Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, July 21, 2010

Hishamuddin oii! Kapal siapa yang nak karam nih??


Aikkk??
"kukuhkan kembali ikatan Pakatan yang kian longgar"??

errr.. yang beriya-iya nak berpadunya UMNO?
maknanya.. UMNOlah yang sedang longgar la ni..

MCA & MIC dah makin karam..
Gerakan dah lama dah tenggelam ke dasar!
Tinggal Koh Tsu koon sorang je la ni!

waka waka eh eh!
sunsnake 21072010

Hishammuddin dedah strategi 3S pembangkang

KOTA MARUDU 20 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mendedahkan strategi pakatan pembangkang dikenali 3S bertujuan mengukuhkan kembali pengaruh politik pakatan tersebut yang semakin longgar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, strategi 3S tersebut merujuk kepada mempertahankan Selangor, serang Sabah dan serang Sarawak.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya bersedia berhadapan dengan serangan-serangan pakatan pembangkang yang bakal berkisar kepada politik kebencian dan mengadu-domba rakyat di negara ini.

''Mereka akan cuba memporak-perandakan perasaan rakyat. Melaga-lagakan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak malah akan menggunakan agama untuk mencapai cita-cita mereka.

''Oleh itu, jangan kita leka dan jangan kita berasa kita kuat. Kita mesti melawan apa sahaja tuduhan yang bakal dilemparkan pakatan pembangkang itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Marudu di sini hari ini.

0 comments: