Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 3, 2010

Nak perjuang Islam? masuk PAS laa!


Aduhhh!!
Dalam banyak-banyak alasan keluar PKR..
Alasan mamat ni yang teman heran..
Nak mengembalikan kedaulatan Islam??

Abisss?? Yang ko keluar PKR tapi jadi bebas apsal??
Apsal tak joint PAS?
aduhhh!! Jangan la nampak sangat keb*d*hanmu..
Umur dah 65 tahun.. patut teman panggil atuk dahhh!!!

Kepimpinan PKR kena tangani betul-betul masalah ni..
Teman dah kabo kan dulu..
sunsnake 03032010

Anggota Parlimen Bagan Serai Keluar PKR

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka hari ini apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti.

Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

Berikut tindakan itu, beliau mengikut jejak langkah Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meninggalkan parti itu.

Mohsin berkata beliau akan menjadi anggota parlimen bebas. - BERNAMA

Sah! Ahli-ahli UMNO telah di"lembu"kan!


Teman benar-benar terkejut dengan arahan ni!
Lebih terkejut apabila orang yang sama mengaku terkejut dengan jumlah pendatang asing di Malaysia nih!

Apalah nasib ahli-ahli UMNO Kelantan..
Lepas ni kalau nak sembang isu royalti minyak Kelantan..
Ahli-ahli UMNO kena guna bahasa isyarat la nampaknya!

p/s: jangan ahli-ahli UMNO Kelantan jadi bodoh sudahhhh!!
simpati teman buat mereka!
sunsnake 03032010

Umno gag on Kelantan oil royalty issue

UPDATED

By Clara Chooi

PETALING JAYA, March 2 — Umno has gagged its members from speaking about the Kelantan oil royalty issue while it compiles the views of its grassroots, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (picture) said today.

The Umno vice-president said the party did not allow its members to issue statements that could damage its image.

“In this matter, the party’s supreme council has already given its clear stand. If the members do not fully understand the issue, they can use existing channels to seek explanations. Making sensational statements that can destroy the party’s image is, even in the past, something that we do not allow,” he said when commenting on Kelantan’s move to take the issue to court.

Three of the six Barisan Nasional (BN) state assemblymen had reportedly voted in the Kelantan state assembly yesterday to support the court motion but later withdrew their vote.

The trio are state opposition leader Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) and Datuk Abdul Rashid Aziz (BN–Kuala Balah).

Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah has clashed with his party on the matter, saying his home state was entitled to the 5 per cent oil royalty under the Petroleum Development Act 1974.

The BN federal government said it will provide RM20 million in goodwill payment through its agencies in the PAS-ruled state.

When asked if the party planned to take disciplinary action against its three lawmakers for going against the stand of the federal government that Kelantan was not entitled to the 5 per cent royalty payment under the Petroleum Development Act, Hishammuddin said: “Let us wait first.”

He acknowledged that some Umno Supreme Council members were unhappy that no action had been taken against Tengku Razaleigh Hamzah, but reiterated his point that views of the grassroots should first be compiled.

“We first want to get the views of all our members and grassroots leaders before making any decision. We want to know what the people on the ground feel about it first,” he said.

Council members recently voiced dissent over Razaleigh’s apparent “immunity” in discussing the controversial issue and urged leaders to act on the matter.

Party president and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, however, said that he would leave it to the members to decide what should be done about the maverick politician’s public outbursts.

Razaleigh recently embarked on a collision course with his party when he insisted that Kelantan was due its 5 per cent in oil royalty payments and not the RM20 million goodwill payment being offered.

UMNO = Hitler?

Woi Zahid bengak! Yang ni macam mana?

AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG MALIM 2008/2011


NAIB KETUA PEMUDA

Nama: SDR. SAIPOL BAHRIN BIN HJ SULAIMAN
Tel: 012-5408777
Pekerjaan: GURU
Alamat: LOT 7B, KG JAYA, KUALA SLIM, 35800 SLIM RIVER PERAK


AJK

Nama: SDR. MOHAMAD SUHAIMI BIN MUHAMAD SUKUR
Tel: 017-6195137
Pekerjaan: GURU
Alamat: NO 43, KG SUNGAI DARA, 35910 TANJONG MALIM, PERAK

AJK
Nama: SDR. MOHD SYAHRUL BIN RAHIM
Tel: 012-6262996
Pekerjaan: GURU
Alamat: 21,KAMPONG PADANG, 35950 BEHRANG STESYEN, PERAK

sumber


Maaf jika ada ahli UMNO yang terasa..
Memang niat teman nak 'ketuk' hati mereka..

