Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 14, 2011

Ye ke Bukan UMNO Punya Keroje???


Hmmm..
teman was-was dengan penafian UMNO Selangor neh..
Secara tepatnya UMNO Sungai Besar..

Ingat tak penafian UMNO Selangor dengan penyebaran akhbar "Selangor terkini" dulu?
Punya la besor gambar Noh Omar kat muka depan! Siap posing lagi!
Pun tak ngaku kerja UMNO Selangor tuh!

Walhal bukan Kerajaan Selangor marah pun..
Cumanya, apsal pergi guna Jata negeri Selangor pulak?
Itu yang salah..

Kebebasan media...
Takde hal lah UMNO nak sebar akhbar macam tu..

Itulah bezanya UMNO-BN dan PR...

kepada UMNO Sungai Besar... percayalah sangattttt!!!
sunsnake 14032011

UMNO Sg. Besar nafi terlibat kain rentang

SHAH ALAM 13 Mac - UMNO Bahagian Sungai Besar hari ini menafikan terlibat dengan pemasangan kain rentang di sekitar kawasan itu yang mengkritik kepimpinan parti-parti pembangkang setelah genap tiga tahun mentadbir negeri ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu, Budiman Mohd. Zohdi berkata, pihaknya tidak ada kaitan dengan perkara tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan menggantung kain rentang di sekitar kawasan Sungai Besar itu dilakukan oleh rakyat di kawasan tersebut yang muak dengan pimpinan kerajaan negeri ketika ini.

Berita Penuh

Lawak Jenis Apa Dibuat Dek Pegawai Neh?

Tentang Kezaliman merentasi perkauman!


Humang aihhh!!
Kalau macam ni la cara pegawai kerajaan buat kerja..
Semudah A,B,C hilang data-data maklumat penting penyiasatan..
Tak tau la macam mana nak dikatakan lagi..

Bagai nak rak upahan UMNO buat demo minta DNA!
Punya kononnya support Mahkamah Malaysia!
Kononnya cintakan keadilan!
Kononnya cintakan keamanan! (keamanan bontot Saiful)..

Ni? Slumber badak terhilang data dalam PC.. kena virus la pulak!
Tak mampu pakai antivirus ke?
Kes yang profailnya setinggi ini semudah itu hilang data?

Boleh puak tulis balik ikut apa yang diingat?
Adehhh!!

Lawak jenis apa ni?

Memang kompom sampai kiamat laa...
Teoh Beng Hock ni tidak dibunuh dan tidak bunuh diri!

sunsnake 14032011

Diari siasatan lengkap dibuat selepas setahun kematian Teoh

March 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu diari penyiasatan yang lengkap mengenai soal siasat bekas setiausaha politik exco Selangor itu dibuat selepas setahun kematiannya.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya Arman Alies berkata diari pada Ogos 2010 itu merupakan hasil laporan kedua selepas laporan pertama pada Julai 2009, yang ditulis dalam komputer riba miliknya, hilang akibat diserang virus.

Arman juga memberitahu prosiding hari ini bahawa beliau tidak menyimpan “soft copy” laporan pertamanya itu.

Berita Penuh

PAS Tak Matang La kalau Macam Tu???

Ada sesiapa ingat lagi huru-hara di PWTC masa persidangan pemuda UMNO dulu?
Rasuah! Rasuah! Rasuah! rasuah! gema laungan waktu itu!

Wakakakakaka!

Kelakor gak pada teman pujian Soi Lek pada pimpinan MCA ni..

Mengulas perkembangan itu, presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, keputusan berkenaan menunjukkan bahawa para perwakilan jawatankuasa pusat telah bertindak secara matang.

"Mereka meletakkan kepentingan parti lebih tinggi daripada segala apa yang lain.

"Ini menunjukkan bahawa jawatankuasa pusat adalah matang (dalam politik)," kata Chua dalam satu sidang media selepas itu.


Wah! takut parti bercerai-berai sebab berebutkan jawatan!!
Itu yang dinamakan matang?

Itu bukan matang wehhh!!
Itu tamak berebut kuasa nama dia!!

Tak dapat dibayangkan..
Dalam keadaan MCA & UMNO bercerai berai sesama parti sebab berebut kuasa..
Najib kena umum pulak PRU ke 13!!
adehhh!!

Kemelut MCA ni pun baru je berakhir kan?

err.. teman tak nak ulas pasal UMNO yang turut sama tak berani buat Pemilihan parti..
dan teman tak nak ulas pasal PKR yang terlebih berani buat pemilihan 'mikro'...

PAS yang "tak matang" jugak yang berani buat pemilihan dalam suasana tak menentu nih!
Dibantainya Najib umum parlimen bubar 1 hari sebelum Muktamar Agung PAS Pusat?
baru syokkkk!!!

