Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, July 21, 2010

Tantawi - Jangan cari pasal!!


Seeloknya.. statement jenis macam ni janglah ditimbulkan!!
Apa la masalahnya nih!!

Memang kalau baca penuh-penuh posting Ketua Pemuda PAS Pusat ni..
bukan nak UMNO & PAS bergabung pun!
Beliau maksudkan UMNO bubar joint PAS..

Tapi masalahnya.. artikel macam ni..
Kompom akan dimanipulasik dek media-media munafik UMNO nih!!

Haaa.. buktinya..
Sekejap je terus jadi berita utama Utusan Meloya nih!!

Aduyaiii!! Berapa kali mau cakap...
Jangan bagi line panas!!!
sunsnake 21072010

UMNO, Pas perlu pelan damai

KUALA LUMPUR 20 Julai – UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana UMNO dan Pas tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu.

Tambahan pula, katanya, umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan Pas.

‘‘Kita juga tidak mempunyai banyak masa. Untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini, semua pihak mesti berlapang dada. Korbankan perasaan dan kemahuan (masing-masing), bertolak ansur mencari noktah damai atau gencatan senjata.

‘‘Laksana kaum Aus dan Khazraj yang bersengketa ratusan tahun akhirnya dengan tali Allah (Islam) yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi ‘satu’ di bawah kanopi Islam,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com dalam artikel yang bertajuk ‘Pelan Damai Untuk UMNO dan Pas’ hari ini

Nasrudin mengakui akibat persengketaan yang panjang itu banyak agenda pembangunan masyarakat dan negara tergendala.

‘‘Banyak agenda membangunkan ilmu pendidikan, pentarbiyahan diri dan masyarakat, tamadun dan peradaban negara serta pertumbuhan ekonomi dan zon sosial yang harmoni tergendala akibat pergeseran dan pertelagahan yang begitu lama tempohnya,’’ katanya.

Kata beliau, selain tidak memberi kebaikan, persengketaan itu turut memberi kelebihan kepada musuh-musuh Islam untuk meneruskan usaha memporak-perandakan perpaduan ummah.

‘‘Masing-masing enggan mengaku kalah dan bertolak ansur. Saling tuding menuding jari antara satu sama lain sementara musuh-musuh Islam tentu sahaja tersenyum lebar melihat persengketaan yang kelihatan seperti tiada tepinya ini.

Berita Penuh

0 comments: