Haaa..
teman selalu gak la follow AJK Masjid As-Salam Bukit Sentosa meng'ambush' rumah-rumah yang ada kegiatan maksiat!
Pernah jugak la mencekup pasangan melayu berkhalwat! tahap kelam-kabut pakai baju pun ada!
hakikat.. nak buat macam mana..
umur pun rata-rata 20an.. sedih sangat!
So, berita dibawah ni sepatutnya tidak akan jadi penghalang kepada tugasan 'nahi mungkar' kita..
Harap jangan ada sedikit pun!!
kalau kome yang AJK masjid gentar.. teman lagi leee!!
Waka Waka eh! eh!
sunsnake 21072010
Rumah imam dibakar
2010/07/21
KUALA LUMPUR: Rumah imam dan dua ahli jawatankuasa (AJK) Surau At-Taufiqiah di Flat 16 tingkat di Sungai Besi di sini, dibakar awal pagi semalam, dipercayai perbuatan khianat individu yang kurang senang dengan tindakan mereka aktif melakukan usaha membanteras maksiat di kawasan itu.
BAIKI...penduduk membaiki paip yang dibakar, semalam.
Kejadian itu menyebabkan seluruh flat berkenaan terputus bekalan air berikutan paip PVC utama di tingkat sembilan yang menyambung bekalan ke rumah penghuni turut dibakar sehingga menyebabkan limpahan air .
Imam berkenaan, Besar Omar, 60, berkata dia menyedari kebakaran itu kira-kira jam 5.30 pagi selepas keluar rumah untuk ke surau bagi mengimamkan solat Subuh.
“Sebaik keluar rumah, saya lihat jiran sibuk memadamkan ampaian kain di depan rumah saya yang terbakar. Ketika itu baru saya tahu ampaian rumah saya dibakar dan selepas memeriksa, saya dapati baju keluarga saya disidai di ampaian mempunyai kesan terbakar.
“Saya tak risau dengan kebakaran itu, tapi apa yang saya kesalkan sikap individu terutama remaja di kawasan flat ini yang makin tidak berakhlak sehingga sanggup membakar rumah penghuni di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.
Berita Penuh