






ada banyak segar ladang ada mari !

eehhh!!!! halamak! silap!!
miss soru!

KAMI SOKONG!!! PUAKA MEMANG PUAKA POMPUAN GEMUK TUUUUUUUU!!
Pakatan disaran umum awal tarikh p'raya negeri | |
|
Serang kuil: Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita | |
|
GEORGE, Afrika Selatan: Jepun percaya mereka boleh mengecewakan Belanda dalam pertemuan getir Sabtu ini, seperti mana yang mereka lakukan dalam perlawanan persahabatan di gelanggang lawan, September lalu.
Pasukan Blue Samurai itu mendominasi awal permainan ketika menentang Belanda sebelum akhirnya tewas 3-0, menyerahkan ketiga-tiga gol itu dalam tempoh 20 minit di Enschede.
“Kami bermain baik pada separuh masa, saya fikir perkara paling penting adalah bagaimana kami memberi tumpuan terhadap pertahanan kami selepas rehat,” kata pemain tengah, Junichi Inamoto di pusat latihan Jepun di George, kelmarin.
“Kami perlu menyerang habis-habisan kerana kami sedar perlawanan itu sukar,” kata pemain berusia 30 tahun itu, veteran bagi tiga Piala Dunia yang kembali ke Jepun, Januari lalu, selepas sembilan tahun bersama beberapa kelab Eropah, termasuk Arsenal dan Fulham.
“Kami masih berpeluang menang,” kata pemain Kawasaki Frontale itu yang menyaksikan perlawanan persahabatan September lalu dari bangku simpanan.
Perlawanan di Durban bagi Kumpulan E, Sabtu ini, menjadi kunci selepas Belanda berhempas pulas untuk mengatasi Denmark 2-0 dan Jepun mengejutkan kuasa besar Afrika, Cameroon 1-0, Isnin lalu.
Pemain tengah Gamba Osaka, Yasuhito Endo, bermain 90 minit penuh di Enschede, memberi amaran yang pasukan Belanda itu ‘cemerlang dari segi skil individu.’ “Perlawanan itu sudah pasti bukan mudah. Saya fikir kesabaran kami akan teruji bagi sebahagian besar perlawanan,” kata Pemain Terbaik Asia 2009 itu.
Pemain rookie CSKA Moscow, Keisuke Honda yang berhijrah dari kelab Belanda, VVV Venlo, Januari lalu, menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Cameroon yang menyaksikannya beraksi sebagai penyerang walaupun peranan biasanya pemain tengah menyerang. - AFP
Kegiatan mereka berjaya dikesan berdasarkan risikan dan maklumat awam sebelum sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman bertindak menyerbu premis itu.
Operasi yang diketuai Superintendan Maszely Minhad, turut dibantu dua pegawai dan enam anggota dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Negara kini seperti dipenuhi dengan 'sampah sarap' apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik ke dalam Kabinet terlalu ramai Senator yang sebenarnya tidak pun dipilih dan diperlukan oleh ahli parti mereka sebagai pemimpin.
"Sebagai contoh, G Palanivel yang tidak dilantik sebagai calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor dan digantikan dengan p Kamalanathan. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Menteri. Persoalannya mengapa bukan Kamalanathan yang dipilih," kata Salahuddin.
Beliau mendedahkan bahawa MIC telah melakukan satu kajian dan hasil daripada analisis tersebut merumuskan sekiranya Palanivel masih dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, Barisan Nasional akan kalah.
"Jadi mengapa kerajaan masih melantik orang yang tidak diyakini oleh parti yang diwakilinya, yang mana minda dan pandangannya tidak lagi diperlukan untuk menggerakkan dan memimpin parti. Kebiasaannya kita akan buang benda-benda yang tidak berguna, yang akhirnya menjadi 'sampah sarap"," tegas beliau lagi.
Salahuddin turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang melantik terlalu ramai Senator dari kalangan MCA seperti mana yang berlaku dalam rombakan terbaru Kabinet.
"Jika kita lihat kepada pelantikan tersebut, saya rasa rakyat Malaysia tidak yakin dengan barisan Kabinet Perdana Menteri hari ini, katanya.
Suara-KeadilanTarik balik Datuk: Chua akan adakan sidang media | |
|
![]() |
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Seorang penjual sayur warga Myanmar ditemui mati dengan tetakan di belakang kepala, leher dan tangan di lorong belakang sebuah kedai makan di Bandar Baru Utara, Selayang di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi apabila mangsa, 35, diserang oleh dua lelaki Myanmar yang bersenjatakan parang di lorong itu.
"Mangsa dikenali sebagai Maungmau yang mempunyai pas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah kerana berebut tapak niaga namun siasatan masih lagi dijalankan bagi mengesan suspek.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan. Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.
Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan. Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.