Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 25, 2010

Maktab Tentera Diraja(RMC)- Sekolah Idaman Teman!


Sekolah ni memang idaman teman suatu waktu dahulu..
Selepas teman ikut satu rombongan Pengawas sekolah (teman dulu Ketua pengawas sekolah wehhh!!) wakakakaka!.

Rombongan tu melawat MTD@RMC Sungai Besi.. Ada sorang brader RMC tu namanya Reyno..
Kalau tak silap laaa.. segak-segak betul depa bila lengkap pakai uniform!

Memang teman terus tulis besar-besar kat kertas dan tampal didinding sebelah katil asrama "PMR 199*.. Targetku Layak ke MTD Sg Besi!"

Punya la semangat!! Alhamdulillah..
PMR teman bagus la jugak tapi tak layak ke MTD sebab tak apply pun! wakakakaak!

iskk.. cemane la leh sampai mati nih!
Patut askar mati kat medan tempur.. kalau tengah training pun ok la lagi..
ini mati kena buli?? ape ke bangangnye geng-geng yang membuli tu?

Kalau dah ramai-ramai.. Kerbau pun tumbang wehh!!
Takziah kepada keluarga Allahyarham terutamanya mak dan ayahnya..
Pastinya sangat-sangat sedih! Anak bijak pulak tu..
kalau tak bijak takkan leh masuk RMC kan?

Al-Fatihah
sunsnake 25062010

Pelajar RMC mati dipercayai dibuli senior
Jun 24, 10 4:41pm

Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi di Kuala Lumpur meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Berita Penuh

6 comments:

Anonymous said...

Itu lahnasib kalau jadi askar zaman sekarang. Kena hentam sampai mati. kena belasah sampai mengaku mencuri... ish...ish ish, apalagi agak nya ya. Panglima ATM buat apa tidur je ke atau the tip of iceberg dah cair dan mengalir sampai ke Dubai......

keluhum said...

Ne sumo bahano dan balo sbb membawo perkaro2 yg x berlandaskan Takwa dlm melatih pelapis kpd perajurit negaro..Byk bona buek cover up kojo2 kotor,mako tuhan dtgkan ujian yg mcm ne..klu xnk yo sodar2 lg,x tau la teman..Nti kito tgk la abang2 CSI kito dgn spek itam akan menyiasat smpai ke akar umbi..Diorang ne menyiasat hal dlm kain org,sekojap yo dapek trace suspek..tp bilo ado org mati dlm lokap,jatuh dari pej.K'jaan,smpai musang tumbuh janggut pun x selosai..

budakbalun said...

tukar je kerajaan.. kasi orang lain pulak.. lama sangat memerintah.. sampai dah busuk lagi membusukkan pun parti2 BN nih!!

Anonymous said...

rmc the best....raging must continue..yieeeeha!

Syed said...

pesanan sbagai salah seorang bekas putera RMC.. what ever happened to that kid, Raging Must Continue (RMC) at Mental Torture Department(MTD).. :)

Mahfudzzah Khairuddin said...

🙆🏾