Wakakaka!
Pemuda UMNO bantah judi sukan? Ini dah jadi macam cerita dongeng!
Teman nampak macam nak cover balik maruah UMNO yang dah almost death dengan isu judi bola nih!
Kalau benar bagai dikata duhai KJ, moh joint kami di Demo Anti Judi 3 Julai ni..
Bior sama-sama kita ditembak gas pemedih mata milik Kerajaan malaysia!
Bior sama-sama kita bertakbir dan berarak ke Istana Negara!
Bior sama-sama kita dihambat dek FRU dengan cota dan perisai!
Bior sama-sama kita duduk dalam Black maria bila dah kena cekup dan belasah!
Amacam?? ada bran?
sunsnake 25062010
Pemuda Umno pula bantah lesen judi sukan | |
|
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini. "Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.
Berita Penuh
Permit polis: Perhimpunan tetap diadakan | |
|
Permohonan permit tersebut diserahkan oleh pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid pada jam 4.30 petang tadi. Azmi yang juga presiden TERAS, turut ditemani setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat dan ketua Angkatan Muda Selangor (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Berita Penuh