Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, April 8, 2011

SPRM Wajar Sewa Rumah Teres Setingkat Aje!

Salute buat brader ni yang berani demo depan pejabat SPRM Selangor..
Jaga-jaga Bang.. kang kena humban pulakkkk!!!

Wakakakaka!
Teman terbaca komen macam tajuk tu di Malaysiakini..
Memang logik sungguh la idea tuh!!

SPRM kena sewa/beli rumah teres setingkat sahaja untuk dijadikan pejabat..
Diharamkan sama sekali guna premis yang melebihi setingkat..
Paling baik kalau guna kanopi aje.. sebab
Rumah teres setingkat kalau kena humban dari bumbung boleh mati gak silap gayanya!

Adehhhh!!
Sejak semakin terer bab humban-menghumban nih...
Kena la guna idea tuuuuu...

Wakakakakak!

budakbalun 08042011

Soal siasat SPRM hanya di aras bawah

April 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan kesemua sesi soal siasat saksi dan suspek hanya akan dijalankan di aras bawah premis agensi antirasuah itu bagi mengelakkan insiden kematian membabitkan saksi dan suspek.

Bagi negeri yang tidak mempunyai aras bawah iaitu pejabat yang disewa, pengurusan masing-masing perlu mengambil langkah keselamatan yang maksimum.

Keputusan itu dibuat ekoran kematian dua saksi dan suspek yang disiasat SPRM dalam dua tahun ini.

Berita Penuh