Kalau dah sampai cikgu-cikgu nak bersembang hal politik sikit dah kecoh!
Ini demokrasi kepala bapak siapa ni?

Ini demokrasi ala-ala UMNO atau komunis ala-ala Hitler?

Cikgu-cikgu ni orang bijak..
Semua paling tidak ada Diploma Perguruan..
Malahan ada yang sampai tahap Master pun!
Takkan depa ni bodoh!
Dan selalunya kalau minda cikgu-cikgu ni tak tertutup,
mudah bagi mereka menilai mana yang betul, mana yang kurang betul
dan mana yang sesat langsung!

Kesian cikgu-cikgu Malaysia..
Sebab bijak depa jadi cikgu..
Tapi level peon boleh sebabkan satu negeri cikgu-cikgu kena kacau!
Bukan sebab peon tu bijak!
Bukan sebab peon tu cerdik!
Tapi sebab peon tu UMNO!

Peon yang UMNO boleh susahkan cikgu-cikgu Satu negeri!
Hebattttt..

Pakcik teman pun peon juga..
Tapi bijak bila dia tinggalkan UMNO untuk Malaysia yang lebih berintegriti katanya!

sunsnake 03032010

PENGETUA, GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU
DISOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI

OLEH: Amir Amiruddin

Pulau Pinang , 2 Mac: Seramai 32 guru telah disoal-siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan Jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”. Tindakan tidak demokratik ini dilihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” di mana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain. Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik, hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain, parti lain tidak boleh berkempen. Jika tidak akan ditukar serta-merta.

Menurut beberapa guru yang ditanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini dianggap sebagai pembangkang?

“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas seperti yang diarahkan Umno negeri.”

“Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan tidak rasmi itu,” jelas kumpulan terbabit.

Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.

Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua, guru besar tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” , di mana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah , dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu menggunakan sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.

Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar ke sekolah lain. Namun pertukaran beliau tidak dilayan. Dalam masa yang sama apabila tidak dilayan beliau berjumpa Datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan. Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon tadi ditukar. Dalam masa yang sama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan Umno, mengarahkan agar mereka disiasat aktiviti mereka.

“Malah ada Pengetua dan guru besar juga disoal-siasat, pegawai PPD juga disoal-siasat hanya kerana berbual biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik. Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demonstrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang aktiviti Umno.

“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program mereka. Perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka, hanya kerana BN memerintah. Umno adalah parti sebuah parti yang sama sahaja dengan parti lain. Kerajaan adalah rakyat.” Demikian jelas kaum guru yang di temui.

Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya menjalankan tugas atas arahan Umno. Ini adalah kerana tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka ekoran surat panggilan itu datangnya dari bahagian tindakan dispilin JPNPP.

“Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “, kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak demokratik dalam tindakan mereka.

http://wrlr.blogspot.com/2010/03/warga-pendidik-di-soalsiasat-ekoran.html

Percayakah Anda? Percayalaaaa...

Untuk malam ni plak..
Sebelum masuk beradu.. terimalah beberapa keping gambor..
Gambor pemandangan belakang umah teman...
Saja nak kongsi dengan kawan-kawan..
Kang kata nyombong plakkk!!

hehehehe

p/s: memang belakang umah teman nih! tapi beribu kilometer laaa!!

sunsnake 03032010
















"Seks" pun nak kena cikgu ajar ke?





Apabila Pendidikan Islam sama level dengan Pendidikan Moral

Yang patut diajar.. tak diajar..
yang mengarut diajar.. nak diajar..
Nak kata bodoh! Golongan terpelajar!
Nak kata Pandai! Gaya macam dah banyak belajar!

