Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 7, 2010

Khir Toyo Penyelamat Najib! Sah?

teman dapat sms dan email daripada kawan-kawan yang nak tau pendapat teman mengenai penahanan Khir Toyo oleh SPRM dan pendakwaan dia di Mahkamah atas tuduhan rasuah tu..

Teman cuma mampu tersenyum je lee sebab pada teman ini semua lakonan@sandiwara peringkat tertinggi!
Rashid Sibir pun silap-silap lambat leh nak trace lakonan nih!
Erma Fatimah pun mau pening kepala nak trace gaya lakonan nih!

Hanya Najib dan Khir Toyo agaknya yang tahu...
Hanya Peguam Negara sahaja yang mengerti maksud sebenar lakonan ini..

SPRM pun nak gain nama baik depa walaupun hakikatnya..
busuk macam tahi!
Kes Teoh Beng Hock tak sudah-sudah..
Belum masuk lawyer bangang English depa tuh!!!
Tengok.. Profesor-profesor kangkung dah mula bersuara..
Puji-pujian buat SPRM..

Ini semua mengarut bro!
Rakyat tengah nak bangun melawan balik neh!
Belum sempat nak mula isu air selangor..
UMNO terpaksa mulakan pulak isu minyak,gas,gula dan diesel nih!
diulangi... TERPAKSA!
Kewangan Malaysia benar-benar semakin mencengkam dan kritikal!
Nak bayar gaji gomen pun seksa!
So, paling mudah, kembalikan kesusahan itu kepada rakyat!
Dan sibukkan rakyat dengan isu-isu yang gempaq!
Salah satu isunya ialah Khir Toyo ni la!

La ni kat Selangor.. orang UMNO sibuk sembang pasal Khir Toyo nih!
Langsung tak sembang pasal minyak naik!
Kalau ada pun 2-3 orang UMNO yang mula tersentak dengan kenaikan harga minyak nih,
pelan-pelan depa lupa pasal syok sembang pasal Khir Toyo nih sesama depa ahli UMNO!

Standard la ahli UMNO... Short term memory lost!
wakakakaka!

sunsnake 07122010

Khir dihadap ke mahkamah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni, 52.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Berita Penuh

Macam Bunyi Lawak Je Akta ni?


Akta Anti untung?
aduhhh!!! lain macam je bunyiknye..

Bunyik pun dah kelakor..
Macam mana agaknya Kementerian berkenaan nak kuatkuasakan ya?
Akta yang sedia ada pun semput-semput nak jayakan!
Akta yang sedia ada pun mulut pegawai kementerian penuh kena sumbat dengan RM!!!

Tak salah pegawai kerajaan gak..
Gaji kecik... barang keperluan makin mahal!!!

Pada kawan-kawan yang bijak laksana.. mohon pencerahan akta pelik ni?
teman tak berapa clear laaa..
wakakakaka!
sunsnake 07122010

Akta anti untung berlebihan dikuatkuasa April depan

07/12/2010 2:23pm

BERA 7 Dis. - Kerajaan akan menguatkuasakan Akta Pencatutan 2010 selewat-lewatnya April tahun depan bagi menangani kegiatan peniaga yang mengambil keuntungan secara berlebihan dan tidak munasabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, akta yang telah diluluskan di Dewan Rakyat itu akan dibentang di Dewan Negara dalam tempoh dua minggu lagi. - Utusan