel berjaya menewaskan tokoh Ulama' tersebut dengan majoriti yang agak besar!

Umumnya UMNO Hulu Selangor sebenarnya agak berpengaruh dan hebat jika diukur dengan jumlah ahli dan prestasi sebelum peristiwa 8 Mac 2008. Disinilah lahirnya Tan Sri Muhammad Taib yang juga antara Lagenda dalam senarai bekas-bekas Menteri Besar Selangor dengan kejayaannya membangunkan negeri dari segi ekonomi dan pentadbiran... kononnya.

Menang atau kalah PRK ini tidak menjadi soal bagi menentukan kerajaan namun inilah sebenarnya yang akan menjadi kayu ukur bagi kedua-dua pihak sama ada BN mahupun PR.

Teman menjangkakan UMNO akan berusaha sehabis mungkin untuk meletakkan calonnya bagi menggantikan MIC yang sangat jelas ditolak secara total oleh pengundi-pengundi India disini.
Sekiranya UMNO sah diletakkan sebagai calon apakah mungkin PKR masih lagi mahu bertanding? Bukankah PAS adalah lawan sebenar UMNO di pentas politiknya?

Dengan majoriti pengundinya adalah berbangsa Melayu, amat jelas bahawa sekiranya UMNO yang dipilih bagi meletakkan calon, ini akan menjadi suatu cabaran yang sangat hebat bagi PAS atau PKR yang bertanding. Dengan jumlah Felda yang agak banyak dan besar jumlah pengundinya, teman melihat kelebihan UMNO sangat jelas sekiranya mereka yang dipilih bagi meletakkan calon. Bagi PAS dan PKR, suatu strategi dan teknik kempen yang pantas dan efektif sangat-sangat diperlukan terutama didalam suasana Pilihanray Kecil yang pastinya sentiasa dibayangi oleh media yang berat sebelah!
sunsnake 25032010

AL-Fatihah - MP Hulu Selangor Meninggal Dunia!


Ahli PArlimen PKR Hulu Selangor Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad,71 tahun meninggal dunia di rumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam tadi.

Khabar-khabar yang sekian lama menghambat rakyat Hulu Selangor khasnya dan Malaysia amnya kini terjawab. Apa-apa pun Takziah dari teman kepada keluarga Allahyarham. Walaupun beliau hanya sekejap menjadi MP kami, namun jasanya sepanjang bertugas sebagai Kakitangan Kerajaan dan Timbalan Menteri Besar Selangor amat dihargai.

Kini kembali kepada persoalan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kembali kosong. Disaat ini, UMNO kelihatan terlebih dahulu secara biadapnya melancarkan Jentera Pilihanrayanya beberapa minggu lalu. Menurut maklumat dalaman UMNO yang teman terima, jika berlaku PRK Hulu Selangor ini, UMNO tersangat yakin yang mereka akan menang lebih-lebih lagi jika calonnya adalah dari UMNO. Namun mampukah MIC memberikan kerusi yang dipertandingkan olehnya sekian lama?

Di pihak Pakatan Rakyat pula, walaupun telah menjangka, namun tidaklah sampai ke tahap melancarkan jentera Pilihanraya disaat YBnya masih bernafas!
Ada kemungkinan Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon daripada PKR walaupun isu lompat parti yang agak men'cedera'kan PKR akhir-akhir ini agak mendesak!
PAS yang juga pernah bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor tidak pernah mendesak namun teman sangat yakin bahawa PAS sangat bersedia seandainya diminta menggantikan PKR untuk meletakkan calon.

Parlimen Hulu Selangor yang mengandungi 3 dun iaitu Dun Hulu Bernam, Dun Kuala Kubu dan Dun Batang Kali hamir pasti akan diadakan Pilihanraya kecil dan pastinya terpaksa bersedia menerima kunjungan ratusan ribu petugas politik,polis dan pelancong politik yang bakal memenuhi daerah yang sama besar dengan Negeri Perlis ini!

sunsnake 25032010

Malaysia pengampu Israel?


Lagi pendedahan mengenai betapa 'cintanya' UMNO kepada Israel..
Betapa lunyainye tel*r UMNO ini dipicit oleh Israel..
Betapa mesranya UMNO dengan syarikat-syarikat Israel.

Israel ni memang terkenal dengan kepandaian mereka..
Lebih-lebih lagi dalam hal manipulasi..

Dan khidmat nasihat merupakan antara perkhidmatan 'terbaik' yang mereka selalu perdagangkan..
Pastinya setiap nasihat itu akan berunsurkan anti-Islam malahan mungkin anti manusia selain jew!

Amat malanglah kita kerana kini Polis Malaysia pun dibawah cengkaman Israel!
Baik Najib ambil salah seorang bekas Perdana Menteri Israel untuk dianugerahkan gelaran Tun jugak!
sunsnake 25032010

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

http://chegubard.blogspot.com

Selagi Hayat dikandung UMNO...

Takkan Berlaku di Malaysia Selagi UMNO ada

Inilah yang berlaku apabila manusia takutkan laknat Allah SWT!
Dengan slumbernya Menteri Islam Brunei tolak permintaan tu..
Menteri Islam Malaysia?

Bukan takutkan laknat Allah, tapi takutkan laknak Perdana Menteri!!
Takut miss soru!

UMNO..UMNO.. Bila la pakcik-makcik Felda nak insaf?

sunsnake 25032010


"BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Sibuknye minggu ni


Minggu ni jelas..
Suatu minggu yang sangat sibuk bagi diri teman..
KPInye.. Terlalu perlahan posting-posting teman di blog kerdil ni..

Allahuakbar! Dah makan gaji gini leee..

Isu-isu politik terbaru teman hanya dengar melalui berita radio je kebanyakkannya sebab teman banyak dok dalam kete.. Internet? Fuh! tunggu balik rumah la baru dapat bukak..
Itupun usha-usha gitu je.. Kat opis tak sempat langsung nak layan blog! time rehat tu la yang banyak benda kena setel!

Dari isu ADUN letak jawatan.. Isu SPR tak terima surat kekosongan dun..
SPR tak nak buat pilihanraya PBT..
Zul katak buat lawak+hal bodoh+publisiti murahan..
Zahrain kena maki balik dengan MP BN yang dia tuduh..
Gathering TKO kat Titiwangsa!

adduuhhh!! banyaknye isu yang teman miss!

InsyaAllah.. lepas ni ok la kot?
Biasak la kerja ni macam hidup jugak laa..
Ada masa di atas.. ada masa di bawah..

Ada masa sibuk... ada masa mengulo!!!

sunsnake 25032010