Pendidikan Islam la ni kat sekolah dah macam subjek Moral..
Nak amik boleh.. tak amik tak boleh!
Last-last jadi la sama level Pendidikan Islam dengan Pendidikan Moral..
Failed takpe.. Lulus pun takpe..
Failed tak bagus! Lulus pun takde la bagus sangat!

Nasib baik tak dengan Pendidikan Islam kena di'English'kan!
Idak dengan Pendidikan Islam terberancai!
ehh?? Bukan dah memang terberancai ke?

Idak takkan budak-budak sekolah la ni lagi advance daripada makbapak dalam hal dalam kelambu?

Dalam keadaan budak-budak tak belajar pun dah makin tenat!
Dah makin banyak mak bapak haram lahirkan anak suci?
Dah makin banyak perempuan melayu tak ber'dara'!
Dah makin banyak anak gadis felda yang di'belasah' celah pokok sawit!
Anak gadis kota yang 'terkulai' di tangan jantan melayu,cina dan india?

Nasib la melayu oiiii!!
Allah bagi cara Islam.. nak cara British jugakkkk!!
Nak cara kafir jugakkkk!!
Hidup Melayu!!!

sunsnake 03032010

Guru belum sedia ajar pendidikan seks
Mac 2, 10 2:50pm

Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng (bawah).

Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau berkata, guru takut mereka mungkin disaman ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

artikel penuh

Lim Guan Eng buat hal laaaagi!


Siot betul! Tergamak depa runtuhkan rumah-rumah melayu!
Memang la setinggan! Tapi itu rumah orang melayu!
Takkan melayu hilang didunia!
Kalau roboh Kota Melaka. Mana Hang Tuah nak duduk?

Hari tu dah robohkan 2-3 gerai haram melayu dan berpuluh gerai haram cina!
Tak serik-serik lagi! Tak habis-habis Lim GUan Eng 'komunis' ni nak rosakkan melayu!
Apa nak jadi-jadilah!
Jom melayu semua! Demi Bangsa Melayu yang keramat!
"Takkan melayu hilang didunia!" itulah kata-kata
Laksamana Melayu Hang Tuah!
Last-last dia pun hilang!

Apa lagi Mamak UMNO Penang?
Apa lagi Ibrahim Ali!
Apa lagi Reezal Naina?
Apa lagi Pak Lah tiduri?
Apa lagi Mat Sembab?

Bangunlah! Woi!
Lim Guan Eng sekali lagi menghina melayu!!
S*al punya DAP!
Sampai ke Terengganu DAP ni musnahkan rumah orang melayu!!
Sampai ke Terengganu!!!
Saaammppaai ke Terengganu????

Adussss!!! Kat Terengganu rupanya!!
Ingat kat Penang!

Macam mana ke Ganu lok nihhh!!
Mana melayu UMNO piaw Terengganu???
Mana Derih Jusoh 'natang'??
Mana MB Mat Said??
Mana Hishamudding aww!

Mana Hidup Melayu!!!

malu...malu..

sunsnake 03032010

Roboh setinggan, pemimpin PKR ditahan
Mac 2, 10
1:19pm
Ketua angkatan muda PKR Terengganu Fariz Musa dibebaskan pada jam 3.20 petang tadi dengan jaminan jaminan polis setelah ditahan kerana menghalang perobohan rumah setinggan di Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Dia ditahan mengikut Seksyen 186, Kanun Kesiksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Turut ditahan dalam operasi merobohkan sejumlah 12 rumah di kampung itu ialah seorang pemilik rumah, Mohd Zamri Sulaiman, 47.

Mereka ditahan pada kejadian kira-kira jam 11 pagi ini di ibu pejabat polis Kuala Terengganu untuk direkodkan kenyataan.

Menurut Fariz (kiri), operasi yang dikendalikan oleh sekurang-kurangnya 60 orang penguatkuasa daripada polis, pejabat tanah dan pegawai kerajaan tempatan sejak awal pagi ini berjaya merobohkan semua 12 buah rumah di kampung tersebut.

"Pihak berkuasa merobohkan semua rumah, malah sebelum keluarga itu dapat memindahkan barang-barang mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

berita penuh