Wakakakakaa!

Pujian budakbalun pada PAS kerana berani dan ikhlas membuat pemilihan pimpinan dalam suasana sebegini tanpa perlu merubah perlembagaan parti sebab nak tunda pemilihan..

Sempoi...

kepada Allah SWT kita mohon bantuan...

sunsnake 14032011

MCA tangguh pemilihan, tumpu p'raya umum

Jawatankuasa pusat MCA hari ini meluluskan pindaan ke atas perlembagaan parti itu untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas pilihan raya umum dijalankan.

Pindaan ke atas Perkara 167 dalam perlembaan MCA itu juga menetapkan supaya penangguhan pemilihan parti tidak dibuat sehingga tempoh 36 bulan selepas pilihan raya umum terakhir dijalankan.

Keputusan itu membolehkan MCA menangguhkan serta merta pemilihan parti yang dijadualkan diadakan tahun ini.

Berita Penuh

Bukti PAS Boneka MCA pulakkk!!!

Minta Soi Lek tanyakan sekali pada Nik Aziz..
"Apa pasat Losmah moleh ini macam? Cikgu Mala tatak molehhh??
Cikgu mala 1000x cun maaa!!" wakakakaka!


Teman nak tanya pencacai UMNO yang sering bagi komen kat blog budakbalun neh..
Apa cerita ni??

Sejak merdeka UMNO dok memerintah Malaysia bersama-sama MCA dan MIC..
Kemudiaanya Gerakan pun joint...

Takkan langsung tak pernah pemimpin-pemimpin UMNO bagitahu mereka yang judi itu haram..
yang Arak itu haram..
kepada penganut agama Islam..

Dan takkan tak pernah MCA,MIC dan Gerakan bagitahu yang judi bukan amalan/budaya mereka?

So? kalau dah Islam pun haramkan judi dan arak..
Judi dan arak pun bukan budaya bukan Islam.. Apa tunggu lagi?
Selama ini takkan UMNO tak terfikir nak haramkan terus 2 perkara buruk ni melalui perlembagaan?
Ahli Parlimen UMNO punya la ramai kat dalam dewan rakyat tuh!!

Opss!! lupa.. Budaya melayu lebih utama dari Syariah Islam kot?
barulah Hidup melayu!!!

adehhhh!!

Apa-apa pun..
elok benor la Chua Soi Lek nak jumpa Nik Aziz..
Minta Tok Guru ajarkan sekali Soi Lek ni apa hukum bersentuhan kulit antara bukan mahram dalam Islam ye?
nak harapkan Najib bagitau.. macam tak kena pulak dengan kehidupan Najib neh!!
wakakakaka!

sunsnake 14032011

Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan

MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini.

"Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarik sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya

"Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Berita Penuh

Apa Makna DNA tu yob??

DNA ialah sejenis radioaktif!! gamaknya dalam otak deme! radioaktif pulak apa dia?
Radioaktif sama macam radio Era.fm kott?? wakakakaka!

hehehehe..
Satu family teman bergelak ketawa menonton 'demo' dek budak-budak upahan UMNO di berita TV1 malam tadi..
Mengalahkan layan sketsa Senario lak kelakornya!

Maunye tidak!
Kadang-kadang terfikir gak..
cuba ditanya bebudak upahan tu..
'Apa makna DNA tu yob?"..

Mau ada yang jawab DNA tu sejenis gas!

wakakakakakaka!

Anak-anak muda PAS, PKR, DAP dan yang menyokong PR berdemo untuk isu-isu rakyat dan sejagat seperti Demo tuntut kembalikan bahasa melayu (PPSMI), demo Mansuhkan ISA (GMI), demo kembalikan hak air rakyat Selangor (Syabas), demo tuntut pilihanraya yang bersih (BERSIH)..

Yang budak-budak upahan UMNO ni tuntut Anwar serah DNA??

adehhh!!

Dah habis besor ke isu tu?
Dan faham benor ke bebudak tu dengan kes DNA ni?
Ke kira dapat upah.. main turun demo je bebudak neh??

adehh.. kesian anak-anak muda bangsa melayu ni..
pagi kena tipu dengan utusan..
petang kena tipu dengan pemimpin UMNO..
malam kena tipu dengan Tv3!!

adussss!!!
sunsnake 14032011

NGO, parti politik suarakan tuntutan

PETALING JAYA 13 Mac – Desakan supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu menyelesai- kan misteri lelaki ‘Y’ yang dipercayai meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan semakin lantang disuarakan rakyat Malaysia.

Ia terbukti apabila pelbagai organisasi termasuk wakil parti politik berkumpul di beberapa tempat di seluruh negara bagi mendesak Anwar memberikan sampel DNA beliau secara sukarela.

Berita penuh