Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 3, 2010

UMNO = Hitler?

Woi Zahid bengak! Yang ni macam mana?

AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG MALIM 2008/2011


NAIB KETUA PEMUDA

Nama: SDR. SAIPOL BAHRIN BIN HJ SULAIMAN
Tel: 012-5408777
Pekerjaan: GURU
Alamat: LOT 7B, KG JAYA, KUALA SLIM, 35800 SLIM RIVER PERAK


AJK

Nama: SDR. MOHAMAD SUHAIMI BIN MUHAMAD SUKUR
Tel: 017-6195137
Pekerjaan: GURU
Alamat: NO 43, KG SUNGAI DARA, 35910 TANJONG MALIM, PERAK

AJK
Nama: SDR. MOHD SYAHRUL BIN RAHIM
Tel: 012-6262996
Pekerjaan: GURU
Alamat: 21,KAMPONG PADANG, 35950 BEHRANG STESYEN, PERAK

sumber


Maaf jika ada ahli UMNO yang terasa..
Memang niat teman nak 'ketuk' hati mereka..

Kalau dah sampai cikgu-cikgu nak bersembang hal politik sikit dah kecoh!
Ini demokrasi kepala bapak siapa ni?

Ini demokrasi ala-ala UMNO atau komunis ala-ala Hitler?

Cikgu-cikgu ni orang bijak..
Semua paling tidak ada Diploma Perguruan..
Malahan ada yang sampai tahap Master pun!
Takkan depa ni bodoh!
Dan selalunya kalau minda cikgu-cikgu ni tak tertutup,
mudah bagi mereka menilai mana yang betul, mana yang kurang betul
dan mana yang sesat langsung!

Kesian cikgu-cikgu Malaysia..
Sebab bijak depa jadi cikgu..
Tapi level peon boleh sebabkan satu negeri cikgu-cikgu kena kacau!
Bukan sebab peon tu bijak!
Bukan sebab peon tu cerdik!
Tapi sebab peon tu UMNO!

Peon yang UMNO boleh susahkan cikgu-cikgu Satu negeri!
Hebattttt..

Pakcik teman pun peon juga..
Tapi bijak bila dia tinggalkan UMNO untuk Malaysia yang lebih berintegriti katanya!

sunsnake 03032010

PENGETUA, GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU
DISOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI

OLEH: Amir Amiruddin

Pulau Pinang , 2 Mac: Seramai 32 guru telah disoal-siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan Jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”. Tindakan tidak demokratik ini dilihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” di mana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain. Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik, hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain, parti lain tidak boleh berkempen. Jika tidak akan ditukar serta-merta.

Menurut beberapa guru yang ditanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini dianggap sebagai pembangkang?

“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas seperti yang diarahkan Umno negeri.”

“Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan tidak rasmi itu,” jelas kumpulan terbabit.

Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.

Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua, guru besar tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” , di mana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah , dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu menggunakan sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.

Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar ke sekolah lain. Namun pertukaran beliau tidak dilayan. Dalam masa yang sama apabila tidak dilayan beliau berjumpa Datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan. Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon tadi ditukar. Dalam masa yang sama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan Umno, mengarahkan agar mereka disiasat aktiviti mereka.

“Malah ada Pengetua dan guru besar juga disoal-siasat, pegawai PPD juga disoal-siasat hanya kerana berbual biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik. Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demonstrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang aktiviti Umno.

“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program mereka. Perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka, hanya kerana BN memerintah. Umno adalah parti sebuah parti yang sama sahaja dengan parti lain. Kerajaan adalah rakyat.” Demikian jelas kaum guru yang di temui.

Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya menjalankan tugas atas arahan Umno. Ini adalah kerana tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka ekoran surat panggilan itu datangnya dari bahagian tindakan dispilin JPNPP.

“Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “, kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak demokratik dalam tindakan mereka.

http://wrlr.blogspot.com/2010/03/warga-pendidik-di-soalsiasat-ekoran.html

0 comments: