Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 25, 2010

Kartun Senyum Kambing vs Kartun Zunar



Siapa yang tak kenal kartun Senyum Kambing?
Setiap hari di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia milik UMNO..
Adakah kartun itu benar? Adakah kartun itu berniat baik? Adakah kartun itu mempunyai ilmu?

Dan adakah kartun zunar begitu teruk melebihi teruknya Senyum Kambing?
Walaupun hanya mempamerkan 2 watak yang sama sejak dahulu.. tetapi sinisnya dan jahatnya dialog mereka sangat difahami oleh majoriti pembaca dan 'terbaca' Utusan!

Teman melihat apa yang berlaku kepada zunar ini adalah suatu ketakutan yang melampau UMNO kepada gaya dan kuasa 'kartun' yang dimiliki oleh Zunar dan kumpulan kartunis kreatifnya.

Biasalah.. fitrah manusia.. mana yang nampak mengancam kepentingan.. mesti dihapuskan!

Tapi benarlah kata zunar..“Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir,"!!!!
sunsnake 25062010

Zunar terus berkartun hingga dakwat terakhir
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jun: “Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," kata Zunar.

Menurutnya, setakat kenyataan ini ditulis, beliau belum mendapat surat rasmi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pengharaman bukunya.

Katanya, berdasarkan laporan Malaysiakini (24 Jun 2010), KDN berkata tiga buku/majalahnya, 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun telah diharamkan.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata "1Funny Malaysia" adalah koleksi karya-karya pilihan kartunnya yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009.

Katanya lagi, "Perak Darul Kartun" adalah buku terbitan syarikatnya sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd. "Isu Dalam Kartun (IDK)" adalah majalah bulanan yang mempunyai permit penerbitan dari KDN dan setakat ini tiga edisi IDK telah diterbitkan; vol 1, vol2 dan vol 3.

Tahun lepas, sebuah lagi majalahnya "Gedung Kartun" telah dirampas dan juga telah diharamkan.

Katanya, berdasarkan kenyataan KDN bererti keenam-enam penerbitannya dan juga pasukan kartunis saya telah diharamkan.

Dalam laporan Malaysiakini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata beliau.


Berita Penuh

2 comments:

shameel Iskandar said...

saya meminati zunar sejak dia kat majalah gila-gila lagi. tika tu dia terkenal dgn liza( cinta tak semestinya bersatu). Mmg benar, Zunar digeruni oleh BN

budakbalun said...

dia memang pendiam.. macam kartunis Aza..(yang lukis kartun kecik2 tuu..)

pernah jumpa zunar di depan2 masa dia kartunis di Gila-gila dulu..

apa-apa pun.. semoga zunar istiqamah dalam menempuhi dugaan perjuangan menentang kezaliman UMNO nih!